Azhan Rani terharu sehingga menitiskan air mata, begitulah reaksi pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur, Azhan Rani yang sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir.
Banjir yang telah melanda beberapa lokasi di Malaysia telah membuatkan ramai selebriti turun padang untuk menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada mereka yang terkesan.
Sejak pagi Ahad, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Lembah Klang dan lokasi-lokasi lain yang dilanda banjir.
Menerusi perkongsian Azhan Rani menerusi akaun rasmi Instagramnya mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan hasil sumbangan para pengikutnya di laman Instagram.
Seperti yang diluahkan pada awalnya dia hanya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian pakaian untuk kegunaan mangsa banjir terlibat. Namun apabila berkongsi hasrat tersebut di Instagram, ramai pengikutnya yang ingin turut serta membantu dan menyalurkan bantuan.
“Sebenarnya saya tak rancang beriya pun kerana saya hanya buat seorang sahaja. Pada awalnya saya hanya ada satu kotak baju yang saya rasa boleh bagi pada mangsa banjir.
“Bagaimanapun saya kemudiannya terfikir, kenapa saya nak bawa satu kotak baju saja, sedangkan kenderaan saya boleh memuatkan lebih banyak barang lagi.
“Jadi saya panjangkan kepada rakan-rakan media sosial, kalau ada orang nak tumpang barang,” kongsi Azhan.
Malah dia juga sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia.
“Saya tak sangka rakyat Malaysia sangat-sangat pemurah. Masing-masing laju DM (Direct Messege) untuk berikan sumbangan sehingga saya tak sempat nak membalas semuanya kerana terlalu ramai yang nak membantu sama.
“Ada juga orang dari Singapura yang minta nombor akaun kerana nak menyumbang dan membantu orang Malaysia yang dilanda musibah banjir. Jadi saya sangat-sangat terharu sehinggakan menitiskan air mata pada tadi. Hari mereka, mungkin satu masa nanti hari kita pula.
Baca Disini Juga;
Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana
Majlis Resepsi Dibatalkan, Pengantin Sedekah Lauk Kenduri Di Pusat Pemindahan Banjir
“Saya harap semuanya dipermudahkan. Kepada petugas-petugas di pusat pemindahan banjir, harap semuanya selamat.
“Dalam masa sama, kita jangan lupa Covid-19 masih lagi ada dan kita sama-sama jaga diri. Terima kasih dermawan-dermawan yang menyumbang,” ungkapnya lagi.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Azhan Rani
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita