Tahniah diucapkan buat pelakon Ayda Jebat yang telah selamat bergelar isteri isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada petang Jumaat.
Pasangan ini terdahulu, mencuri tumpauan ramai apabila mengadakan majlis pertunangan secara atas talian pada 28 Ogos lalu, selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Malah mereka juga membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 apabila memilih untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada hari pertama tahun baharu.
Pasangan selebriti popular ini telah dinikahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Rozimi Zamri.
Pada majlis pernikahan ini, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas perminataan keluarga kedua belah pihak.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, selain hanya hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Ayda juga melahirkan rasa bersyukur apabila selamat disatukan dengan suami dan majlis dirancang berjalan lancar.
“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar meskipun berada dalam norma baharu.
“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, saya dan Nabil memilih melangsungkan perkara yang wajib,” ungkapnya.
Menyentuh tentang cahaya mata, pasangan itu tidak menolak dikurniakan rezeki dalam terdekat dan mengakui sudah bersedia menggalas tanggaung jawab dalam rumah tangga.
“Kami sudah lama mengimpikan saat ini dan bersedia menimang cahaya mata, secepat mungkin, insyaAllah,” katanya.
Baca Disini Juga
Hajat Ayda Jebat Dimakbulkan “Rezeki Dapat Hadiahkan Mama Sebuah Rumah”
Sumber Foto: Instagram Ayda Jebat
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita