Aznil Nawawi Hormat Pendirian Mereka Yang Tolak Vaksin “Jangan Bermusuh. Kita Cuba Lindungi Mereka”

Share

Aznil Nawawi hormat pendirian mereka yang tolak vaksin, setuju dengan Datuk Aznil Nawawi yang menghormati pendirian serta hak mereka yang menolak divaksin atau ada disebut sebagai anti vaksin dan prosafe (ambil langkah berjaga-jaga).

Aznil Nawawi Hormat Pendirian Mereka Yang Tolak Vaksin

Pengacara hebat yang lebih selesa dengan panggilan Pak Nil ini juga menerangkan prosedur pelalian atau vaksinasi itu tidak diwajibkan kerajaan.

“Ia hak masing masing. Saya hormat. Daripada awal lagi kerajaan pun tak paksa sama ada nak ambil vaksin atau sebaliknya.

“Tapi bila keluar dakyah salah bertentangan sains atau propaganda itu ini daripada segelintir golongan berkenaan, itu yang tak syok.

“Mungkin sebaiknya golongan itu tidak terlalu lantang di media sosial. Tapi ia hanya pandangan rawak saya saja kerana zaman media sosial beraja ini ramai tegar bersuara,” ujar Aznil ketika ditemubual sewaktu sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie.

Hormati Mereka Yang Memilih Divaksin

Pada kenyataan yang sama, Aznil juga menerangkan mereka yang tidak mahu divaksin agar menghormati mereka yang memilih untuk divaksin.

Malah Aznil juga turut mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini yang menyebut akan terus menyusahkan urusan golongan berkenaan.

“Pada pandangan sayalah, beliau bukan nak menghimpit golongan anti vaksin. Sebaliknya merujuk kepada golongan yang tak nak divaksin tetapi pada masa sama mengeluarkan dakyah salah untuk menakutkan orang ramai.

“Jadi saya setuju jika golongan itu pegang pendirian mereka tak mahu divaksin tanpa mengeluarkan dakyah tertentu. Pendek kata hormat pendirian itu. Dalam masa sama, golongan itu hormati mereka yang memilih divaksin. Begitulah sebaliknya.

“Jangan Bermusuh Dengan Mereka”

“Jadi selebihnya iaitu 10 peratus lagi merujuk kepada golongan antivaksin, kanak kanak dan mereka yang tak boleh divaksin atas faktor pelbagai termasuk kesihatan.

“Kita yang memilih vaksin ini jangan bermusuh dengan mereka. Kita cuba lindungi mereka. Majoriti akan menang melawan minoriti. Insya-Allah.

“Kita sudah bergelut melalui era COVID-19 ini. Cukup… cukuplah derita itu. Tak perlu kita tambah dengan pertelagahan prinsip mahu divaksin atau sebaliknya,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.

PKP Pertama, Rasa Hidup Gelap

Aznil yang akan menginjak usia 59 tahun pada 6 November ini, kelihatan awet muda dan akui sangat menjaga kesihatan. Malah Aznil juga turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.

“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.

“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.

“Malah saya juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang disahkan positif COVID-19 tahap empat mencuba. Alhamdulillah ikhtiar serba sedikit membantu dan pulih. Malah pihak jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan kos bil hospital atas paksi kemanusiaan,” luah Aznil.

Baca Disini Juga:

Keke Challenge: “Kalau Muda Pun Paknil Rasa Tak Lah Terikut Nak Buat Macam Ni..” Datuk Aznil Nawawi

Lawat Orang Sakit & Bantu Fakir Miskin, Pak Nil Tak Lokek Sejak Dulu Suka Buat Kerja Amal

‘Paknil.. Ayah Dah Meninggal’ Mangsa Ketujuh Covid-19, Rakan Sekolah Aznil Hj Nawawi

Tekankan Pengambilan Vitamin C dan D Di Kalangan Pelajar

Selain mementingkan kesihatan diri, figura ini juga menerangkan golongan kecil juga wajar dilindungi.

“Apabila ada inisiatif pihak produk ini buat suplemen khusus untuk kanak kanak mendapat perlindungan di musim pandemik, saya paling bersetuju.

“Apatah lagi ada golongan ini sudah kembali bersekolah secara bersemuka. Virus jahat ini kita tak nampak, jadi kena sentiasa berwaspada. Golongan dewasa sendiri pun boleh terdedah kepada perkara yang tak diingini, apatah lagi si kecil.

“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” sambungnya.

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 0196328758

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Norhayati Suboh