Ayash bayi ajaib. Rupanya tangan kanan anak bongsu Shuib iaitu Ayash kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Shuib semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.
Menjawab persoalan ramai, Shuib menerangkan mengenai keadaan tangan kanan anak Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.
Kongsi Shuib lagi, sewaktu Ayash dilahirkan, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” luah Shuib.
Ketika siaran langsung itu juga, Shuib turut menerangkan keadaan tangan kanan Ayash yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.
Pada masa yang sama, Shuib turut menerangkan bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu. Namun dirinya bersyukur kerana kini tangan Ayash semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.
“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” sambung Shuib.
Menarik Lagi : Shuib Dapat Sentuh & Kucup Ayash “Teringat Pesan Siti Sarah, ‘Jaga Anak Ke-4’, Akan Jaga Sampailah Jadi Anak Soleh”
Baca Disini : Arwah Sarah Selamanya Istimewa Di Hati Shuib “Watie Pun Tahu. Perbandingan Tak Patut Berlaku, Kena Terima Realiti”
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.