Bab Najis Jangan Buat Main, Kena Periksa & Sucikan Betul-betul

Share

Air kencing, najis haiwan dan darah adalah najis mutawassitah. Nampak ringan tapi bab najis ini mak, ayah perlu ambil, berat.

Apatah lagi mak, ayah yang mempunyai anak kecil yang selalu terkencing merata, memang kena ambil peduli dan sucikan dengan cara yang betul.

Bukan apa, bila lantai bernajis kemudian kita ambil air sembahyang, bukankah batal air wudhuk kita. Jadi, bab-bab najis ini bukan perkara main-main dan main yakin sendiri sahaja. Kena periksa dan sucikan betul-betul.

Ikuti perkongsian Ummi Amni ini dan hadam baik-baik.

Terbaca status seorang sahabat fb tanya macam mana nak bersihkan air kencing yang budak dah pijak lepas itu berjalan serata rumah…

Bila baca komen ramai kata mop je tempat air kencing tu… Mop satu rumahlah… Cuci dengan air sabunlah.. Allahu..

Perlu kita tahu air kencing ini najis mutawassitah… Najis terangkat dengan cara mencuci dengan air mutlak… Mop bukan air mutlak… Air sabun bukan air mutlak… Nak hilangkan bau, warna, rasa bukan dengan air sabun tapi air mutlak.

Biarpun air sabun itu wangi, tapi ia bukan air mutlak…

Ikut Cara Ini Bersihkan Air Kencing

Cara dia lap dengan kain kering di tempat yang diyakini najis… Kalau nampak tapak kaki dia tu, situlah kena lap dengan kain kering…

‘Nak lap apanya bukan tahi seketul… Air kencingkan, itu pun sudah kering’.. Ya, memang sudah kering… Tapi ainnya masih ada walaupun kita tak nampak tapi kita tahu kan dia jalan serata rumah dengan kaki yang terpijak air kencing.. Kena jugak lap dengan kain kering sebab kita nak angkat najis itu..

Kadang otak tak boleh terima kan… Nak lap apa bila tak nampak apa-apa. Lap lantai saja ke… Hahaha.. Gunakan mata hati, situ adalah kawasan bernajis.

Selepas sudah lap kering itu, tuangkan ke atasnya air mutlak. Selepas itu sudah sucilah. Barulah boleh nak lap, atau mop dengan air sabun, dettol. Ikut masing-masing punya kemahuan.

Ikut Cara Masing-masing Nak Sucikan Najis

Kalau kamilah, kes macam ini basuh kat laluan budak tu pijak… Dari ruang tamu ke dapur, dia pijak kawasan mana. Situlah kami basuh, ainnya mungkin tak ada tapi najis hukmi nya tetap ada…

Bab najis memang kita tak boleh ambil ringan, sebab di rumah kita, kita nak solat. Bayangkan next time kita sudah ambil air sembahyang, kaki basah-basah terpijak kesan air kencing yang kita tak cuci dulu. Selepas itu kita solat dalam keadaan kaki kita ada najis… Solat kita tak sah …

Pernah sorang sahabat tanya saya. Macam mana sebelum ini dia tak tahu, dia mop saja. Sekarang dia sudah tahu cara nak sucikan najis dengan betul dan selama ni memang satu rumah dia ‘bernajis’?

Baca Juga Di Sini:

Ustaz Jelaskan Hukum Sebenar; Cara Guna Tisu Basah Ketika Bersihkan Najis Bayi, Ramai Mak Ayah Yang Tak Tahu

Suka Ambil Ringan, Kesian Tengok Orang Tak Tahu Langsung Bab Taharah

Info lebih menarik, klik di sini. 

Cuci Satu Rumah Dari Najis

Jawapan saya basuh satu rumah. Sucikan rumah, itu adalah cara paling selamat nak keluar dari keraguan… Bukan susah, lalu air mutlak saja… Sebab sifat najis sudah hilang, tinggal najis hukmi saja..

‘Ala lecehlah nak basuh satu rumah, banyak perabot lagi. Pokok bunga beratlah nak angkat. Stor banyak barang, alahai streslah.

Ikutlah, kubur asing-asing. Simple, nak susah sekarang, sucikanlah.. Nak susah kena pukul dalam kubur, buat tak tahu sajalah. Islam menitik-berat hal bersuci sebab dari bersuci itulah yang tentukan ibadat kita sah atau tak..

Jangan Ambil Ringan Bab Najis, Bersuci

‘Islam tak beratkan umatnyalah. Islam itu agama mudah, tak perlu sampai macam ini.”

Islam ajar cara bersuci dengan betul tapi kamu tak buat.. Maka perlu perbetulkan dengan cara yang betul… Susah itu sebab dari awal sudah buat dengan cara yang salah.. Sebab ilmu ini penting bukan untuk kita tahu semata…

Tapi untuk kita faham.. Bila ada masalah baru, kita boleh settle dengan basic fardhu ain sahaja..

Laki ku kata, dah sekali dengan tazkirah subuh. Kata-kata islam agama mudah itu biasanya dari orang yang jahil murakkab. Maksudnya bahasa Melayu bodoh sombong…

Sudah tak tahu, tapi sombong tak nak terima teguran. Orang sudah ajar, tapi masih nak tolak kebenaran…

Orang macam ini biasanya dia rasa dia pandai pada orang dah tapi sebenarnya ilmunya kurang dan dia merasakan orang yang berilmu lebih tu hanya berlebihan dalam berilmu..

Benda Simple, Tapi Bab Najis Memang Berat

Benda ini simple, bergantung pada sebanyak mana kamu nak Allah redha.

Simple… Tapi berat kan.

Ni baru bab air kencing. Belum bab tahi cicak, bila kemas, mop sekali tahi cicak seret satu rumah. Rumah bersih berkilat tapi tak suci.

MW: Islam memang memudahkan umatnya, tetapi sebagai hambanya jangan pula setiap perkara diambil mudah. Lagi-lagi bab najis. 

Sumber: Ummi Amni

 

Published by
Syazwani Mehat