Ayah Sepatutnya Jadi Lelaki Pertama Di Hati Anak Perempuan, Luangkan Masa Berdua

Share
Sememangnya ayah sepatutnya jadi lelaki pertama di hati anak perempuan, luangkan masa berdua untuk berdating agar hubungan anak perempuan dan ayah menjadi rapat.
Percayalah anak perempuan menjadi bangga apabila dapat menghabiskan masa bersama berdua dengan ayah tanpa orang lain.
Malahan perkara ini akan turut dicemburui jika dia mempunyai adik-beradik perempuan yang lain. Tak perlu selalu, tetapi wujudkan ruang waktu untuk ayah bersama anak perempuan kerana sangat penting untuk dia merasa sentiasa disayangi oleh ayahnya.

Ayah Sepatutnya Jadi Yang Pertama

Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar ini dan fahami sebaiknya mengapa kita perlu berbuat demikian:
“Kakak kakak, tadi Inah jalan-jalan dengan Walid. Inah sorang sorang saja.”
Ini memang ayat kebanggaan Ameenah. Punyalah dia nak cerita ke semua kakak dia, dia dapat berjalan berdua saja dengan walid.
Kakak-kakak dia pun apa lagi, semua mencebik. Mata ke atas, buat tak layan dan menjeling ke adik dia. Lepas tu melirik mata pandang ke walid.
Kah kah kah.
Jealous!
Baik Isymah, Khalilah, Abidah dan Ameenah, semuanya sama. Suka sangat kalau dapat dating berdua je dengan walid. Rasa seronok.
Dulu pernah gilirkan. Kakak dah sudah, nanti kena keluar pula bawa Khalilah, kemudian Abidah. Mesti semua dapat sekali dating dengan walid.
Keluarlah pergi mana-mana. Pergi mall, jalan-jalan, siap pegang tangan. Bawa pergi minum, makan aiskrim, dengar dia bercerita.
Layan dia macam budak-budak, kalau pun Isymah yang sudah besar itu.
Iya, ini salah satu keperluan anak perempuan terhadap ayah dia. Mereka perlukan masa untuk keluar bersama, yang cuma mereka sahaja yang ada.
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Kawan-kawan yang baik, yang ada anak perempuan kalian kena jadi begini;
1. Ayah sepatutnya menjadi lelaki pertama yang hidup dalam hati anak perempuan. Lelaki pertama yang dia belajar untuk mencintai.
2. Lelaki yang menjadi idola kepada anak perempuan. Yang menjadi bahu tempat mereka menangis dan mengadu masalah. Menjadi hero dalam drama kehidupan anak perempuan.
3. Dialah lelaki paling kacak, paling mulut manis, paling pemurah, paling lemah lembut, paling sabar di mata anak.
4. Daripada ayah jugalah anak perempuan mengharapkan pujian. Memberi sokongan kepada apa sahaja yang anak perempuan cuba untuk buat.

Luangkan Masa Berdua Ayah-Anak Perenpuan

Sebab itu kalau nak buat aksi lasak, terjun dalam kolam yang dalam, nak main basikal 2 roda untuk kali pertama, nak cuba turun gelongsor yang tinggi 2 tingkat bangunan, mesti kena ada ayah yang beritahu, “Kakak boleh buat.”
Cukup begitu, dia akan yakin untuk terus terjun.

Anak Perempuan Rasa Disayangi Bila Keluar Berdua

Semua ini yang anak suka nak lihat bila dia keluar berdua dengan kita. Bila ada adik beradik lain, dia tak rasa kita boleh beri perhatian ke dia seorang.
Timbullah perasaan dia tak disayangi. Dia bukan anak yang baik. Dia rasa dirinya tak cantik. Dan dia juga akan rasa tak pandai bercakap.
Hilang keyakinan diri.
Atau sebaliknya lebih teruk, dia sangat perlukan sokongan seorang lelaki, tapi tak dapat daripada ayah dia sendiri. Maka, dia akan cari lelaki lain yang boleh dijadikan sandaran.
Inilah bahaya.
Begitulah.
Oh ya, hari tu siap Ameenah ajak kami pergi hotel. Maksud dia nak ajak pergi bercuti. Tapi dia ajak tu hari Rabu.
“Eh, tak boleh. Esokkan ummi kerja,” saya kata ke dia. Ummi dekat sebelah pun mengangguk.
Tenang dia balas;
“Biarlah Inah pergi dengan walid je berdua.”
Hahaha. Dia ok je kalau pergi bercuti dengan walid saja.
Nampak tak?
MW: Anak perempuan sangat memerlukan sokongan daripada ayahnya, bukan hanya setakat kasih sayang. Jangan sampai anak perempuan selesa mencari lelaki lain di luar sana yang memberi perhatian “lebih” padanya. Itu sangat berbahaya.
Published by
Syazwani Mehat