Uncategorized

‘Baby is on the way’… Tya Arifin kongsi hamil anak ketiga

Share

‘Baby in on the way’…

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil zuriat ketiga.

Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mengumumkan berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Hantaran tersebut memperlihatkan pasangan suami isteri itu sedang duduk santai sambil membaca surat khabar.

Video berkenaan memperlihatkan Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita “Selamat Datang Anak Kecil”.

Manakala Asyraf turut memegang surat khabar dengan berita ‘baby is on the way’.

Melalui hantaran sama, Tya meminta para pengikut laman Instagram miliknya untuk meneka pengumuman yang ingin disampaikan olehnya. Ramai pengikut dapat meneka perkongsian berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah kepada anak dan menantu Dato Sri Siti Nurhaliza ini.

Juga Baca:https://www.mingguanwanita.my/tya-arifin-kongsi-alahan-pada-debu-punca-anak-sulung-alami-masalah-sukar-bernafas-sering-bersin/

https://www.mingguanwanita.my/tya-ingat-pesan-ibuhidup-harus-sentiasa-berjuang-tak-kisah-kita-berada-dimana-hari-ini/

Khabar angin mengenai Tya berbadan dua mula dihidu ketika Tya memuat naik beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menghadiri konsert Love Is In The Sky pada 10 Ogos lalu.

Malah ramai pengikut di laman Instagram miliknya meneka Tya sedang hamil namun usahawan itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Malah ada di kalangan pengikut Tya di laman Instagram miliknya dapat menghidu kehamilan Tya apabila Dato Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan dirinya bakal mendapat seorang lagi cucu.

 

Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 tahun dan Azzahra Jiwa 5.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu