Ayam Bakar Blackpepper Sedap ‘Juicy’, Masin Manis Cantik Berkilat!

Share

Nampak sedap sungguh Ayam Bakar Blackpepper ni, masin manis secukup rasa dan cantik berkilat. Jika berkumpul ramai-ramai, nak buat BBQ boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan ini. ‘Gerenti’ sedap menjilat jari.

RESEPI AYAM BAKAR

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*Boleh kisar atau tumbuk

Bahan C (kuantiti sesuai selera)

Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta

Cara Membuat:

1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 min.

 

Bahan D
2. Guna gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka. Saya letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.

3.Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.

4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

Siap! Semoga Bermanfaat

Mesti Baca:Cara Ekspres Perap AYAM BAKAR, Mudah Sangat Guna Perencah Nasi Goreng!
Baca Lagi Di Sini:Ayam Percik Kelantan Sedap, Lumur Kuah Berulang Kali Ketika Bakar!
Artikel Menarik:Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!

Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat Ayam Bakar Blackpepper sedap, masin manis cantik berkilat.Mudah je, boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Dani

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab