Mudah rupanya nak buat sendiri Ayam Lemon Lada Hitam yang sedap. Malah bahan perapnya pula cukup ringkas. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, nasi ayam atau dicampurkan ke dalam salad. Kanak-kanak mahupun orang dewasa, pun boleh makan sesuai sangat tak terlalu pedas.
Boleh cuba resipi Ayam Lemon Lada Hitam seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza Abdul Hamidini sebagai panduan.
Apabila emak bahasakan saya ‘cek’ dan bukan ‘kakak’, saya tahu emak hendak saya buat perkara yang disebutnya.
1 kg isi dalam dada ayam- basuh bersih dan toskan air
7 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam biji
¼ cawan jus limau nipis/ lemon
*Saya guna jus limau nipis yang biasa digunakan di kedai-kedai makanan Thai
2 sudu makan mentega
Cara Membuat:
1. Pindahkan ayam (bukan sotong kurita ya, itu bekas kalo ) ke dalam bekas yang sesuai.
2.Tumbuk/kisar kasar bahan perapan. Masukkan dalam ayam dan tambah garam secukup rasa.
Ads
3.Gaul rata. Tambah lagi garam, jus limau nipis atau serbuk lada hitam jika perlu.
4. Tutup dan biarkan. Jika hendak masak dalam masa sejam, biarkan pada suhu bilik.
Jika hendak masak dalam masa yang lebih, simpan dalam peti sejuk dan keluarkan ~15 minit sebelum masak.
Jika hendak buat stok ayam perap lemon lada hitam, biarkan dalam peti sejuk semalaman (~12 jam). Esoknya, toskan air perapan dan pindahkan ayam yang telah diperap ke dalam plastik kedap udara (ziplock bag) atau bekas yang sesuai dan simpan dalam tempat sejuk beku (freezer).
Apabila hendak dimasak, keluarkan ayam supaya hilang beku (thaw) dan biarkan ayam ke suhu bilik sebelum masak supaya tidak ada bahagian yang mentah.
5. Untuk memasak, panaskan minyak dan 2 sudu makan mentega/ marjerin.
6. Masukkan ayam apabila minyak-marjerin sudah panas.Masak atas api kecil.
7. Balikkan ayam apabila sebelah telah garing keemasan dan masak sebelah lagi supaya garing keemasan juga.
Ads
Untuk dipadankan dengan ayam lemon lada hitam:
Bahan-Bahan:
4 pokok romaine kecil (baby romaine)
1 biji timun
½ biji cili benggala hijau
½ biji cili benggala merah
1 genggam tomato ceri
Cara Membuat:
1. Bina lapisan salad. Mulakan dengan potongan kasar romaine kecil dan tabur sedikit kuah salad pilihan.
Saya guna kuah salad dewi hijau yang telah saya kongsi dalam MAHN sebelum ini.
2.Timun dibelah empat memanjang dan dipotong kasar. Akan dapat bentuk segitiga kecil.
3. Hiris serong cili benggala merah.
Ads
4. Hiris ayam dan taburkan.
5. Hiris serong ciri benggala hijau.
6. Belah dua tomato ceri (atau biar sebiji-sebiji) dan tabur.
7. Salad yang sesuai jadi satu hidangan lengkap ada sayur dan ada protein.
Mingguan Wanita:Nampak sangat sedap dan mudah resipi Ayam lemon lada hitam ni. Sesuai bagi yang sedang berdiet boleh buat salad nanti. Nak makan dengan nasi putih atau nasi ayam pun boleh. Sedap sangat!
Setiap negeri dan orang ada cara yang berbeza dalam menyediakan bubur lambuk. Maklum sahaja, bubuk lambuk memang terkenal pada bulan Ramadan. Kalau di masjid atau surau mesti akan menyediakan. Tak kurang juga, bubur lambuk nie dijadikan jualan di bazar-bazar Ramadan.
Kalau mak-mak dah tak ada idea di akhir-akhir Ramadan ini, bolehlah cuba resipi bubur lambuk oleh Aznina Ismail ini. Katanya, resipi bubur lambuk ini versi mak dia yang dimasak setiap kali Ramadan. Yang bestnya, siap jual lagi sebab ada permintaan dari peminat bubur lambuk.
“Biasanya, ada bubur lambuk yang macam bubur ayam, ada letak kacang dan minyak sapi. Tapi, resipi bubur lambuk saya ini special, ada sayur, perencah udang, ayam, sotong dan macam-macamlah.
“Kalau nak special lagi, boleh letak kupang, kepah atau ketam. Lagi best.
Bahan-bahan
* 1 1/2 cawan beras (anggaran seperiuk sedang )
* 1 biji keledek
* 5 ekor ikan sardin – direbus atau bakar
* 1 kotak santan
* 8 biji bawang merah
* 2 biji bawang besar
*Secubit lada hitam
* Pucuk paku
* Sehelai daun kunyit
*1/2 genggam daun kesum
*1 genggam daun selasih
*2 helai daun kaduk
*2 batang serai
(jenis-jenis daun nie ikut kesukaan kita la)
*2 sudu kerisik
* Ayam, sotong, udang, lala, kupang, kepah, daging – Ikut suka nak letak lauk apa
Cara membuat disertakan pada gambarnya. Rebus dulu keledek beserta beras sampai agk2 nk jd bubur & keledek empuk..
Satukan bawang, santan isi ikan yg di rebus tadi (buang tulang).
Tumbuk lada hitam tu manja2 dulu..
Blend lada hitam bersama bahan blender td.
Step seterusnya, masukkan bahan blender, (kacau sebati, agk2 dh nk menjadi bubur Tu, Masuk sayur2, kerisik, udang sotong bagai. Kacau la sikit2, sambil menunggu aroma daun2 mewangi. .
Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera! Kuih makmur antara kuih ‘lejen’ orang dulu-dulu. Rasanya yang berlemak manis dengan inti kacang, memang cukup sedap. Lebih-lebih lagi kuih ni jenis mudah rapuh dan cair di mulut.
Namun bukan mudah sebenarnya, nak dapatkan resipi kuih makmur yang ‘betul’ dan kena dengan selera. Namun resipi ini telah ditokok tambah dan diolah berkali-kali bagi benar-benar menepati cita rasa sendiri.
Mak-mak nak cuba untuk buat makan sendiri atau untuk jual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norita Farish Indahini sebagai panduan;
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi makmur melting ni. Ini memang resepi kesayangan. Saya memang pengemar kuih dulu-dulu nak-nak yang kena dengan selera saya.
Kalau saya makan tak kena dengan tekak, saya akan ubah sampai saya makan sambil tersenyum. Macam tu juga la dengan resepi ni saya tokok tambah sampai mak kata ok dah ni.Jangan ubah lagi resepi. haha
Ok kat sini kalau betul-betul nak dapatkan rasa yang sama jangan skip resepi ye. Ikut semacam resepi kat bawah. Insya Allah makan sambil buat sampai tak sedar berape biji dah masuk perut. Jom dengan izin Allah moga menjadi dengan jayanya. Saya panjangkan resepinya moga jadi punca pendapatan untuk raya yang bakal tiba ni ye. Insya Allah.
Makmur Melting
Bahan-Bahan:
1800gm tepung gandum The baker choice (masuk oven bakar sekejap tak pon kalo rajin sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit…kalau matahari terik jemur pon boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf (saya memang suka susu brand ni)
2 St garam halus
800gm minyak sapi gheeblend (saya memang guna brand ni je ye)
8 sb metrik butter @buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah@rapuh time golek-golek dalam gula nanti).
*Step ni rasanya semua tau kan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.
Untuk Inti dalam doh
Bahan-Bahan:
750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar-kasar sikit nanti time makan dia ada texture krup krap kacang tu buat feel dia lagi layan makan. Hat ni sesuai selera la ye, kalau suka halus blend ja halus…tak ada masalah)
300gm gula yang di blend halus
270gm mentega kacang (nak bagi lemak-lemak dan senang dikepal time nak boh inti)
60gm butter@buttercup
*Semua ni di gaullah sampai semua rata, sampai boleh dikepal-kepal.
Bahan Salut:
800gm susu tepung full cream frenleaf
880gm gula aising mesti ayak bersama bagi rata
Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resepi kedua ni.
600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama.
Info Ekstra!
Macam biasa saya sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung letak inti dalam 3/4 St metrik dan bakar masak oven saya 30 minit 140′. Kalau nak buat kecik-kecil boleh guna sudu 1st ja dan inti 1/2 St metrik.
Suam-suam boleh golek-golek dalam bahan salut. Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara boh biskut yang dah siap masak goncang-goncang ja dalam tu. Cepat sikit keje.
Boleh juga di ubah suai letak pandan paste dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang berbagai-bagai.
Selamat mencuba ye. Moga Allah perluaskan rezeki kita semua dan mendapat keredhaanNya selamat di dunia berjaya di akhirat.
Mingguan Wanita: Terima kasih ikhlas berkongsi resipi kuih makmur yang cair di mulut ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan waktu raya nanti.
Sebenarnya Sos Spaghetti juga boleh disejuk bekukan sebagai persediaan untuk Ramadan nanti.Memang mudah dan jimat masa, tinggal tumis dan letak daging cincang je. Menariknya boleh tahan lama 6 bulan hingga 2 tahun.
Ikut resipi dan cara buat Sos Spaghetti Bolognese seperti yang dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah ini.
Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen stanby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi. Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa.
Nak kupas kulit tomato tu yang malas, 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang je nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dom sos tu.
Ni kalau retort ni boleh buat bisness ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol perasan kejap.
Bahan-Bahan:
7kg tomato merah buang kulit dan biji
5 biji bawang besar didadu
15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
2 sudu besar Oregano *serbuk kering
2 sudu besar parsley *serbuk kering
2 sudu besar basil *serbuk kering
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir
3 ke 4 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1. Panaskan sedikit minyak jagung.
2. Tumis bawang besar and bawang putih, jangan garing, cukup layu je.
3. Masukkan tomato yang diblender halus
4. Kemudian, masukan tomato puri.
5. Masukkan pula garam dan gula.
6. Masukkan lada hitam dan herbs.
7. Masak atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
Dah siap masak, simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecik-kecik. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap.
Notes:
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas, adjust garam atau tambah meatball.
Boleh jadi sos lasagna atau pizza.
Tak buang kulit dengan biji pun boleh tapi tak sedap sangat.
Nak buang kulit kelar ‘X’ kat tomato. Celur dalam air mengelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.
Mingguan Wanita: Wah bolehlah cuba buat sendiri sos spaghetti Bolognese frozen ni dekat rumah.Tinggal tumis daging cincang je nanti. Tahan 6 bulan hingga 2 tahun, jika dimasak selama 2 jam. Memang mudah & jimat masa.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...