Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Dua Isteri, 19 Anak
Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.
Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.
Ads
Tidak Bekerja
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.
Ads
Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.
Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.
Ads
“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.
MW: Anak ramai memang seronok.Namun kena pertimbangkan segala aspek terutama dari segi tanggungjawab dan kemampuan kewangan.Ukur baju dibadan sendiri iya.
Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sakit Hati Kerana Curang
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Isteri Sanggup Upah Orang
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Tamatkan Riwayat Suami
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Merancang Pembunuhan Suami
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Terlibat kemalangan jalan raya Azhan Rani kini stabil. Dua hari yang lalu menerusi perkongsian rakan baiknya dalam industri seni, Beto Kusyairy di akaun Instagram telah memberitahu Azhan terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dan sedang mendapat rawatan di sebuah hospital.
Malah pada waktu itu Beto juga menyatakan kejadian berlaku apabila motosikal kuasa besar yang ditunggang Azhan untuk ke sebuah lokasi penggambaran tengah hari Isnin telah bertembung dengan sebuah lagi motosikal lain.
“Amanah daripada sahabatku Azhan Rani. Dukacita ingin menyampaikan kepada semua bahawa Azhan telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin). Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar (doktor),” tulis Beto.
Terlibat Kemalangan Jalan Raya Azhan Rani Kini Stabil
Dua hari selepas kejadian Azhan sendiri telah tampil berkongsi keadaan dirinya yang kini dalam keadaan stabil.
Malah pelakon hebat itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya, pelakon Beto Kusyairy dan isteri yang telah membantunya dalam tempoh sukar itu.
“Syukur atas izin Allah untuk saya terus bernafas.
“Doktor kata tulang scapula (belikat) saya pecah tapi dua insan hebat ini jadi tulang belakang saya untuk terus berdiri.
”Dulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Ilahi buat saya. Terima kasih sahabat @beto_kusyairy & @tishashahar dan juga sahabat-sahabat lain yang tak henti-henti bertanya khabar. Semoga syurga menunggu kalian di sana nanti.
“Terima kasih juga untuk ingatan dan doa-doa semua. Ampun maaf tak dapat nak jawab dan balas semua. InsyaAllah saya ok atas izin Allah,” tulis Azhan.
Terima Kasih Kepada Yang Membantu
Azhan juga berasa sangat bersyukur kerana ramai yang membantu dirinya sewaktu kemalangan tempohari.
“Buat Muhammad Firdaus dan sesiapa saja yang bantu saya pada hari kejadian, 17 Januari 2022, sekitar jam 12.30 tengah hari di jalan Templer Park menghala Kuala Lumpur.
“Semoga Allah merahmati kalian. Terima kasih atas jasa baik anda.
“Buat dua orang abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya,” luahnya.
Pesan Agar Penunggang Motosikal Berhati-Hati Di Jalan Raya
Azhan menerusi perkongsian tersebut juga menitipkan pesan agar penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan sama agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.
”Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas itu tiba-tiba masuk lane saya nak buat pusingan u-turn, semoga anda tak apa-apa.
”Maaf saya tinggikan suara kat anda dalam ambulan hari tu. Mohon jangan bawa motor macam itu lagi.
”Kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” pesannya.
A post shared by Kakifoto By Rashidee Azman (@kakifoto_) on
Kredit video: Kakifoto
Jejaka yang menjadi pilihan Shila Amzah bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.
Ok jom kita belek gambar tunang Shila Amzah dan bakal suaminya…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.