Azrinaz Mazhar Hakim Akhiri Zaman Solo Dengan Rakan Yang Dikenali Sejak 20 Tahun

Share

Personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar, 39 berkongsi di instagramnya yang dirinya sudahpun menjadi isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H iaitu jatuh pada hari Nisfu Syaaban.

Beliau yang juga bekas pembaca berita TV3 dan pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini turut memaklumkan yang suaminya, Fairos adalah sahabat yang dikenali sejak 20 tahun yang lalu. Cuma setahun yang lalu, hubungan antara mereka mula menjadi rapat.

“”Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’. Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan.

Maklum beliau lagi majlis pernikahannya diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa beliau.

Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua.”

 

Takkan Sesaat Melupakan 2 Orang Anaknya

Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan

. “

Akui Azrinaz jujur, “Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua.

Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai.”

 

Memilih Untuk Lebih Privacy

Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan.”

Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum.”

Sumber/Foto : Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Published by
Netty Ah Hiyer