Ayda Jebat lega keberanian adik sahkan sudah bernikah dengan Zainal Abidin. Tahniah diucapkan buat adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat yang kini sudah sah bernikah dengan bekas pengendali pasukan bola sepak Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan.
Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh empunya badan.
Namun adik kepada Ayda Jebat yang juga pemilik nama sebenar Nurshafyna Jebat enggan berbicara lebih lanjut mengenai hal perkahwinannya.
Seperti mana dipetik menerusi portal berita, Fyna berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan komen baik terhadap perkahwinannya.
“Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen yang baik.
“Harap dapat doakan saya dan keluarga,”.
Menurut kakak kepada Fyna pula dia berasa lega dengan keberanian adiknya.
“Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.
“Terima kasih atas doa kepada kami,” ungkap Ayda ringkas.
Untuk rekod sebelum Fyna mengakui sudah bernikah dengan Zainal Abidin sudah berlegar gosip mengenai seorang wanita berusia 29 tahun telah bernikah. Khabarnya perkhawinan itu hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat.
Zainal Abidin pernah berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Dan merupakan penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Baca Disini : Tip Tambah Sayang Suami Isteri, Ayda Jebat & Nabil Berborak Sebelum Tidur
Sumber : Berita Harian Online
Sumber Foto : Instagram Fyna Jebat