“Ayah sempat minta maaf, pesan jadi isteri yang baik.” Lelaki ini meninggal dunia selepas nikahkan anak-anaknya.
Semoga keluarga ini tabah mendepani ujian berat ini. Kehilangan bapa bukan sesuatu yang mudah ditelan, apatah lagi di hari bahagia. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Lelaki Meninggal Dunia
Majlis kenduri kahwin yang dirancang untuk meraikan dua beradik perempuan sempena pernikahan mereka bertukar kepada majlis tahlil dan bacaan Yasin apabila bapa mereka tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia selepas mereka diijabkabulkan.
Kejadian pada pukul 12 tengah hari 25 Disember lalu itu berlaku sebaik Zainol Baharom, 57, tiba di rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob Karang, Kulim, Kedah selepas menyaksikan pernikahan dua anak gadisnya, Siti Nor Akashah, 22, dan Siti Nor Amira, 21, di Pejabat Agama Kulim.
Selepas Nikahkan Anak
Mengimbau semula kejadian itu, Siti Nor Akashah memberitahu, bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan ketika mereka sama-sama pergi ke pejabat agama untuk majlis pernikahan.
Bagaimanapun, katanya, ketika ingin pulang dengan menaiki kereta, bapanya kelihatan tenat sepanjang perjalanan pulang dan terus rebah sebaik mereka tiba di rumah.
“Bapa sempat meminta maaf kepada kami kerana hanya boleh menjadi wali dan tidak dapat menikahkan kami kerana faktor kesihatan dan hanya menyerahkan kepada jurunikah di pejabat agama.
“Setelah selesai akad nikah saya dan adik di pejabat agama kulim, keadaan ayah tenat dan setelah sampai di rumah dalam beberapa minit sahaja ayah terus baring di atas katil dan pergi meninggalkan kami,” katanya.
Ayah Sempat Minta Maaf
Tambah anak keempat daripada enam beradik itu, arwah bapa merupakan pesakit kencing manis dan dia mudah penat kerana penyakitnya itu.
Ads
Menurut Siti Nor Akashah, walaupun sedih dan terkejut, mereka reda dengan apa yang berlaku dan majlis kenduri kahwin digantikan dengan bacaan Yasin dan tahlil kerana pemergian bapa.
“Arwah bapa seorang yang peramah dan bertanggungjawab selain suka berjenaka dengan semua orang terutamanya dengan anak-anak. Bapa tidak menunjukkan sebarang kelakukan ganjil atau pelik sebelum kejadian,” katanya.
Ujar Siti Nor Akashah, arwah bapanya sempat berpesan kepada mereka supaya menjaga rumah tangga serta menjadi isteri yang baik semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Arwah ayahnya turut meluahkan kesedihannya apabila tidak dapat menjadi jurunikah kepada kami disebabkan faktor kesihatan.
“Kalau sihat, memang arwah ayah berhasrat mahu menikahkan kami tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan,” ujarnya.
Jenazah Zainol selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Mutiara selepas waktu Asar pada hari yang sama.
Mingguan Wanita: MW merakamkan takziah kepada keluarga arwah Zainol dan harap mereka redha dengan apa yang berlaku. Al-Fatihah.
Haram meminang isteri orang, jangan aniaya rumah tangga orang lain kerana kehendak sendiri. Ramai lagi wanita single di luar sana, tak perlu berskandal dengan isteri orang.
Begitu juga dengan wanita, tak perlu berskandal dengan suami orang semata-mata anda mahu mengubah nasib. Mahu mengubah hidup agar lebih senang.
Fikirkan dosa robohkan rumah tangga orang lain, tergamakkah anda bahagia di atas air mata orang lain.
Haram Meminang Isteri Orang
Kongsi Dr Karya Kayra, pantang suami sendiri susah, terus peluk-peluk lelaki lain. Tengok suami orang-senang dia nak peluk juga ke?
Adoilah penyakit apakah ini?
Omicron pun tak sebahaya penyakit ini..
Sis…
1) Nak hidup senang-lenang, usahakan sendiri.
2) Bersyukurlah suami itu nak kerja Supermarket. Suami tu hendak berusaha. Kamu dapat suami biawak hidup, kamu ada RM10 juta pun tak cukup dikebas suami-biawak.
3) Rezeki ada RM 50, belanjalah cara RM50. Tak akan hina jika hidup bersederhana.
4) Bersyukur dengan suami yang ada, pasti nanti datang rezeki lebih RM50 juta.
Jangan Aniaya Rumah Tangga Orang Lain
Percaya kepada Allah SWT dalam perkara rezeki. Minta dengan Allah SWT. Bukan minta dengan lelaki lain yang bukan suami kita atau bukan bapa kandung kita.
Ex-Boyfriend itu pun satu, tak agak-agak. Punyalah ramai girls single cantik bijaksana berkerjaya berbudi bahasa di Malaysia ini, isteri orang juga yang kamu mahukan? Apa punya low expectation dalam mencari isteri? Kau tidak ada taste abang.
Andainya bini orang itu secantik bidadari pun adalah kerana usaha bapa kandung dia dan suaminya.
Why not sebagai “Lelaki Hebat” cari girl-single lain dari dalam kalangan perempuan yang baik-baik dan kamu cantikkan dia sebagai isteri kamu?
Kerana Kehendak Sendiri
Bukankah kebanggaan sebagai “Lelaki Hebat” itu akan berganda apabila Girl-Single pilihan kamu itu semakin cantik dan menjadi lebih baik kerana usaha kamu sendiri?
Rasulullah SAW bersabda antara wanita yang haram dipinang adalah wanita yang sudah menjadi tunangan orang lain, apatah lagi sudah menjadi isteri orang lain.
Jangan aniaya rumah tangga orang lain kerana kehendak nafsu kamu. Kerana kamu tidak tahu apakah bentuk kifarah yang akan Allah SWT campakkan ke muka kamu pada masa hadapan.
Trust me. If she can leave her husband for you, she also can leave you for another man.
Mingguan Wanita : Rumah tangga ini adalah ujian tidak kiralah pada suami atau isteri. Setiap kali diuji, duduk sama berbincang dan bertolak ansur dalam mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapanya yang penyayang. Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan merasai deria sentuhan ibu ayahnya.
Ikut saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.
Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
5 Sentuhan
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
#UAM, 24 Julai 2016/19 Syawwal 1437H.
Video
Sumber/Foto/Video: Fanpage Abdul Basit Abdul Rahman via Mingguan Wanita
Baca Sini: Cium Anak Pagi & Malam, Antara 14 Cara Buat Ibu Bahagia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan waktu memberi anak-anak makan memang satu cabaran dan dipenuhi dengan 1001 kerenah. Ada anak-anak yang memilih makanan, ada yang tak mahu makan langsung dan ada yang makan merata satu rumah! Sebagai mak ayah, memang risau bila anak-anak makan sikit kerana bimbangkan perkembangan tumbesaran mereka terganggu.
Sebenarnya, melayan anak-anak makan pun ada caranya yang tersendiri. Berikut merupakan 4 tip yang dikongsikan oleh Dr Nurhaya sebagai panduan.
1. Hadkan Pemilihan Makanan Mereka. Jangan Lebih Dari 2 pilihan
“Ammar nak makan? mummy masak pasta cheese garlic dengan bubur nasi, Ammar pilih nak makanan yang mana ya”
“No mummy, I dont want pasta..”
“Its ok Ammar, mummy masak ini sahaja, kalau Ammar lapar nanti Ammar makan ya”
1 jam kemudian- licin pasta mummy masak, sebab dah lapar, dan tiada pilihan lain melainkan ini dua sahaja. I am your mother not your maid or mamak at shop boleh order order ya. Makan apa yang mummy masak.. sebab mummy masak sedap dan sihat.
Jangan tanya apa yang dia nak! again ni bukan kedai mamak, makan apa yang di hidang.Mendidik bukan sehari, berhari-hari dan berkali-kali.So sekali tak jalan, buat lagi.. bukan sekali tak jalan, anak jadi tuan!
2.Kalau Suka Apa Yang Mummy Masak, Makan Banyak, Tak Suka Makan Sikit
Jangan risau sangat anak makan 5 suap,lepas tu offer susu..nanti anak minum susu lebih, mak juga yang pening.Dia suka dia makan banyak, tak suka makan sikit. Nanti lapar dia ulang la makan.
Tak mati nya diorang kalau makan 5 suap ja.
3. Jangan Bagi Gajet Waktu Makan
Bila makan jangan sua gadjet hanya nak bagi dia makan banyak.Kreatif sikit, makan sambil bermain ala-ala helikopter datang nak landing dalam mulut ke, chicken hiding behind mee ke,bercerita..interaksi dengan anak! Ini adab makan.
Seronok ke mak-mak makan kat luar tengok anak and bapak main hp dekat meja makan and you are craving for their attention. Sebelum jadi macam tu, jangan ajar diorang macam tu.
4. Makan Setempat!
Makan setempat! Bukan bekejar satu rumah. Ini kenkonon nak bagi anak makan banyak bekejar lah mak satu rumah. Nak makan duduk elok-elok.. Ingat kita ni bukan maid atau pekerja kedai mamak boleh order-order atau ikut kehendaK TUAN dalam rumah.
Jenuh kejar satu rumah..bersepah satu rumah!
I COOK YOU EAT!
Selamat mencuba.
luv,
DR NURHAYA LACTATION CENTER
Semoga perkongsian ini bermanfaat, mak ayah bolehlah mencuba tip yang dikongsikan ini dalam melayan kerenah anak-anak makan dengan lebih bijak.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.