Ayam Beku CEPAT Cair Guna DEFROST TRAY, Tak Perlu Rendam Air

Haa.. Defrost tray ini, satu lagi gajet best untuk mak-mak yang nak masak dengan cepat lagi pantas di dapur. Lagi-lagi bila di rumah mak-mak tak ada microwave atau ketuhar mikro gelombang untuk nyah beku bahan mentah yang baru keluar dari peti sejuk beku.

Tak perlu dah nak ambil masa lama, rendam ayam, ikan atau daging dalam air sebab nak bagi cair. Rupanya ada gajet best yang dipanggil DEFROST TRAY.

Apa benda ni? Bentuknya macam papan pemotong je kan? Puan Huda Zainal ini dah guna. Dan dia cuma ambil masa 40 minit saja untuk cairkan ayam beku baru keluar dari peti sejuk.

Ayam Beku CEPAT Cair Guna DEFROST TRAY, Tak Perlu Rendam Air
Nipis dan ringan je bendanya.

Kongsinya, “Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serious memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.”

Macam Ini DEFROST TRAY Itu Berfungsi

Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah.
Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.

√    Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.

IKLAN

√    Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.

Mana Nak Cari Gajet Best Ini

Kat shopee kalian boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda alah ni harga dia RM12 je. Tadi tengok semua atas RM20. Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan.

Kata Huda lagi, “Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.”

MW bantu mak-mak mudahkan carian. Boleh buat pilihan belian di Shoppe atau Lazada. Cumanya waktu membeli barangan online ini, mak-mak kenalah tengok review atau ulasan pembeli lain dulu.

Untuk pastikan mak-mak akan dapat produk yang betul di tangan.

Semak harga ‘Defrost Tray’ di Shoppe dan Lazada ini :

Ayam Beku CEPAT Cair Guna DEFROST TRAY, Tak Perlu Rendam Air
Buat carian ‘defrost tray’ di Shoppe dan mak-mak pilih kedai pilihan.
Ayam Beku CEPAT Cair Guna DEFROST TRAY, Tak Perlu Rendam Air
Buat carian ‘Defrost tray’ di Lazada dan pilih kedai.

 

Untuk info, setiap pelanggan dalam talian selalunya anda dilindungi. Jika ada masalah semasa proses pembelian itu.. boleh saja buat aduan pada syarikat e-dagang yang anda membuat belian. Jadi, janganlah bimbang untuk buat belian online ya.

Sebelum Beli Defrost Tray, Kena Tahu Ini Juga..

* Defrost stray ini selain mudah diguna, katanya tak perlukan elektrik pun nak nyah bekukan lauk. Paling penting energy saving dan mesra alam. Sebab platform tu diperbuat daripada aluminium.
* Nanti lepas guna boleh bersihkan dan guna semula.
* Ada bermacam saiz, masa beli kena pilihlah nak saiz besar ke kecil.

Baca sini : Anak bujang hadiahkan tudung saji moden bertingkat, meja bertukar kemas tersusun

MW : Okay, selepas tudung saji moden bertingkat.. mak-mak boleh cari pula defrost tray ini ya.

Sumber/Foto : Huda Zainal *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.