Tak dapat bayangkan perasaan seorang ayah yang menanti kehadiran anak-anak untuk dijemput pulang setiap hari, tetapi akhirnya kecewa. Hingga ke akhir hayatnya anak-anak tetap berdegil tidak mahu luangkan masa mengambil ayahnya yang negatif covid-19.
Apalah kesalahan sang ayah hingga diperlakukan demikian rupa, bukannya dia positif, kalau bimbang dijangkiti sekali pun dia tetap darah daging kalian.
Kelmarin tular di facebook apabila seorang jururawat memuat naik status tentang betapa kesalnya dia dengan kejadian yang berlaku. Setiap hari berdepan dengan pesakit sudah tentu membuatkan jururawat ini muak dengan segelintir sikap sambil lewa anak-anak terhadap kebajikan mak, ayahnya.
Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua. Berkali-kali hubungi anak beritahu ayah nak balik tak mahu datang ambil, bila meninggal tiga anak datang serentak.
Ikuti perkongsian Che Suriani Che Saufi ini dan ambil pengajaran :
Something bad to share today.. Datang kerja shift pagi hari ini dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient sudah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.
Call relative (anak lelaki), beritahu tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja. Seterusnya call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.
Call esoknya pun sama hingga kita ugut hendak report polis, tapi still tidak ada feedback… So terpaksa tunggu plan doctor.
Sekali petang, ajal patient tiba.. So, bila kita call relative beritahu ayah diorang sudah tiada, tiba-tiba tiga orang anak boleh saja datang serentak cepat-cepat…
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tiada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak dia ada call ke tak.. Come on Malaysian…
Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.
Sumber: Che Suriani Che Saufi
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan peringatan buat diri kita dan keluarga. Sayangilah mak, ayah selagi mereka masih ada. Bimbang bila mereka tiada mereka di dunia, kita kesal buat selamanya.