Tak siapa boleh baca selama mana Allah bagi ‘pinjam’ seseorang dalam hidup tetapi kalau pernah merasa ayah pergi waktu umur masih kecil, anda akan selami hati anak kecil ini. Sebak.
Tahu pula pemergiaan ayahnya selepas hantar dia menuntut ilmu. Allah… cukup besar ujian buat anak kecil ini, namun nak tak nak kena telan dan meneruskan hidup dengan tabah.
Apa yang dilaluinya mungkin tak mudah, jadi jika ada yang sudi membantu boleh ikuti perkongsian Puan Jamilah Hawa Sapai
ini…Seorang Pelajar Darjah Dua SK Jalan 6 bandar baru bangi kehilangan bapanya awal pagi tadi.
Bapanya meninggal selepas serangan jantung semasa memandu selepas menghantar anak ini ke sekolah. Bapanya meninggal di tempat kejadian pada usia 37 tahun.
Apa yang buat saya sebak ialah ibunya baru 5 hari berpantang dan baru sahaja suaminya hantar pulang ke kampung di kelantan.
Isteri beliau seorang yang kurang upaya penglihatan (buta) dan bekerja di jabatan kebajikan masyarakat.
Anak ini sangat tabah. Mengalir air mata dan sangat sayu apabila melihat jenazah bapanya yang dia kasihi.
Dia cukup disiplin dan ini diakui oleh guru sekolah dan pihak transit di sini.
Jika ada yang ingin menyumbang, bolehlah dapatkan maklumat pelajar tersebut di SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi.
Moga sumbangan Tuan-puan boleh meringankan dan membantu serba sedikit anak ini dan keluarga beliau.
Moga Anak ini menjadi anak yang soleh dan cemerlang.
Tabahlah wahai anak muda, kamu bakal menjadi manusia yang berbakti. Aamiin.
Jika ada yang berminat untuk membuat sumbangan. Boleh bank in ke akaun isteri arwah.
MAS SUNI MAT HUSIN
CIMB:7617029176