Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil zuriat ketiga.
Tya Arifin dan suaminya, Asyraf Khalid mengumumkan berita gembira itu melalui satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Hantaran tersebut memperlihatkan pasangan suami isteri itu sedang duduk santai sambil membaca surat khabar.
Video berkenaan memperlihatkan Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita “Selamat Datang Anak Kecil”.
Ads
Manakala Asyraf turut memegang surat khabar dengan berita ‘baby is on the way’.
Melalui hantaran sama, Tya meminta para pengikut laman Instagram miliknya untuk meneka pengumuman yang ingin disampaikan olehnya. Ramai pengikut dapat meneka perkongsian berita gembira tersebut dan mengucapkan tahniah kepada anak dan menantu Dato Sri Siti Nurhaliza ini.
Khabar angin mengenai Tya berbadan dua mula dihidu ketika Tya memuat naik beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menghadiri konsert Love Is In The Sky pada 10 Ogos lalu.
Malah ramai pengikut di laman Instagram miliknya meneka Tya sedang hamil namun usahawan itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Ads
Malah ada di kalangan pengikut Tya di laman Instagram miliknya dapat menghidu kehamilan Tya apabila Dato Sri Siti Nurhaliza turut menyatakan dirinya bakal mendapat seorang lagi cucu.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7 tahun dan Azzahra Jiwa 5.
Syatilla minta Allah lindungi rumah tangga. Sejak akhir-akhir ini heboh tentang rumah tangga artis yang disondol.
Dek kerana itu juga pelakon dan usahawan wanita popular, Syatilla Melvin sangat bersyukur kerana rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu bersama pelakon Shaheizy Sam tidak pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol’.
Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga
Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32 juga sentiasa berdoa agar Allah melindungi rumah tangga yang dibina.
“Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.
“Kami dah 13 tahun berkawan, dia buka mata saja dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.
“Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu.
“Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat,” ungkap Syatilla.
Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia 10 bulan.
KEKASIH by The Melvins, Cipta Hiburan Dalam Dunia Kosmetik
Syatilla yang baru saja melancarkan set produk kosmetik terbaharu Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung Glass House Klang, Selangor bersyukur kerana produk KEKASIH yang diusahakan bersama empat beradik kini dikenali ramai.
Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, berada di kelas tersendiri.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata,” kongsi Syatilla.
Keberkatan Hubungan Adik Beradik Merupakan Resepi Terbaik
Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun.
“Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH.
“Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.
“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam,” katanya.
Episod Hitam Ketika Musim Covid-19
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KFC tak pernah masuk dalam senarai, pengerusi BDS Malaysia perjelas salah faham masyarakat kempen boikot. KFC menjadi mangsa kempen boikot barangan Isra Hell.
Sejak dulu lagi KFC menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana keenakan ayam gorengnya. Namun sejak kempen boikot barangan Isra Hell, KFC menerima tempias di mana restoran makanan segera ini kelihatan kosong hingga ada beberapa cawanganya ditutup kerana kekurangan pelanggan.
KFC Tak Pernah Masuk Dalam Senarai
Namun percaya atau tidak, selepas hampir ranap bisnes makanan segera ini, pengerusi BDS cawangan Malaysia, Prof Nazari Ismail dalam kenyataan di fb semalam memberikan kenyataan mengejutkan kerana menurutnya KFC tidak pernah masuk dalam senarai kempen boikot. Begitu juga dengan McD Malaysia.
Dalam satu hantaran di fbnya, ini jawapan Prof Nazari Ismail mengenai kempen boikot terhadap KFC.
Pengerusi BDS Perjelas Salah Faham Masyarakat Kempen Boikot
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC:-
Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia.
Kami TIDAK pernah kempen rakyat Malaysia utk boikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
McD pun dulu tak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai bila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
Seluruh dunia marah kpd McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot.
Tetapi saya dapati ada customer yang merungut dan tak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun. Ini satu laporan yg berkaitan:
Sejak malam Khamis ramai ‘follower’ Scha Alyahya tertanya-tanya akan misteri kehilangan laman sosial instagram pelakon ini. Sehinggakan ada yang membuat pelbagai spekulasi menerusi hantaran terakhir Scha yang berbunyi ‘I’ve Had Enough’.
Bimbang dengan status yang Scha muat naik, followernya bertanyakan pula pada Awal Ashaari akan kehilangan mengejut instagram isterinya itu.
Adakah benar pemilik nama sebenar, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37 memadamkan akaun instagramnya kerana alahan mengandung. Kerana, sebelum ini Scha pernah memaklumkan yang dia pernah berasa ‘down’ dengan alahan yang dialami waktu trimester pertama sehingga mahu memadamkan akaun instagramnya.
Ramai yang sayangkan Scha dan mendoakan agar pelakon kesayangan mereka dalam keadaan baik-baik saja sepanjang kehamilannya.
Tak kurang juga yang membayangkan, berkemungkinan akaun instagram Scha digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah, jumlah pengikutnya sudah mencecah 5.4 juta.
Ini Jawapan Scha Tutup Akaun Instagram
Dan akhirnya Scha membuka cerita akan penutupan akaun instagramnya,
“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.
Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula.”
Sebaik instagramnya kembali aktif, menerusi insta storiesnya Scha menjelaskan keadaan dan memaklumkan yang keadaan dirinya baik-baik saja. Begitu juga dengan bayi dalam kandungannya. Sihat-sihat saja.
Kredit foto : majalah Pa&Ma
Scha yang kini sedang hamil anak kedua mendirikan rumah tangga dengan Awal pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana. Kini berusia enam tahun.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...