Bisnes

AZ Pemurah Kekal Pakai ‘Face Mask’, Tak Mahu Dedah Identiti Risau Perasaan Riak & Elak Terlalu ‘Show Off’

Share

AZ Pemurah kekal pakai ‘face mask’, tak mahu dedah identiti risau perasaan riak. Sewaktu bersua wajah dengan pempengaruh Tik Tok terkenal dan usahawan wanita berjaya ini, ternyata penulis kagum dengan sikapnya yang begitu merendah diri.

Akui pada awalnya dirinya tidak mahu hadir ke majlis pelancaran tudung DOA AZ iaitu koleksi Tudung Premium Cotton Voile ‘Gempak Raya’ Bertemakan Menu-Menu Aidilfitri  namun dek kerana dirinya merupakan pengasas terpaksalah hadirkan diri.

AZ Pemurah Kekal Pakai ‘Face Mask’

Pada majlis tersebut AZ Pemurah kekal memakai ‘face mask’ meskipun di acara pelancaran jenama tudung jenama DOA AZ.

“Alasan saya tutup identiti ini tidak mahu ada perasaan riak dan tidak mahu terlalu ‘show off’, jika boleh acara pelancaran tudung ini pun saya tidak mahu hadir tetapi sudah pengasaskan jadi terpaksalah hadir.

‘’Lagi satu lebih menjaga hati, jika kita berniat baik Allah pasti membantu kita, saya tidak kisah orang padang negatif pada kita, saya bersedekah pun orang hentam saya kerana saya buat video.

‘’Saya buat video untuk content sebab dalam Malaysia ni terlalu ramai orang kaya. Jadi saya mahu menggalakkan mereka turut bersedekah. Itu Sahaja, niat lain nak menunjuk ke tiada.

‘’Kita mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk membantu. Seperti mana pengalaman saya sebelum ini ramai gelandangan ada yang datang dari jauh untuk makan sepinggan nasi sahaja dan beras, sebab itu saya bercampur banyak dengan orang susah,” kongsi AZ Pemurah.

Kumpul Amal Menuju Ke Alam Berbeza

Seperti yang diketahui ramai, AZ Pemurah berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan tanpa menunjukkan wajahnya di media sosial. Bagi AZ Pemurah, memelihara rahsia identiti peribadi adalah keutamaan.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.

Minat Mendalam Dalam Fesyen

Menyentuh tentang jenama tudungnya, AZ Pemurah menerangkan minat dalam fesyen menjadi pendorong utama dirinya hasilkan Doa AZ.

Menurut AZ Pemurah lagi jenama hijab yang dihasilkan mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini. Malah minat yang mendalam juga mendorong dirinya dalam penjanaan setiap rekaan tudung.

“Sejak dulu memang saya minat dalam bidang feyen. Sewaktu saya buat live Tik Tok ramai yang bertanya selain sumbangan derma kepada orang ramai apa lagi yang saya lakukan.

“Sejak itu saya dan suami berbincang dan tercetuslah rangkaian tudung DOA AZ. Menerusi jenama ini saya dan suami telah sepakat dari awal 30 peratus dari keuntungan jualan rangkaian DOA AZ kami akan derma pada mereka yang memerlukan.

“Duit tersebut diletakkan siap-siap ke akaun lain supaya tak digunakan. Sebabnya kami dah niat untuk beri zakat duit itu jadi tak bolehlah sentuh,” kongsi AZ Pemurah.

“Beraya Bak Dewi” Menjelang Aidilfitri

AZ Pemurah menjelaskan dirinya telah bekerjasama dengan perancang fesyen berjaya dan menghasilkan lebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ.

Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi.

Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti.

Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cmx115cm bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri kelak. Koleksi DOA AZ boleh dibeli dengan harga serendah RM29.00 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.

Bella Astillah turut memeriahkan majlis dengan menyampaikan empat buah lagu manis lengkap berbaju kurung dan berhijab.

Baca Disini : Kekal sorok identiti, bimbang wujud riak dan takbur. AZ Pemurah selesa wajah tidak dikenali

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

Published by
Norhayati Suboh