Berita

Ayda Jebat Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Tak Sabar Nak Bawa Nayla Jumpa Adik

Share

Ayda Jebat selamat lahirkan anak lelaki, tak sabar nak bawa Nayla jumpa adik. Tahniah diucapkan buat pasangan popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah dikurniakan cahaya mata kedua.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda dan Nabil meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak lelaki.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lahirnya putera kami,” kongsi Ayda dan Nabil yang kini sudah memiliki sepasangan cahaya mata.

Ayda Jebat Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Tarikh 12 Disember cukup cantik dan mereka sangat bersyukur kerana segalanya dipermudahkan.

“Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.

“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah),” tulisnya ringkas.

Tak Sabar Nak Bawa Nayla Jumpa Adik

Malah menerusi perkongsian terbaru Ayda dan Nabil yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla 21 September 2021 tidak sabar untuk membawa bayi tersebut berjumpa dengan kakak sulung.

 

“Dah rindu Baby @ananaylaofficial. my forever baby ni. Tak sabar nak bawak your little brother jumpa kakak dia! Nak tengok reaction dia. Aaa.. Kakak kiut and manja.

“After 24 hours Mommy finally dapat kentut, punya la lama tunggu. Huaa! then only boleh makan! Can’t wait to have my breakfast, my first meal selepas beranak. Lapar,” kongsi Ayda.

Ramai Titipkan Doa

Meneri ruangan komen ramai yang menitipkan doa dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Baca Disini : Hamil 7 Bulan, Ayda Jebat Kurang Selesa Peminat Pegang Perut!

Ayda Jebat Tak Selesa Perut Disentuh Individu Tak Dikenali, Akui Agak Sensitif Ketika Mengandung

Sumber : Instagram Ayda Jebat 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.

 

Published by
Norhayati Suboh