Sumber Foto : Instagram Azlee Khairi

Azlee Khairi nikah kali kedua, rupanya pelakon Azlee Khairi sudah mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin kali kedua.

Untuk rekod, sebelum ini Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Namun Azlee kembali aktif berlakon dan pada tahun 2020 pelakon itu mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang.

Azlee Khairi Nikah Kali Kedua, “Harap Ikatan Perkahwinan Dirahmati, Kekal Sampai Bila-Bila”

Azlee Khairi Nikah Kali Kedua

Seperti mana yang dilaporkan, Azlee sudah bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.

“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” ungkapnya.

Ads

Menarik Di Sini : Zulin Aziz Nikah 20 Februari, Tunang Akui “Dialah Wanita Yang Saya Mahu Sehidup Semati”

“Semakin Hampir Hari Pernikahan, Semakin Berat Ujian.” Dugaan Bertunang! Duit Hilang, Jatuh Sakit

Tak Suka Gembar Gemburkan Hal Peribadi

Beberapa hari lalu, Azlee telah berkongsi gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 di Instagram yang  mengundang pelbagai spekulasi.

“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya yang akan mengadakan majlis persandingan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

Ads

Soal Kahwin Paling Penting Keluarga Tahu Sudah Memadai

Ditebak kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.

“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.

“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.

“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.

Ads

“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” sambungnya.

Mingguan Wanita: Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah.

Sumber Foto : Instagram Azlee Khairi

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI