Tiga hari lalu, pelakon drama kepolisian Gerak Khas, Abby Abadi berkongsi nama sebenar Baby D. Dia dan suami, Jai Ezzany pilih nama Muhammad Danial Firman Faizal yang membawa maksud sangat indah.
Abby pun dah dibenarkan keluar daripada wad hospital. Keadaan Baby Danial yang belum stabil membuatkan bayi itu masih ditahan dalam NICU (Neonatal Intensive Care Unit).
Debaran ibu makin terasa bila mana, masuk hari ke-11 kelahiran Baby Danial, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan telah dipanggil oleh pihak hospital. Kata doktor, Baby Danial dah bergantung 90 peratus pada mesin untuk bernafas.
Tulis Abby
Hari ke-9 & 10 (5/6 Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah untuk malam ni. Dah masuk 7hb, hari ke-11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat & kuat anak Mama Abah.
Siang tadi, dapat call dari NICU, HBSB kata perlukan darah Mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial. Pastu bila bgtau kami di Lumut, kami dah maklum dah pihak NICU sebelum pergi haritu, dan tahu stok darah Mama ada lagi. Dorang call semula bagitau takpe memang stok ada lagi. Boleh datang Isnin pagi.
Nampak Kaki Baby Danial Bergerak.. Syukur!
Petang tadi hospital call lagi, bagitau ada Doc nak jumpa, nak cakap pasal Baby Danial (Doc ramai, bertukar ganti) Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar-debar rasa bila kata Doc nak jumpa tu.. Rasa nak terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam-macam dah.
Sampai Sungai Buloh pukul 10.30 pm tadi terus ke NICU… dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak-gerak. Ya ALLAH bersyukur sangat-sangat! Baby kami masih ada.
Terus meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan terus pegang dia… berlinang airmata..
Baby Danial Dah 90 Peratus Bergantung Pada Mesin
Doc datang jumpa tanya tahukan mcmana keadaan Baby. Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. dan yang terbaru, Baby Danial sudah 90% bergantung pada mesin untuk bernafas. Maximum dah penggunaan mesin tu untuk baby seusia Danial. Jadi memang conditionnya sangat kritikal..
“Malam ni jangan pergi jauh jauh la ye,” kata Doc.
Ya ALLAH… Sayu dengar bila Doc cakap macam tu. Tapi dari awal pun beberapa orang Doc cakap point yang sama juga, 50/50 peluang untuk hidup sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia. Dengan berat hanya 535 gram, berbagai kemungkinan boleh berlaku.
Tapi saya dan Suami kuatkan hati dan tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban dari ALLAH sebab ALLAH Maha berkuasa ke atas makhluknya.
Tiada apa yang saya harapkan dari sahabat-sahabat di sini. Mohon teruskan doa untuk Baby kami ye. Hanya DOA boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak share keadaan Baby tapi kalau tak share, takde pulak yang mendoakan untuk Baby kami nanti.
#SemogaAdaRezekiUntukPelukBabyDanial #MohonDoaBerterusanUntukBabyDanial #HanyaDoAbulehUbahTakdir #ALLAHUAKBAR #Gambardarigoogle
Sumber/Foto : Abby Abadi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI