Sesekali cuba masakan ala Cina, ayam masak halia chinese style ini. Mana tahu boleh buka selera mak ayah, lagi-lagi yang terpaksa hadap perintah duduk rumah ini.
Resepi ini dikongsikan Chef Selebriti, Abang Brian semasa sesi Live nya sebelum ini. Mak ayah, silalah cuba resepi enak ini ya.
Abang Brian juga banyak berkongsi resepi secara live di Selera Abang Brian dekat facebooknya.
Ads
AYAM MASAK HALIA CHINESE STYLE (HALAL)
30g cendawan shitake kering, direndam semalaman 1 sudu besar minyak 1 sudu besar minyak bijan 2 inci halia, dihiris nipis 2 ulas bawang putih, dicincang 1 ekor ayam dipotong ikut saiz yang diingini 2 sudu besar kicap pekat 250ml stok ayam 1 sudu kecil gula perang secubit garam 1 sudu kecil tepung jagung
Ads
Cara Memasak
1. Dalam kuali, tumiskan halia dan bawang putih dalam minyak biasa dan minyak bijan sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan tumis sehingga tidak berair.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung dan renehkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan cendawan cukup lembut.
4. Tambahkan tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air dan masak sehingga memekat.
– Boleh jugak gunakan daging untuk gantikan ayam, tapi kalau bahagian berlemak, masak cepat skit…. kalau daging murah sikit yang kurang berlemak, kenalah reneh lama lama atau guna pressure cooker je. – Tambahkan larutan tepung jagung sedikit demi sedikit dan adjust ikut kepekatan yang anda suka.
Resipi Mudah Rice Paper Dumplings SEDAP, Kukus Atau Goreng Pun Boleh!Mudah je nak buat Rice Paper Dumplings sendiri di rumah. Malah sesuai boleh jadi menu diet juga. Nak kukus atau nak goreng pun boleh, ikut citarasa sendiri.
Boleh cuba resipi mudah Rice Paper Dumplings sedap yang dikongsikan oleh Shaa Zainolini sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
Ayam/Daging kisar
Bawang Holland/Besar
Bawang Putih
Daun Sup & Bawang
Carrot
Kubis
Serbuk perasa Maggi
Garam secukup rasa
Sos Tiram
Lada Sulah
1 Sudu Besar Tepung Jagung
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaul sebati. Tak perlu masak.
2. Basahkan Rice paper supaya tak pecah dan senang balut, kemudian gulung/balut seperti biasa.
3. Boleh terus dikukus atau digoreng.
Info Ekstra!
Lepas balut terus kukus.. tak koyak, cumanya kena berhati-berhati bila pegang/angkat supaya tak melekat kat periuk kukus tu.. basahkan sikit bahagian bawah dumpling.
Kalau takda chili oil, boleh cicah dengan Sos Thai.
Bagi mak-mak yang nak mulakan sesi menurunkan berat badan pada bulan puasa ini, boleh mulakan dengan pemakanan sihat dahulu. Antaranya boleh cuba resipi Ayam sihat sedap ni. Mudah dan sangat ringkas nak buat menu ni. Dah 5 tahun diamalkan oleh wanita ini, untuk mendapatkan berat badan ideal.
Boleh cuba menu diet sihat yang sedap seperti dikongsikan oleh Puan Fatihah.
Makan dengan sedap dan sihat . Hari raya saya akan cheat dan nikmati segala juadah raya. Maaf, saya post hanya untuk berkongsi apa yang saya makan. Saya hormati segala cara pemakanan awak semua , setiap orang taksama tapi inilah cara saya sejak hidup sama sama dengan suami.
Suami saya adalah pakar nutrition dan atlit bina badan, awal tu saya ikut sebab taknak suami kecil hati lama lama nampak hasil yang hebat saya jadi seronok dan teruja.
Dah 5 tahun saya makan macam ni, bila diluar saya akan makan apa pun, saya normal macam orang lain jugak cuma takkan ada gula di dalam rumah.Nak buat guna daging pon sedap tau.
Ayam Sihat Sedap
Bahan-Bahan:
1kg Isi ayam dikisar
5-6 biji Telur
Segala jenis sayur yang awak suka
Blackpepper dan white pepper
Garam pink
Bawang putih (dicincang)
Bawang Merah (Didadu) Minyak Medella
Cara Membuat:
1. Panasakan sedikit Minyak Medellauntuk tumis bawang putih yang dicincang dan bawang merah yang dipotong dadu.
2. Selepas tu satukan semua bahan dan kukus.
3.Masa nak makan saya akan grill sikit bagi warna nampak menarik.
Siap!
Info Ekstra
Cara Tak Sihat
Boleh dipotong dadu selepas kukus, celup telur dan goreng macam nugget atau tambah tepung bulat-bulatkan atau buatlah bentuk yang suka dan goreng. Ikut cara masing-masing, tambahla bahan perasa apa yang suka cuma kawal jangan berlebihan sahaja
Tak kukus pon boleh, masak je atas kuali macam tu je. Biar dia jadi macam telur hancur tu. Lepastu nak makan dengan roti pon boleh dengan wrap pon boleh.
Yang mana nak makan ala-ala wrap tu nak tambah kewpie sikit pon sedap . Olah je resepi ikut selera kita tapi kawal la pengambilan sos dan apa apa bahan perasa.
Mingguan Wanita:Menarik resipi menu diet sihat ni. Rasa angat sedap walaupun menu sihat. Boleh cuba nanti buat mak-mak yang nak mulakan mengurangkan berat badan dan berdiet bulan puasa ni.
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah. Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing.Sebenarnya nak buat burger sendiri yang luar biasa sedapnya ada tipnya tersendiri.
Berikut 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.Namun asasnya, menurut penjual burger ini adalah, jika hendak buat berniaga, jual burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka dan jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat Daging
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
2.Jangan Tekan
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar.Pasai tu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, boh planta sikit,sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
3.Letak Perasa
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Pastu letak la seasoning.Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
4.Letak Air Bawang Putih
Ayaq bawang putih.Ayaq ni untuk menggantikan jus daging yang hilang.So daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja.Boh dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
5.Api Sederhana
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti Sapu Planta
Roti tu boh la planta bagi penuh.. tak yah dok sep sangat.Roti letak ja atas kuali.Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja.Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
7.Lettuce Iceburg Ganti Kobis
Sayur tu ikut hgpa la, selalu orang pakai kobis la kan.Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..
8.Jenis Sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson.Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson.Pasai tu kebab depa sedap.
9. Jenis Mayonis
Mayo pulak paling best pakai nelly.Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
10.Jenis Keju
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa.Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri.Jangan dok harap hok siap dah ja.Tak brapa syahdu hok tu.Mudah ja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap, boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. alter la gena pun sampai sedap di mulut. Celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
12. Susunan Lapisan Burger
Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan.Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza.kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, hagpa buat burger, hagpa try makan.. kita juai macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga boleh cuba tips yang dikongsikan ini. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Sumber: Adie Redzuan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang...