Biasanya kalau mak-mak masak mesti akan letak air sedikit agar ada kuah. Tapi kalau suka masakan yang kering, pedas dan berempah penuh aroma sesekali boleh cuba resipi mudah masakan India ini, iaitu Ayam Masak Garing. Mudah nak buat, bahan-bahan pun tak banyak.Sedap dimakan bersama nasi putih panas, nasi tomato, pulut dan sebagainya.
“Hari ni Kalai nak share resepi yang paling mudah, resepi tanpa air.Rasa lain..sekali cuba mesti nak lagi. Ayam masak garam kalau translate dari Tamil. Tapi kita tulis ayam masak garing lah ye”.
Bahan-Bahan:
Jintan manis
Bawang Putih
Cili kering
Sebiji tomato besar
Sesudu besar serbuk kunyit
Ayam
Daun kari
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak.. tumis halba campur dan jintan manis.
2.Masukkan bawang putih.. banyak sikit ye.
3.Bila bawang dah masak, saya masukkan cili kering. Sila buang biji dulu ye.Saya guna cili bulat.Boleh pakai yang biasa tu, rasa memang sama.
4.Letakkan tomato besar yang dihiris.
Ads
5.Gaul dulu, kemudian masukkan serbuk kunyit dalam satu sudu.
6.Diikuti garam supaya tomato dan bawang cepat empuk.
7.Sekarang dah boleh masukkan ayam yang sudah dibersihkan.
8.Gaul sebati dengan api sederhana. Masukkan daun kari.
9.Gaul-gaul sampai cili kering tu layu/pecah dan ayam masak. Masak sampai cili kering hancur. Agak-agak dah nampak semua sebati.
Ads
Hasilnya macam ni.Resepi ni tak pakai air langsung ye. Jika kering sangat, hanya renjiskan air sedikit. Tu pun kalau perlu. Ayam ni memang pedas tapi mabeles dan sedap sangat.
Mudah kan.. bahan pun tak banyak.Akhir sekali, perah lemon sikit.. sebatikan rasa dia. Siap!
Ads
Taburkan daun ketumbar/sup. Kalai pekena dengan Nasi Tomato.
Cantik kejadian kan.. mesti tambah-tambah lagi nasi kan.
Selamat mencuba semua!
Info Ekstra!
Resepi ni tak perlukan air. Air bawang dan tomato dah cukup. Tu yang kalai suruh masukkan bawang banyak-banyak.
MW: Menarik kan, resipi Ayam masak garing ni. Mak-mak boleh cuba buat di rumah nanti. Yang pastinya rasanya sangat sedap dan mudah nak buat!
Rata-rata semua orang suka makan bendi, malah ia menjadi sayuran yang wajib ada untuk masakan kari. Walau bagaimanapun ada juga yang suka goreng bendi untuk gandingkan dengan hidangan lain.
Namun, yang selalu menjadi masalah bila goreng bendi, mesti akan jadi ‘berlendir’. Terus putus selera nak makan bila jadi macam ini.
Ada pelbagai tip dan petua yang diberikan untuk berlendir bila goreng bendi. Mungkin ada yang menjadi dan ada juga yang tetap sama kejadiannya.
Perkongsian daripada Mohd Romzie ini boleh mak-mak jadikan rujukan terutamanya masak goreng bendi. Walaupun nampak simple tapi rasanya mahuy bertambah nasi nanti.
Paling penting Mohd Romzie siap bagi tip untuk pastikan bendi tidak berlendir dan nampak segar walaupun digoreng.
Kali ini, abang kongsikan resipi buat ‘Bendi Goreng Bilis’ yang nampak segar dan tak berlendir.
Ada tipnya bagaimana nak kurangkan lendir bendi bila buat masakan bendi jenis bergoreng macam ni.
Resipi ‘Bendi Goreng Bilis’
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Garam
Cara Membuat:
1. Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
Segengamikan bilis di cuci bersih.
Tauhu potong dadu.
Bawang putih potong kasar atau diketuk
Cili merah potong serong nipis.
2. 6 TIP Untuk GORENG BENDI Supaya TAK BERLENDIR Semasa Digoreng
a) Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
b) Toskan dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh saja keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.
c) Jangan goreng dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
d) Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi itu berlendir lebih.
e) Masa masukkan bendi dalam kuali, baru dibesarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.
f) Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng itu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.
3. Jom kita mulakan memasak. Panas minyak dalam kuali.
4. Masukkan bilis dan goreng sehingga keperangan.
5. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
6. Apabila tauhu sudah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masa ini masukkan sedikit garam atau perasa. Garam jangan lebih kerana bilis itu dah masin.
7. Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah.
Ada sukatan tertentu untuk pastikan Agar-Agar Sirap Ros yang dibuat sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Agar-Agar Sirap Ros ini merupakan pencuci mulut orang dulu-dulu dan selalu dihidangkan sewaktu kenduri kendara. Nak buat agar-agar ni memang mudah, tapi kena ikut sukatan yang betul, barulah ia harum, wangi daun pandan dan sirap ros serta elok kenyal. Malah lebih bertambah sedap bila dinikmati sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Hari ini buat agar-agar orang dulu-dulu. Ada peminat agar-agar sirap ni ke. Biasanya kalau time kenduri kendara ada agar-agar ni untuk pencuci mulut.
TIP untuk sukatan Agar-Agar Sirap Ros
10 gm agar-agar serbuk @ tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk @ tali = 2 liter air
30 gm agar-agar serbuk @ tali = 3 liter air
Sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yang disimpul dan garam.
3. Bila semua sudah sebati, matikan api, tapis dan masukkan ke dalam loyang @ acuan yang disukai.
4. Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.
Mingguan Wanita: Memang mudah nak buat Agar-Agar Sirap Ros ni. Selalu kita jumpa waktu kenduri kendara. Namun kena ikut sukatan yang betul barulah sedang elok kejadiannya, tak keras dan tak lembik. Makan sejuk-sejuk, memang sedap!
Selain biskut raya moden, biskut tradisional resipi orang-orang lama, antara yang mendapat tempat setiap kali tibanya hari raya. Payah nak jumpa biskut-biskut lama seperti biskut kelapa yang sedap dan betul-betul menetapi citarasa.
Menurut puan Sheila Nazri, biskut kelapa ini merupakan resipi daripada arwah maknya. Ia cukup mudah dibuat dan sangat sedap sehingga beliau mengambil tempahan setiap kali tibanya raya.Istimewanya, adunan resipi ini menggunakan kelapa parut yang disangai hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
Berikut perkongsian yang dikongsikan;
“Saya nak share resepi biskut kelapa legend.Resepi ni arwah emak saya yang ajar.Resepi orang dulu-dulu, raya tahun lepas adalah raya terakhir arwah emak, kebiasaannya saya ambil tempahan raya tapi tahun ni saya tak ambil. Biskut kelapa yang sangat sedap & mudah.Mohon sedekah al fatihah buat arwah emak saya Zainun Binti Ali..semoga Pahala ini terus mengalir kepada arwah emak saya.”
Bahan-Bahan:
2 cawan kelapa parut yang di sangai hingga keperangan
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (blend)
Butter seelok uli
1 sudu besar Esen vanilla
1 biji Telur
pewarna kuning telur untuk biskut nampak cantik. Kalau tak nak letak pun tak pe.
Cara Membuat:
1. Sangai kelapa parut hingga keperangan baru lah dapat biskut kelapa yang wangi.
2. Adun semua bahan-bahan, guna tangan je. Tak perlu guna mixer.
3. Bakar ikut la suhu oven masing-masing.
Siap!
Info Ekstra!
Yang putih tu kelapa kering (beli je di kedai) tak nak letak pun tak pe.
Untuk glossy bahagian atas, sapu kuning telur ditambah pewarna dan tabur kelapa kering yang beli di kedai.
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat & Selamat mencuba!
MW: Buat mak-mak yang suka biskut-biskut lama dan tradisional macam biskut kelapa ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan. Cukup mudah dan sangat sedap.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...