Membesarkan dan menjaga anak-anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Apatah lagi adakalanya tindakan dan kelakuan anak-anak ini mampu menguji kesabaran mak ayah.Nak marah pada anak pun biarlah berpada, jangan lah sehingga mendatangkan kecederaan apatah lagi sehingga sanggup membunuh!
Namun memang tak masuk akal apabila seorang ayah tergamak bunuh anak sendiri yang baru berumur 4 tahun hanya kerana terkena air kencing anaknya.
Seorang bapa tergamak menolak anaknya jatuh daripada motosikal sehingga maut gara-gara berang air kencing anaknya yang berusia empat tahun terkena pada seluarnya.
Dalam kejadian Jumaat lalu yang dilaporkan berlaku di Makkassar Indonesia, Hasan Basri, 29, dari Timbuseng, Pattalasang, Gowa dikatakan berang selepas anaknya, Abdul Mufid,4 terkencing hingga terkena seluarnya. Hasan yang marah mencubit badan anaknya dan menggigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah.
Keesokan harinya, Hasan membawa anaknya menaiki motosikal namun tidak lama kemudian, Hasan pulang dengan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta lebam di muka. Hasan mendakwa anaknya cedera selepas terjatuh daripada motosikal apabila dia membrek secara tiba-tiba.
Ibu mangsa membawa anaknya ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, curiga dengan keadaan badan mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam, pihak hospital bertindak membuat laporan polis.
Hasan kemudian ditahan dan ketika disoal siasat, dia mengaku sengaja menolak anaknya jatuh daripada motosikal kerana marah dengan mangsa yang terkencing di seluarnya.
Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan bakal didakwa atas tuduhan membunuh.Memetik laporan Tribunnews Hasan dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Sumber: sinar harian & Tribunnews