Biasanya kalau mak-mak masak mesti akan letak air sedikit agar ada kuah. Tapi kalau suka masakan yang kering, pedas dan berempah penuh aroma sesekali boleh cuba resipi mudah masakan India ini, iaitu Ayam Masak Garing. Mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak.Sedap dimakan bersama nasi putih panas, nasi tomato, pulut dan sebagainya.

Berikut perkongsian resipi daripada Puan Kalaivani Krishnasamy sebagai rujukan;

“Hari ni Kalai nak share resepi yang paling mudah, resepi tanpa air.Rasa lain..sekali cuba mesti nak lagi. Ayam masak garam kalau translate dari Tamil. Tapi kita tulis ayam masak garing lah ye”.

Bahan-Bahan:

Jintan manis
Bawang Putih
Cili kering
Sebiji tomato besar
Sesudu besar serbuk kunyit
Ayam
Daun kari

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak.. tumis halba campur dan jintan manis.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!2.Masukkan bawang putih.. banyak sikit ye.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!3.Bila bawang dah masak, saya masukkan cili kering. Sila buang biji dulu ye.Saya guna cili bulat.Boleh pakai yang biasa tu, rasa memang sama.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!4.Letakkan tomato besar yang dihiris.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!5.Gaul dulu, kemudian masukkan serbuk kunyit dalam satu sudu.

IKLAN

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!6.Diikuti garam supaya tomato dan bawang cepat empuk.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!7.Sekarang dah boleh masukkan ayam yang sudah dibersihkan.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!8.Gaul sebati dengan api sederhana. Masukkan daun kari.
9.Gaul-gaul sampai cili kering tu layu/pecah dan ayam masak. Masak sampai cili kering hancur. Agak-agak dah nampak semua sebati.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!

IKLAN

Hasilnya macam ni.Resepi ni tak pakai air langsung ye. Jika kering sangat, hanya renjiskan air sedikit. Tu pun kalau perlu. Ayam ni memang pedas tapi mabeles dan sedap sangat.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!

Mudah kan.. bahan pun tak banyak.Akhir sekali, perah lemon sikit.. sebatikan rasa dia. Siap!

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!

IKLAN

Taburkan daun ketumbar/sup. Kalai pekena dengan Nasi Tomato.

Cantik kejadian kan.. mesti tambah-tambah lagi nasi kan.

Ayam Masak Garing Tak Guna Air Langsung, Pedas Tapi Sedap Sangat!Selamat mencuba semua!

Info Ekstra!

Resepi ni tak perlukan air. Air bawang dan tomato dah cukup. Tu yang kalai suruh masukkan bawang banyak-banyak.

MW: Menarik kan, resipi Ayam masak garing ni. Mak-mak boleh cuba buat di rumah nanti. Yang pastinya rasanya sangat sedap dan mudah nak buat!

Baca Lagi Disini: Ayam Kari Kering Pedas Merecik! Buat Yang Tak Gemar Lauk Berkuah

Sumber: Kalaivani Krishnasamy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI