Bosan juga kalau makan ayam goreng biasa, kan? Apa kata kita buat ayam goreng serai Thai. Rangup dan garing buat kita tak jemu makan.
Seperti namanya, bahan utama adalah serai. Cara buatnya adalah serai itu perlu dipotong memanjang dan kemudian ditumbuk sebelum dimasukkan ke dalam perapan ayam.
Menurut Khadijah Jaafar yang berkongsi resipi ini di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN), apabila serai dipotong memanjang ia akan jadi cantik bila digoreng. Setelah siap digoreng bersama ayam, serai itu akan jadi rangup dan garing.
Boleh Cuba Buat Resipi Ayam Goreng Serai Thai Perkongsian Khadijah Jaafar Ini.
“Dah jemu ayam goreng biasa. Boleh cuba ayam goreng serai thai. Pasti tak jemu makan. Rasanya lain dari kebiasaan ayam goreng. Cara masak ada pada gambar ye. Jom tengok. #khadijahjaafar #resepiciktie Cubalah!”
Ayam Goreng Serai Thai
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam -dipotong sederhana kecil
3 batang serai
5 ulas bawang putih
2 akar ketumbar
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar telung jagung
Daun limau purut – dihiris halus
Minyak untuk menggoreng
1-Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar je.
Ads
2-Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar & lada hitam.Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.
3-Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last sekali. Sambil tu carik-carikkan kan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.
Ads
4-Panaskan minyak dan gorengkan sehingga nampak agak garing. Angkat & toskan. Sambil-sambil goreng ini baunya harum sungguh.Tadaa… dah siap. Nak bagi cantik & nak tambah kesedapannya taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah gitew.Selamat mencuba.
MW: Kalau dah jemu makan ayam goreng biasa bolehlah cuba buat ayam goreng serai Thai ini. Tak cuba tak tahu kan.
Musim hujan-hujan ni memang perut selalu lapar dan minta diisi. Jika nak buat sarapan atau minum petang yang mudah, mak-mak boleh cuba resipi Roti Telur Sardin viral yang sedap ni. Hanya guna 6 bahan utama je dan cukup mudah disediakan dan pastinya sedap terutamanya bila makan panas-panas.
Berikut perkongsian resipi oleh Nur Aisya sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
Sardin
3 biji telur
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Daun sup
Bawang merah (hiris)
Cili merah (hiris)
Telur
Roti Potong
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2.Celup roti dalam bancuhan telur, kemudian goreng dengan sedikit minyak.Goreng sehingga kekuningan.
Siap!
Info Ekstra!
Sardin tu, nak goreng dulu baru hancurkan pun boleh. Terus masukkan mentah pun boleh.
Makan dengan mayonis dan sos cili lebih sedap!
Semoga bermanfaat!
Mak-mak boleh lah cuba buat resipi roti sardin telur ini sendiri di rumah iya. Cukup mudah nak disediakan, anak-anak pun mesti suka!
Biskut Samperit Klasik antara biskut raya dulu-dulu yang menjadi kesukaan ramai. Mudah nak buat dan kosnya pula tak besar. Modal RM15 boleh dapat 10 balang. Memang jimat! Sesuai sangat kalau mak-mak nak buat jual waktu raya nanti.
Boleh cuba resipi Samperit Klasik sedap yang dikongsikan oleh Puan Nor Afzan Idris ini sebagai panduan;
Pagi ni Mokcik buat semperit klasik. Biskut zaman-zaman dulu tapi sedap tak muak. Makan sekali terus jatuh cinta. Biskut ni kos dia tak banyak, modal RM15 je dah dapat 10 balang.
Bahan-Bahan:
A (kacau sebati)
1kg majerin cap pelangi
3 cawan gula dikisar
2 tudung esen vanila star brand
2 biji kuning telor
1. Ayak semua tepung dan masukkan dalam bahan A. Uli-uli sampai sebati. Kalau masih lekat ditangan tambah tepung gandum.
2. Ok dah siap. Masuk acuan dan tekan atas tulang. Terpulanglah masing-masing nak guna acuan macam mana. Bunga dahlia ke bunga taik ayam ke. Tak kisah takde dosanya.
3.Bakar suhu atas bawah 150c selama 30minit. Macam biasa ikut kesesuaian oven masing-masing.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
Kalau adunan terlalu lembut bila bakar jadi kembang dan kelopak bunga jatuh.
Semperit klasik ni tak manja macam semperit susu. Lambat-lambat picit takpe, adunan tak keras.
Yang kat atas hijau tu makcik hias dengan papaya apa ntah tak ingat nama. Beli 500g tak sampai RM5. Buat 10 adunan tak habis-habis lagi. Jimat berganda-ganda.
MW: Menarik juga resipi Samperit Klasik ni, sesuai kalau nk buat jualan berniaga untuk kuih raya nanti. Jimat kos, modal RM15 boleh dapat 10 balang kuih.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Masak apa nanti untuk berbuka puasa? Tentu ramai yang sedang berpuasa enam atau ganti puasa bulan Ramadan lepas. Apa menu untuk petang ni untuk berbuka? Aneka lauk pauk berkuah seperti masak lemak cili padi, lemak putih dan sup pasti akan membuatkan selera anda terbuka tatkala berbuka puasa.
Jom cuba Kurma Telur Puyuh dan Masak Lemak Cili Padi Udang Cendawan. Rasanya menyengat habis! Selamat mencuba.
KURMA TELUR BURUNG PUYUH
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur burung puyuh – rebus dan buang kulitnya
1 biji kentang – belah enam (wedges)
1 biji limau kasturi
2 biji tomato – belah empat
I paket kecil rempah kurma – dijadikan pes
2 cawan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji cili hijau – dibelah dua
2 biji cili merah – dibelah dua
1 biji bawang besar – kerat 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah – hiris halus
4 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia – hiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga kekuning-kuningan.
Masukkan pes rempah kurma dengan sedikit air dan kacau perlahan sehingga terbit minyak.
Masukkan air dan kentang, masak sehingga kentang lembut.
Masukkan santan pekat dan telur burung puyuh, kacau rata dengan api perlahan. Masukkan buah tomato, cili merah dan cili hijau dan bawang besar. Kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Perah limau kasturi. Kacau perlahan sehingga kuah pekat. Masukkan garam secukup rasa.
Sekiranya rasa sudah seimbang, tutuP api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
MASAK LEMAK CILI PADI CENDAWAN DENGAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
250 gram udang – bersihkan dan toskan
1 paket cendawan tiram
1 labu bawang besar – hiris kasar
15 biji cili padi – ditumbuk halus
½ inci kunyit hidup – ditumbuk halus
2 batang serai – diketuk
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Masukkan cili padi yang telah ditumbuk bersama kunyit hidup, serai dan santan cair ke dalam periuk.
Masak sehingga mendidih. Biar agak lama supaya cili betul-betul masak.
Masukkan udang, cendawan dan bawang besar bersama garam secukupnya. Masak sehingga menggelegak.
Masukkan santan pekat. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya.
Sekiranya rasa sudah seimbang, boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...