Hiburan

Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi, Tiga Dah Cucu Nenek Cantik Ni

Share

Azian Mazwan Sapuwan dapat cucu lagi, tiga dah cucu nenek cantik ni. Azian Mazwan Sapuwan siapa yang tidak kenal dengan artis wanita era 80an yang cukup popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.

Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi

Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Azian berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.

“Alhamdulillah..syukur Ya Allah.

Semoga cucu mama dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik dan menjadi anakanda yang solehah kepada ayah dan ibu sayang.

Doaku, “Aku memohon perlindungan untuknya anak cucu keturunanku dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan dan pandangan yang jahat.”.. Aamiin Ya Rabb,”tulisnya di ruangan kapsyen.

Tiga Dah Cucu Nenek Cantik Ni

Siapa sangka wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 49 tahun. Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 sm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg.

Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Berikut rahsia cantik dan sihat yang dikongsikan oleh Azian.

10 RAHSIA CANTIK DAN SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN

1.Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.

2.Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).

3.Banyakkan meminum air kosong.

4.Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.

5.Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.

6.Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.

7.Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.

8.Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.

9.Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.

10.Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.

Sumber: Instagram Azian Mazwan Sapuwan

Baca lagi artikel lain: Alhamdulillah Selesai Majlis Resepsi Azian Mazwan Terima Menantu Baru

Selepas Anakanda Saya ‘Berumah’ Di Sini, Raudhah Ini Seperti Tempat Wajib Ziarah Azian Mazwan

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim

Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.

Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

Published by
Has