Sesekali cuba masakan ala Cina, ayam masak halia chinese style ini. Mana tahu boleh buka selera mak ayah, lagi-lagi yang terpaksa hadap perintah duduk rumah ini.
Resepi ini dikongsikan Chef Selebriti, Abang Brian semasa sesi Live nya sebelum ini. Mak ayah, silalah cuba resepi enak ini ya.
Abang Brian juga banyak berkongsi resepi secara live di Selera Abang Brian dekat facebooknya.
30g cendawan shitake kering, direndam semalaman
1 sudu besar minyak
1 sudu besar minyak bijan
2 inci halia, dihiris nipis
2 ulas bawang putih, dicincang
1 ekor ayam dipotong ikut saiz yang diingini
2 sudu besar kicap pekat
250ml stok ayam
1 sudu kecil gula perang
secubit garam
1 sudu kecil tepung jagung
1. Dalam kuali, tumiskan halia dan bawang putih dalam minyak biasa dan minyak bijan sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan tumis sehingga tidak berair.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung dan renehkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan cendawan cukup lembut.
4. Tambahkan tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air dan masak sehingga memekat.
Baca sini : ‘Baru kali pertama buat tapi dia punya sedap..’ rahsia masak nasi ayam thai
– Boleh jugak gunakan daging untuk gantikan ayam, tapi kalau bahagian berlemak, masak cepat skit…. kalau daging murah sikit yang kurang berlemak, kenalah reneh lama lama atau guna pressure cooker je.
– Tambahkan larutan tepung jagung sedikit demi sedikit dan adjust ikut kepekatan yang anda suka.
Sumber/Foto : Abang Brian