Memang ada benarnya, suami yang ‘gentlemen’ atau budiman itu sebenarnya yang mampu menjaga syariat dan memelihara maruah isteri. Sebaik mungkin melindungi maruah anak dan isteri, serta memastikan mereka menutup aurat dengan sempurna.Bukan apa, wanita zaman sekarang apabila bab jaga aurat dan maruah diri, ramai yang lebih teruk daripada orang sawan!
Baca perkongsian kisahnya daripada Tuan Ahmad Fairoz ini sebagai rujukan;
Suami Gentlemen adalah Yang Memelihara Maruah Isteri.
Petang tadi isteri saya kongsikan pada saya berkaitan satu video seorang lelaki yang dikatakan sebagai suami yang ‘gentleman’ kerana memarahi seseorang yang menegur pakaian isterinya yang ‘seksa’ barangkali.
Walau bagaimanapun katanya ramai yang tidak menyokong tindakan tersebut kerana menurut mereka memang patut pun ditegur jika sudah jelas-jelas seksi.
Jaga Maruah Isteri dan Anak Perempuan
Entahlah. Saya tak ikuti dengan jelas perihal tu cuma teringat satu pesan daripada Ustaz Mohd Rifqi Myiddin dalam kuliah beliau.
Kata Ustaz,
“Orang perempuan sekarang ramai yang tak sedar mereka telah kehilangan maruah. Kita ahli-ahli masjid ni yang ada isteri dan kalaulah ada anak perempuan, tolonglah jaga maruah isteri dan anak-anak perempuan kita.”
Jangan beri mereka keluar dari rumah seandainya tidak menutup aurat dengan sempurna. Apalah erti kita sebagai seorang suami atau ayah seandainya kita tak mampu memelihara maruah insan-insan yang kita sayangi.”
Wanita Ahli Syurga
Tak silap saya ketika tu Ustaz ada ceritakan satu kisah tentang wanita yang dihinggapi sawan pada zaman Nabi SAW.Kisah yang diriwayatkan daripada ‘Ata’ bin Abi Rabah itu menceritakan bahawa suatu hari Ibnu Abbas radiallahu anhu bertanya kepada beliau,
“Mahukah awak, saya tunjukkan ahli syurga?”
Dia menjawab, “Mahu.”
Ibn Abbas menunjukkan kepada beliau seorang wanita sambil berkata,
“Itu wanita hitam yang telah menghadap Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam.
Dia mengadu yang dia mengidap penyakit sawan dan setiap kali sawannya datang dia berada dalam keadaan tidak sedar biarpun ketika itu auratnya terbuka. Lalu dia mohon Rasulullah saw mendoakan untuk beliau.
Ads
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam memberinya pilihan dengan jawapan,
“Jika awak bersabar (dengan penyakit itu) , maka bagimu syurga. Tetapi jika awak mahu, saya akan mendoakan sehingga Dia menyembuhkan awak”
Maknanya jika dia bersabar ganjaran yang diperoleh adalah syurga namun jika dia mahu Baginda boleh sahaja memdoakan agar dia diberikan kesembuhan.
Lalu wanita itu memilih untuk bersabar cuma beliau memohon Rasulullah saw mendoakan agar auratnya terpelihara ketika penyakit sawannya datang.
Kemudian rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mendoakannya. [Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ)
Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]
Ads
Dikhabarkan wanita tersebut bernama Ummu Zufar.
Lalu kata ustaz lagi selepas menceritakan kisah ini,
“Hebatnya wanita zaman Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam, ada penyakit sawan kemudian sangat khuatir kalau terdedah aurat dan tidak terpelihara maruah ketika terkena sawan. Padahal ada kemaafan di situ kerana pada waktu itu dia dalam keadaan tidak sedarkan diri.”
“Berbeza wanita zaman sekarang ni, ramai sahaja yang sihat-sihat tetapi lebih teruk daripada orang yang sawan dalam pada bab menjaga aurat dan memelihara maruah diri sebagai seorang wanita.”
Realitinya memang saya bimbang juga memerhatikan keadaan sekarang ini. Tahap kebimbangan saya tu sampai termimpi-mimpi isteri saya melahirkan anak perempuan.
Lepas bangun tu langsung bertambah kerisauannya apabila memikirkan betapa teruknya cabaran dalam menangani kecenderungan anak-anak perempuan. Allahuakbar…
Ads
Tugas berat menjadi seorang suami dan juga seorang ayah di akhir zaman.
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang berat peranan dan tangguangjawab suami. Pesanan buat para suami dan ayah, jadilah lelaki yang ‘gentleman’ yang berusaha memelihara maruah serta menjaga aurat anak-anak dan isteri.
Selepas kejayaan menghasilkan aplikasi e-Azzuha, syarikat pelancongan Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi mencipta sejarah dengan memperkasakan teknologi Virtual Reality (VR) untuk simulasi pengalaman ibadah haji dan umrah bersama Az Zuha.
Inisiatif itu bertujuan untuk membantu bakal jemaah memahami dan merasai suasana sebenar di Tanah Suci sebelum mereka memulakan perjalanan yang penuh keberkatan itu
Detik istimewa itu turut dirasai kira-kira 250 bakal jemaah haji yang bakal mengerjakan ibadah itu pada tahun depan dalam Majlis Pelancaran Inovasi Teknologi VR Umrah dan Haji Azzuha yang berlangsung di Bangi, baru-baru ini.
Pengalaman Mengujakan
Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha Group Travel and Tours, Abdul Malik Abdul Raman berkata, melalui teknologi VR pengguna dapat merasai pengalaman haji dan umrah bersama Az Zuha dalam suasana yang realistik.
“Az Zuha percaya inovasi ini bukan sahaja memberikan peluang kepada jemaah untuk mendalami persiapan mereka ke Tanah Suci, tetapi turut memperkenalkan pendekatan baru dalam pelancongan Islamik yang memanfaatkan teknologi terkini.
“Alhamdulillah majlis yang berlangsung memberi peluang kepada hampir 250 bakal tetamu Allah yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun depan bersama pakej haji Az Zuha.
“Rata-rata yang hadir berpeluang merasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi VR dan begitu teruja untuk berada di Tanah Suci bagi melakukan ibadah,” katanya.
Menurut Abdul Malik, sebagai penghargaan kepada bakal jemaah terpilih berpeluang merasai pengalaman VR di booth Az Zuha pada Karnival Haji 2025 yang akan berlangsung di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang, bermula 3 hingga 5 Januari ini.
“Peluang eksklusif ini bakal memberikan pengalaman istimewa kepada jemaah untuk memahami perjalanan ibadah mereka bersama Az Zuha dengan lebih mendalam dan bermakna melalui teknologi VR ini secara percuma.
“Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa disediakan kepada pengunjung untuk mengetahui sebarang maklumat atau pakej umrah dan haji yang kami sediakan,” katanya.
Untuk rekod, Az Zuha sekali lagi dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.
Tidak kiralah dengan sesiapa pun, jika mak, ayah buat salah cepat-cepat minta maaf. Beralahlah walaupun bukan kita puncanya semata-mata untuk memulihkan hubungan. Tidak salah rendahkan ego dan meminta maaf.
Hari-hari kita buat salah dengan Allah. Hari-hari pula kita merintih merayu supaya Allah ampunkan dosa kita. Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa malu.
Namun, itu tak sesekali menjadikan kita manusia hina. Bahkan kita jadi lebih mulia. Bahkan ia mengangkat darjat dan martabat kita di sisi-Nya.
Ada kala kita buat salah dengan manusia secara spesifik. Kita kena cepat-cepat minta maaf dan mengaku salah kita. Takut nanti tak sempat. Takut nanti ada salah seorang daripada kita yang mati dulu.
Jangan dipelihara rasa sombong dan ego kita. Beralahlah walaupun ada kalanya kita bukanlah puncanya pun. Itu akan memulihkan hubungan kita yang mungkin retak jika dibiarkan berlama-lama.
Minta Maaf dan Mengaku Salah
Terkadang juga kita buat salah dengan manusia secara umum. Tambah pula kalau kita ini figura masyarakat, selebriti, ahli politik dan tokoh agama.
Usah dibelit-belit lagi jika ternyata memang ianya salah kita. Usah dicari-cari dalil dan dalih untuk membenarkan tindakan kita. Sehingga kita terpaksa berbohong ke sini dan ke sana.
Yang salah itu salah. Walau macamana caranya sekalipun kita berusaha untuk justify, ia tetap salah.
Jangan cari salah orang untuk tutup salah sendiri. Sampai tergamak tuduh orang sana sini. Hingga tak tersedar boleh jadi fitnah dan caci maki.
Jangan salah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan diri. Tafsir dan hurai ikut sedap hati. Reka dan tokok tambah fakta ikut nafsu. Itu namanya menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Jangan petik hadis Nabi Muhammad SAW untuk sokong kelemahan diri. Pusing sana, sini juga supaya kena dengan kita dan selera kita. Selongkar juga sampai tak kira sudah hadis tu apa statusnya. Ini memang perbuatan terkutuk lagi terkeji.
Mengaku salah. Minta maaf. Jangan diulang lagi. Itu saja caranya.
Orang yang suka mengaku salah, itu orang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
#KAB
MW: Ternyata orang yang mengaku salah dan sering meminta maaf adalah orang yang hebat. Percayalah.
Dunia hari ini semakin hari makin mencabar, bukan saja arus pemodenan tetapi juga dari segi cabaran dalam mendidik anak-anak terutamanya didik anak perempuan dengan dunia luar yang penuh pancaroba
Kalau nak dibandingkan dahulu, cara didikan mak ayah kita cukup berbeza dengan sekarang. Dulu, anak perempuan tak berani nak keluar malam, sekarang ini mereka bebas. Lebih teruk lagi dengan tidak menjaga aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bimbang didik anak perempuan yang tiada had dan batasnya, boleh menjurus kepada masalah sosial yang sukar dibendung sekarang ini. Lebih memalukan, bila ada yang sudah terlanjur dan sanggup membuang bayi. Ini perihal anak perempuan, belum lagi cara mendidik anak lelaki.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, mak ayah kena berbalik kepada cara didikan yang diajar oleh Nabi kita sebelum ini. Mungkin betul, menjaga anak perempuan umpama menjaga 10 orang anak lelaki.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakob Yusra boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana. Ikutlah cara Nabi s.a.w dalam mendidik anak perempuan. Mudah-mudahan ia memberi keberkatan dan kesenangan hidup dunia akhirat.
Kalau kita tengok dalam masyarakat hari ni semua pakat nak ikut trend. Lagi pun ramai pakat mengajar ajar anak ikut trend dan cara pakaian barat.
Kalau ada yang berpakaian sempurna menutup aurat dikatakan tidak up to date. Jom kita tengok macam mana Nabi SAW didik anak perempuan. Ikut apa yang Nabi SAW ajar, Insya Allah hidup tenang dan bertambah berkat.
#madad
#MurtadhaDakwahCentre
MW: Moga ia memberi manfaat kepada mak ayah di luar sana. Mudah-mudahan.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.