Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ke-7. Sebelum ini Mingguan Wanita menerusi segmen Video Ambil Tahu pernah menemubual pelakon Ayu Raudhah tentang dirinya yang mempunyai anak ramai.
Akur Ayu dia sangat bersyukur walau anak ramai namun dirinya dipermudahkan untuk menjaga kesemua anak-anak. Bukan mudah ya mak-mak di luar sana nak menjaga enam orang anak. Namun rezeki Allah tak pernah salah alamat.
“Saya terima seadanya rezeki dari Allah, akur bila Allah tentukan anak ramai serta dipermudahkan. Anak seorang pun letih nak jagakan. Saya diberi kemudahanan ada pembantu yang baik, adik beradik yang banyak hulurkan bantuan. Alhamdulillah jadi mudah,” terang Ayu.
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dengan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.
Ayu Raudhah Bakal Timang Anak Ke-7
Terbaru isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha itu mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua. Menerusi satu perkongsian video di Tik Tok pempengaruh Rosix Omar ketika sambutan Rumah Terbuka kakaknya, Rozita Che Wan, Ayu dilihat sarat hamil tujuh bulan.
Ads
“Alhamdulillah ya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
“Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya,” kongsi Ayu.
Tidak Alami Alahan
Menurut Ayu lagi hamil kali ini dirinya tidak mengalami sebarang alahan.
“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.
Ads
“InsyaAllah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu,” sambungnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lepas 12 tahun bersalin anak ketiga Syura timang cahaya mata keempat. Syukur alhamdulillah, selepas 12 tahun melahirkan anak ketiga, penyanyi Syura Badron selamat bersalin anak keempatnya.
Pemilik nama sebenar Zuraidah Badron yang juga bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua mendirikan rumah tangga dengan Muhd Farizat pada 22 Januari 2022.
Syura terdahulu memiliki tiga anak daripada perkahwinan pertamanya iaitu Nurul Dania Irdani, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12.
Lepas 12 Tahun Bersalin Anak Ketiga Syura Timang Cahaya Mata Keempat
Menerusi perkongsian di Instagram yang dibuat suaminya, memaklumkan bayi mereka disambut pakar sakit puan terkemuka, Dr Thokha Muhammad.
“Syukur Alhamdullillah pada 13 Mac 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram secara normal pada pukul 9.01 malam yang telah di rawat sempurna oleh @drthokha.
“Terima kasih atas segala doa yang tak henti-henti daripada semua.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini.
“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” kongsinya.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejadian ibu kelar bayi 8 bulan dan 3 anak ini akan buat hati mana-mana ibu luluh bagai disiat-siat. Allah.. allah.. apakah anak-anak ini rasa ketika ibu kemurungan tidak sedar melakukan ‘kerja’.
Ya, dan pagi ini jiwa ibu sekali lagi bagai dirobek-robek bila mana membaca kejadian sayu yang menimpa sebuah keluarga 6 beranak di kuarters pekerja sebuah pusat peranginan dekat Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah.
Kata orang, Pulau Mantanani ini punyai pemandangan yang cantik. Biarpun diri di kelilingi pulau cantik, bila kemurungan menjelma tiada indah lagi pemandangan hati.
Begitulah pengakhiran hayat seorang bayi berusia 8 bulan, Jerry Yohanes yang meninggal dunia selepas dikelar ibu kandung sendiri. Di kuarters yang sama, tiga anak yang lain, Nurul Hanisa, 8, Melati, 7 dan nya Jehan, 5 juga mengalami kecederaan parah di leher juga dikelar ibunya.
Entah apa yang ada difikiran, selepas mengelar keempat-empat anaknya. Ibu ini cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau yang sama yang digunakan untuk mengelar anak-anaknya. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang suami.
Tak dapat dibayangkan jika suami tidak sempat melihat. Tentulah ibu ini akan turut serta menerima nasib seperti anak-anaknya itu.
Lokasi kejadian ibu kelar empat anak di rumah kuarters sebuah pusat peranginan.
Punca Kelar Bayi 8 Bulan Dan 3 Anak, Ibu Disyaki Kemurungan
Kejadian pilu yang berlaku semalam, kira-kira jam 1.30 tengahari itu disyaki ibu itu mengalami kemurungan. Sehingga menyebabkan dia mengelar keempat-empat orang anaknya.
Dalam pada itu, sumber turut memberitahu suami mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah itu lari meminta bantuan. Kebetulan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 16 sedang membuat rondaan di kawasan berhampiran.
Pasukan PGA Battalion 16 segera bergegas ke tempat kejadian dengan suami tadi. Dan sebaik tiba, keempat anak-anak ini sudah terbaring berlumuran darah.
Tiga orang anak yang parah dan ibu ini sudah dikejarkan ke Hospital Kota Belut dengan menggunakan bot.
Kanak-kanak yang parah dan ibu mereka dilaporkan dalam keadaan yang stabil.
Kejadian malang yang berlaku ini disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berat sungguh emosi yang terpaksa ibu ini tanggung. Begitulah wahai suami, penyakit kemurungan ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang mudah.
Perhatikanlah keadaan isteri anda, lagi-lagi ketika dia berada dalam keadaan pantang bersalin. Lihat perubahan emosinya. Jika suka bersendiri, berdiam diri segeralah dekati dan berikan bantuan. Jangan sesekali ditinggal pergi.
Sumber/Foto : Harian Metro, Utusan Online
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini sudah masuk hari ke-10 Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, hilang ketika sertai larian di kawasan Gua Tempurung. Tangisan rindu seorang ibu menggamit sayu siapa saja yang mendengar.
Siang dan malam ibu, berdoa agar Acap segera pulang.
Biarpun operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah dihentikan, masih ramai sukarelawan yang sedia meneruskan misi mencari pemuda 29 tahun yang masih misteri kehilangannya.
Tadi malam dapat video di mana ibu Acap dan ahli keluarganya merayu di dalam gelap memanggil-manggil Acap untuk pulang.
Sebak.. Iya lah. Kita pun ada anak. Rindu sangat tu.. sabar je ibu. Melalui petunjuk baru yang diperoleh, Tok Anjang akan beri tumpuan pencarian di kawasan Gia Kandu pula.
Catatan Hari Ke-7 Acap Hilang
Pusat operasi ditutup dan unit SAR bertukar ke Tapak Khemah Gua Tempurung.
Semalam siang, naik Batu Putih dengan abang dan sahabat sahabat sekampung ACAP dari Muar, Johor. Dan setelah hari ke empat mendaki setiap hari badan mula terasa penat.
Balik Ipoh, mandi, solat Isya terus tidur tak sedar diri. Dibangunkan isteri jam 10 malam, katanya ada Ustaz Tahfiz kawan lama kami nak naik dan usahakan sesuatu.
Maka bersiap siap terus ke Gopeng. Dapat rehat sikit tadi cukup le untuk dapat tenaga.
Malam tadi jam 12 kami mula mendaki. Team Li Grik, Reyno, guide belia Kg Pintu Padang 4 orang dan Ustaz 3 orang. Harapan setinggi gunung.
Selesai Surah Al Baqarah dan ayat Rukyah lain di suatu lokasi batu besar kami terus ke puncak. Meninjau dan kembali di kaki bukit jam 3 pagi.
Moga apa saja usaha yang menepati syarak dilakukan. Matlamat cuma satu, agar Mohd Ashraf Hassan kembali pulang ke pangkuan keluarga yang menanti di bawah.
Tadi naik lagi. Masa pulang singgah belakang Gua Kandu. Tak boleh nak sembang panjang. Penat sangat.
Hari Ke-6, Sehari Sebelum SAR Dihentikan
Pagi ini naik Bukit Batu Putih lagi. Ada misi belum selesai. Gabungan Badan beruniform turun SAR seramai 62 orang cover bahagian bawah bukit. HEBAT mereka ni. Tak henti henti operasi.
Kali ini Tok naik bersama abang kandung Acap dan teman teman sekampungnya dari Johor. Sepanjang perjalanan Tok tak cakap banyak kerana sepanjang perjalanan ke puncak Abang ACAP memanggil manggil nama ACAP dan ajak pulang, S E D I H…. sangat.
Jom Malaysia jangan berhenti berdoa.
Catatan Hari Ke-5 Misi Mencari Acap
Sambungan perkongsian usaha berterusan SAR mencari mangsa sesat Mohamad Ashraf bin Hassan asal Muar Johor di Bukit Batu Puteh, Kg Pintu Padang, Gopeng.
Hari ini Tok Anjang ke Kg Pintu Padang lewat sampai jam 3.30. Siap menunggu Li grik, Iqbal MAYC dan grup RGS.
Sesampai je Tok Mie dan Hj Wok dari kuala Kangsar kami terus mendaftar nama dan naik ke puncak Bukit Batu Putih. Hampir sampai ke puncak kami disambut dengan hujan renyai renyai.
Kami sempat berjamaah Asar. Selesai Tok Mie membaca doa panjang mohon dipertemukan dengan ACAP, kami terus memulai slot mengesan lokasi ACAP yang dikatakan disorok oleh makhluk halus.
Dalam suasana sunyi diringi hujan renyai renyai kami berzikir diketuai oleh Hj Wok, perkara aneh berlaku.
Majoriti daripada 16 orang yang berada di situ mendengar bunyi motor di puncak bukit. Juga mendengar bunyi orang bercakap cakap dengan perlahan.
Seterusnya perlahan lahan sedang semua berzikir itu muncul gambaran lokasi lokasi di minda-minda 16 orang yang berada di situ.
Gambaran Batu Batu Besar..
Setelah diminta buka mata kami berkongsi visual yang kami lihat. Majoriti diberi gambaran batu-batu besar. Tok Nampak ketulan batu besar putih. Hairan juga. Macam diatur-atur.
Namun yang lebih mengejutkan ada seorang yang selalunya jadi orang yang pertama menolak benda-benda dan amalan pelik mendapat gambaran yang lain dari semua orang.
Beliau didatangi seorang tua berjubah, berserban putih dan bertongkat berdiri tegak di belakang isteri Tok. Berdiri diam beberapa lama melihat tanpa bergerak kumpulan zikir kami.
Sahabat kita cuba berkomunikasi dalam minda dengan orang tua bertongkat bertanyakan ACAP tapi orang tua itu diam lama. Pada akhirnya menyebut Kandu dan hilang.
Jam menunjukkan jam 6.10 petang dan kami kemudian mulai turun.
Di bawah kami menemukan batu-batu yang digambarkan tadi. Dalam kehairanan kami mula mencari di kawasan tersebut sambil memanggil nama ACAP. Namun tiada tanda apa apa. Kami terus turun perlahan-lahan dalam hujan renyai dengan harapan tinggi menemui ACAP.
Sehingga ke base camp dalam keadaan penat namun tidak kecewa sebab harapan masih ada selagi ada insan yang tidak putus putus datang untuk membantu mencari. Dalam perjalanan turun kami menemui 2 grup India yang begitu tegar dan prihatin untuk menjejak ACAP. Terima kasih Malaysia.
Di Homestay Mak Anjang ramai dari PAS Gopeng hadir untuk solat Maghrib dan baca yassin diadakan.
ACAP….. Tunggu dan kuatkan semangat, besok akan ada grup yang akan bawa kamu keluar. INSYAALLAH.
MW : Mendoakan semoga Acap dapat ditemui semula dalam keadaan selamat. Semoga ibu dan ahli keluarga Acap terus kuat dan tabah. Serta Allah mudahkan ujian berat yang ibu Acap tanggung ini.