‘Ayah Mohon Maaf, Banyak Buat Salah Pada Awak..’ PU Abu Selamat Jadi Ayah

Terbaru Pencetus Ummah (PU) Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi yang lebih dikenali sebagai PU Abu sudah pun bergelar ayah.

Beliau berkongsi berita gembira kelahiran anak sulungnya yang selamat dilahirkan pada 7 Jun 2019, bersamaan hari Jumaat pada jam 12.55.

Dalam perkongsiannya di instagram itu, PU Abu, 23 juga memohon maaf pada bayi yang dikandung ibunya, Ain ‘Afini Latif, 21. Kerana bermacam ujian terpaksa anaknya itu lalui sepanjang dia berada dalam kandungan ibunya.

Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung kita ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.”

IKLAN

 

‘Ayah Mohon Maaf, Banyak Buat Salah Pada Awak..’ PU Abu Selamat Jadi Ayah

Ayah Banyak Buat Salah Pada Awak – PU Abu

Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak dalam perut ummi

IKLAN

Dalam pada itu, PU Abu juga mengucapkan terima kasihnya kepada bekas isterinya, Ain ‘Afini kerana melahirkan anak mereka.

@ainafini terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat kita ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.”

IKLAN

“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan.”

Selepas melalui pelbagai kemelut rumahtangga, pasangan ini, PU Abu dan Ain sudahpun disahkan bercerai pada 15 Mei lalu. Dan kini bergelar suami kepada ahli perniagaan, Hana Azraa.

MW : Tahniah PU Abu dengan kehadiran cahayamata ini. Biarpun tak lagi menjadi suami Ain, semoga dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada bayi baru ini dengan sebaiknya. Moga Allah permudahkan urusan kalian.

Sumber/Foto : puabu.official

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI