Ayesha Baru 12 Tahun, Besarkan Adik-adik Sendirian Selepas Kehilangan Ayah Ibu

Jika di Malaysia, anak seusia 12 tahun berpeluang menikmati alam persekolahan dengan kawan-kawan. Berbeza dengan Ayesha, anak kelahiran Syria yang kehilangan ibu dan ayah akibat pergolakan negaranya.

Suka tak suka, Ayesha perlu ambil tanggungjawab jaga adik-adiknya yang lain. Bekerja jadi tukang cuci demi pastikan adik-adiknya cukup makan. Betapa sukarnya kehidupan anak ini yang sepatutnya berada di bangku sekolah.

Ini kisah yang dikongsikan pelakon Diana Amir di laman instagramnya. Di sini kesusahan Ayesha bermula,

Baru 12 Tahun Jaga Adik-adik Sendirian

Masih tiada tanda-tanda ibu dan bapanya kembali ketika Ayesha bertungkus-lumus seorang diri menjaga lima adik-adiknya.

Ayah kandung mereka telah meninggal dunia akibat pergolakan di Syria dan kemudian ibu Ayesha berkahwin lain.

Malangnya, ayah tiri mereka menghilang begitu sahaja menyebabkan ibu Ayesha merasa sukar untuk menjaga mereka seorang diri lalu mengambil keputusan meninggalkan Ayesha dan adik-adiknya.

IKLAN

Ayesha ditinggalkan sendirian untuk menjaga lima adik-beradiknya ketika dia hanya berusia 12 tahun.

Ayesha membawa adik-beradiknya berlindung di kem pelarian yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan melakukan apa sahaja pekerjaan bagi menyara adik-adiknya.

Bekerja Jadi Tukang Cuci, Ayesha Tak Dibayar Gaji

Ayesha bekerja sebagai tukang cuci, tetapi sayangnya kerja keras itu selalu tidak dibayar.

Ketika adik-adiknya jatuh sakit, Ayesha tidak mampu untuk menjaga mereka, walaupun telah mengorbankan pendidikannya pada usia yang begitu muda untuk menampung adik-beradiknya.

IKLAN

Seperti mana-mana remaja di luar sana, Ayesha hanya ingin menjalani kehidupan yang normal bagi seseorang seusianya tanpa perlu menghadapi derita ini lagi.”

Demikian serba sedikit kisah Ayesha. Dan banyak lagi kisah sukar yang dilalui anak-anak yatim di negara-negara bergolak.

Sebagaimana yang dikongsikan pelakon Diana Amir yang juga duta Sisters Care For Yateem. Iaitu satu kempen untuk membantu anak-anak yatim di 20 buah negara bergolak. Antaranya, Syria, Palestin, Somalia, Bosnia & Herzegovina dan Indonesia.

IKLAN

Diana yang pernah mengikuti beberapa misi bantuan kemanusiaan jadi terkesan dengan kesukaran hidup anak-anak ini. Selain Diana, pelakon Irma Hasmie juga antara duta untuk kempen terbabit.

Fokus utama adalah membantu anak-anak yatim ini dari segi pendidikan, keperluan kesihatan, sumber makanan dan nutrisi dan sokongan psikososial.

Baca sini : Mizz Nina & Diana Amir korban glamor demi kerja amal.

View this post on Instagram

Kisah Cekal Si Anak Yatim Masih tiada tanda-tanda ibu dan bapanya kembali ketika Ayesha bertungkus-lumus seorang diri menjaga lima adik-adiknya. Ayah kandung mereka telah meninggal dunia akibat pergolakan di Syria dan kemudian ibu Ayesha berkahwin lain. Malangnya, ayah tiri mereka menghilang begitu sahaja menyebabkan ibu Ayesha merasa sukar untuk menjaga mereka seorang diri lalu mengambil keputusan meninggalkan Ayesha dan adik-adiknya. Ayesha ditinggalkan sendirian untuk menjaga lima adik-beradiknya ketika dia hanya berusia 12 tahun. Ayesha membawa adik-beradiknya berlindung di kem pelarian yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan dan melakukan apa sahaja pekerjaan bagi menyara adik-adiknya. Ayesha bekerja sebagai tukang cuci, tetapi sayangnya kerja keras itu selalu tidak dibayar. Ketika adik-adiknya jatuh sakit, Ayesha tidak mampu untuk menjaga mereka, walaupun telah mengorbankan pendidikannya pada usia yang begitu muda untuk menampung adik-beradiknya. Seperti mana-mana remaja di luar sana, Ayesha hanya ingin menjalani kehidupan yang normal bagi seseorang seusianya tanpa perlu menghadapi derita ini lagi. Jom bantu Ayesha dan anak-anak yatim di negara bergolak lain menerusi kempen Sisters Care For Yateem bersama Irma Hasmie & Diana Amir. Cara menyumbang: 1. https://www.launchgood.com/sisterscareforyateem ( link di bio) . 2. CIMB Islamic Relief Malaysia (No akaun: 8602073818). Remarks: LG_Ikon / LG_IrmaDiana dan hantarkan kepada http://wasap.my/60196379788/MyYateem#CareforOrphan #sisterscareforyateem

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

Sumber/Foto : Diana Amir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI