Azka Anak Kecil Dilindungi Malaikat, Terperangkap 60 Jam Tanpa Makan & Minum Dalam Gempa Bumi Di Ciandur, Jawa Barat

Share

Azka anak kecil dilindungi malaikat, terperangkap 60 Jam tanpa makan & minum dalam gempa bumi di Ciandur, Jawa Barat. Kala ini negara jiran, Indonesia diuji dengan berita menyedihkan di mana Wilayah Ciandur, Jawa Barat dilanda gempa bumi kuat.

Gempa bumi berukuran 5.6 skala ritcher itu telah mengorbankan 271 orang dan 40 lagi masih diberitakan hilang. Berdasarkan data yang dikumpul setakat 5 petang waktu tempatan semalam, sekurang-kurangnya 2,043 orang cedera dan 61,908 lagi ditempatkan di pusat perlindungan selepas 56,320 rumah rosak.

Di saat ramai menangisi kehilangan orang disayangi dalam gempa yang berlaku bukan sekali bahkan empat kali goncangan ini (termasuk goncangan kecil) kisah seorang budak lelaki yang terselamat menarik perhatian ramai orang.

Diberitakan, Azka kanak-kanak berusia 5 tahun ini ditemui tersepit dalam runtuhan almari selepas tiga hari gempa berlaku. Bahkan keadaannya sihat sekali pun tidak makan dan minum selama dekat 60 jam selepas gempa berlaku Isnin lalu.

Di sebalik berita gembira penemuan dirinya, menyedihkan ibunya ditemui meninggal dunia bahkan neneknya juga belum ditemui setakat semalam.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anthonius Gunawan Agung, ‘Wira Palu’ Selamatkan Ratusan Nyawa, Namun Diri Terkorban

Hanya kata-kata “kasihan (anak) ini, dua kata yang terucap dari Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan HAM Mahfud MD saat menjenguk Azka Maulana Malik di RSUD Cianjur, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Rabu.

Semoga ujian gempa yang berlaku di negara jiran ini kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang terkorban.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros