Ayam masak ungkep, merupakan masakan popular bagi orang Jawa! sangat sedap dan rugi siapa yang tak pernah makan. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang. Mak-mak yang nak rasai sendiri kesedapan Ayam Masak Ungkep ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Amira Husin.

Berikut resipi dan langkah yang dikongsikan satu persatu;

“Siapa kat sini suka menu Ayam Masak Ungkep? Ini masakan popular orang Jawa. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang.”

“Masakan Ungkep ni guna cili api. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api lebih sedikit. Kalau mahu kurangkan pedas, boleh tambah santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kecur air liur dah ni. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Ungkep ni. Senang sangat.”

Bahan-bahannya:

6 ketul ayam (dibasuh bersih)
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 biji cili api hijau
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai
1 sudu besar gula melaka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Basuh bersih ayam yang dipotong.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!2.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.

Ads

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!3.Gaul rata macam ini. Rehatkan di tepi.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!4.Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!5.Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!6.Kisar sehingga halus macam ini.

Ads

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!7.Panaskan minyak didalam kuali.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!8.Tumis bahan yang telah dikisar tadi sampai pecah minyak.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!9.Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!10.Masukkan serai dan gaul rata.

Ads

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!11.Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!12.Dah siap. Inilah dia Ayam Masak Ungkep yang telah siap dimasak.

Ayam Masak Ungkep Kuahnya Tak Terlalu Basah, Kering Sedikit Macam Rendang!Senang kan? Selamat mencuba.

MW: Sedapnya Ayam masak ungkep ini. Masakan yang sangat popular bagi orang Jawa. Makan dengan nasi panas-panas, memang bertambah sedap!

Sumber: Amira Husin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI