Azhar Sulaiman minta presiden Umno bertanggungjawab, BN kalah teruk dalam perang persepsi. Keputusan pilihanraya semalam menyaksikan parti Pakatan Harapan memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti rapat oleh gabungan parti Perikatan Nasional yang memenangi 73 kerusi. Menariknya, gabungan PN yang dianggotai PPBM, Pas dan beberapa parti lain khususnya telah menyapu bersih empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
Namun di sebalik keputusan rasmi semalam yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dalam Pilihanraya Umum ke 15 ini menunjukkan tiada satu gabungan parti politik sama ada BN, PH mahu pun PN memperoleh majoriti mudahatau menang 111 daripada 220 kerusi Parlimen.
Azhar Sulaiman Minta Presiden Umno Bertanggungjawab
Sekaligus Parlimen tergantung dan belum ada pembentukan kerajaan dapat dibuat kecuali berlakunya gabungan parti dari Sabah dan Sarawak yang mungkin menyokong PN. Jika ini terjadi, impian rakyat Malaysia yang ingin menyaksikan Abah atau Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 akan tercapai.
Dalam pada itu, pasti ramai penyokong Barisan Nasional seakan tidak percaya apabila rakyat “menolak” dalam diam parti ini walau sebelum ini BN amat yakin mampu menyapu bersih berdasarkan kemenangan di pilihanraya negeri melibatkan Melaka dan Johor tetapi itu semua ternyata bukan jaminan rakyat memilih parti ini sekali lagi.
Ads
Dapat disaksikan BN yang menolak permuafakatan dengan Pas dan PPBM sebelum ini hanya berjaya meraih 30 kerusi sahaja walau Presiden yang ketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi yakin BN akan menang besar. Dan ternyata ia satu kekalahan paling teruk bagi BN walau keputusan Presiden yakin BN akan menang besar kali ini.
Ternyata rakyat mengajar dalam diam dan menolak kerana banyak keputusan tidak popular dibuat termasuk meletakkan Khairi Jamaludin di Sungai Buloh dan membiarkan dirinya terkapai-kapai melawan di sana sebelum tewas bermaruah kerana dirinya masih calon popular di hati anak muda.
Dalam pada itu, Azhar Sulaiman yang merupakan ahli UMNO dalam catatan di fbnya meminta Datuk Seri Zahid Hamidi bertanggungjawab akan kekalahan BN dalam pilihanraya ini. Katanya Umno tewas dengan perang persepsi.
Ads
Berikut adalah perkongsiannya.
Assalamualaikum DS Zahid Hamidi.
Saya sebagai Ahli UMNO ingin meminta agar DS Bertanggungjawab Diatas Kekalahan Teruk BN Dalam PRI15 kali ini.
Ads
It Is FAIR To Ask You To Step Down As Presiden UMNO sebab Strategy & Percaturan You Telah Silap Hingga Kita Kita Tewas Dengan Teruknya Dalam Perang Persepsi. Sapa sapa bersama saya sila angkat tangan.
Rupanya cuci kipas pun ada bahan-bahan tertentu untuk elak cuci setiap hari, ya!
Ok, biasanya kipas yang kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat. Lagi teruk kesannya angin kipas rasa kurang.
Kebanyakan kita bukanlah ada banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, tambah pula nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Mak-mak tak perlu risau sebab anda boleh guna cara mudah ini untuk elak habuk melekat sekaligus tak perlulah nak kena cuci kipas selalu.
Bahan-Bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara-Caranya:
1. Basuh kipas terlebih dahulu sehingga bersih dan tiada habuk.
2. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
3. Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
4. Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
5. Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya lebih segar,terjamin kebersihannya malah lebih menjimatkan! Tanpa perlu ragu-ragu.Iyalah jika beli dikedai, adakalanya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya.
Berikut merupakan cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Suhaila Ishak sebagai panduan mak-mak;
“Ragu-ragu dengan kebersihan udang kering yang dibeli, mari buat sendiri, senang dan sedap dijamin bersih lagi halal”
Bahan-Bahan:
Udang segar (Saya guna udang laut yang kulit keras tu)
Sedikit Garam
Cara Membuat:
1.Rebus udang segar dengan sedikit garam.
2. Rebus sampai kering air.
3. Keringkan udang kering tersebut dengan dua cara;
Cara 1
Jemur dibawah cahaya matahari sampai betul-betul kering.Jika cuaca panas, jemur sehari pun dah boleh kering.
Cara 2
Kalau malas jemur masukkan dalam oven suhu 100-150 darjah. Bakar sampai betul- betul kering dalam 20 minit untuk kekalkan rasa manis udang tu.
4. Bila dah betul-betul kering masukkan dalam plastik, kemudian ramas-ramas je udang kering tersebut untuk asingkan isi dengan kulit udang.
Bayi ‘mengandungkan’ kembar sendiri mungkin satu perkara pelik namun ia benar-benar berlaku dalam dunia perubatan.Tiada apa pun yang mustahil dengan kekuasaan dan izin Nya.Seorang bayi perempuan yang masih dalam kandungan dikatakan ‘mengandung’ kembarnya sendiri di dalam perutnya di sini baru-baru ini di Barranquilla, Columbia.
Kejadian aneh itu disedari oleh seorang pakar sakit puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra. Dia mengesan kehadiran janin yang lebih kecil menerusi imbasan ultrabunyi selepas pemeriksaan awal mengesyaki bayi tersebut mungkin mengalami ketumbuhan pada hatinya.
Pakar Sakit Puan, Dr. Miguel Parra-Saavedra
Terpaksa Dibedah
Bayi bernama Itzamara seberat 3.17 kilogram dilahirkan pada 22 Februari lalu selepas sepasukan pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan Caesarean di klinik La Merced bagi mengelakkan kembarnya terus membesar dan merosakkan organ dalamannya.
Sehari kemudian, pakar-pakar bedah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan kembarnya berukuran 45 milimeter panjang dan seberat 14 gram yang meninggal dunia sebaik tali pusatnya dipotong. Janin tersebut mempunyai tangan serta kaki, namun tidak mempunyai jantung atau otak.
“Ia adalah perkara paling pelik dan menarik yang anda dapat lihat dalam bidang perubatan,” kata Parra-Saavedra kepada akhbar tempatan, The Herald.
Gambar ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan Itzamara dan kembarnya (kotak kuning).
Lewat Pembahagian Sel
Ibu bayi tersebut, Monica Vega, 33, mulanya tidak mempercayai perkara itu, namun menerima hakikat itu selepas dia ditunjukkan gambar, video dan bukti saintifik.
Kejadian yang dipanggil fetus dalam fetus itu berlaku kerana kelewatan pembahagian sel menyebabkan kembar tersebut tidak terpisah sepenuhnya.
MW: Macam-macam perkara pelik dalam dunia perubatan yang tidak mustahil berlaku. Semuanya atas keizinan dan kekuasaanNya.Apa-apapun, pemeriksaan awal oleh doktor pakar pada keadaan bayi ini, wajar dipuji. Bayi tersebut selamat, dan dapat mengelakkan daripada perkara buruk berlaku. Semoga bayi ini membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.