“Ayahanda Tahu Kakak Kuat Semua Sayang” Sissy ‘Ditidurkan’, Moga Dipermudahkan & Kembali Pulih

Share

“Ayahanda tahu kakak kuat semua sayang” Sissy Iman ‘ditidurkan’, moga dipermudahkan & kembali pulih. Allahu berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah luahan seorang ayah yang mendoakan agar anak gadis kesayangannya dipermudahkan dan kembali pulih.

Penyanyi dan pengacara Sissy Imann memaklumkan bakal ‘ditidurkan’ buat seketika bagi menjalani satu prosedur kesihatan. Sissy berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Ayahanda Tahu Kakak Kuat Semua Sayang”

“Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak pohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti anda. Doakan urusan Sissy hari ini dipermudahkan ya.

“Hari ini merupakan hari yang penting untuk saya. Saya akan menjalani satu prosedur di mana saya akan ditidurkan buat seketika,” ujarnya yang dipercayai akan menjalani satu pembedahan.

Malah Sissy memohon mereka yang mengenali agar tidak merujuk atau bertanyakan tentang perkara tersebut kepada ahli keluarganya.

“Saya amat menghargai jasa baik anda semua untuk tidak bertanya kepada ahli keluarga saya maklumat terperinci mengenai perkara ini. Terima kasih kerana memahami,” katanya.

Menjengah status di akaun Instagram bapanya iaitu Aliff Mohammad Kamil menulis coretan indah buat anaknya. Malah luahan itu juga mengundang sebak kepada netizen.

“Kelahirannya aku tunggu dgn penuh harapan.

Wktu tu aku kecewa tp dlm masa yg sama aku redho

Doktor: 98% kandungan Puan adalah lelaki slps scan.

Aku: Knp tk 100%, doc?

Doc: Slbihnya, up to God (Doktor India)

Nk ssgt yg kali ni girl.

Kehadirannya mmg lh byk dugaan.

Dgn keadaan kandungan

-Songsang,

-Lipat dua,

-Delay 18 hari plk tu.

-Pintu dh buka 2cm tp msh tk engagage2, to comfy inside, rasanya lh

-Saiz bsr, berat plk 3.8kg

-Ambik masa tuk menangis (Msh ingat kt dlm lg, kot)

Aku: Apa option kami?

Doktor: Dh due, leh je ikut tingkap (doc berseloroh)

Aku: I want yr personal advice instead of yr professional advice

Doktor: God knws when it ripe. But still u hv yr own choice coz yr baby is already due.

Aku decided second option, normal delivery.

Bonda: Ikut abg lh…

Dia jenis wife yg akur kata suami.

Dia tau, I want best of her n baby.

Dia mmg steady.

Aku: Boy or Girl, Doc?

Doktor: U discover it yrslf.

Aku: Tq Allah 🙏🙏🙏 Girl!!!!

Baca Disini ; Pandemik COVID-19 Tidak Mematahkan Semangat Siri Jelajah redONE Colours Of Ramadhan 2021

“Anak Abah Tak Kuat, Terlalu Sedih” Yana Mohon Doa Agar Diberikan Kesembuhan Kesihatan Ayahnya

Akhirnya, lahir lah dia, Sissy Imann @ Cynta Hartie

Azan aku ditelinganya lain mcm plk bunyinya dh… Mendayu semcm.

Syukurnya tk terkata..

Tp hari ni dia kt sini, di bilik tu.

Sekali lg aku kena tunggu luar dgn penuh harapan.

Lata khaf wala tahzan, Innallahama ana.

Moga dipermudahkan segalanya n lancar, Insya Allah…

Yhnda tau, kakak strong…

Everythings gonna b ok.

Semua syg kakak. ❤️❤️❤️❤️❤️

Yhnda syg kakak,” kongsi Aliff.

“Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Perubatan” Warganet

Menerusi ruangan komen dihujani doa dari rakan artis dan warganet.

Mingguan Wanita :  Allahu semoga semuanya baik-baik belaka. Sissy dan mak ayah sangat rapat, semoga ayahdan dan bonda kuat ya!

Sumber  : Instagram Aliff layla

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

Published by
Norhayati Suboh