Pendakwah dan penceramah Da’i Hamidah kehilangan ayah mentua, Allahyarham Mohamad Jan Bin Din yang kembali ke rahmatullah pada Subuh, 23 Jun lalu.
Arwah bapa mentuanya itu juga dikenali sebagai Ustaz Fawwaz Md Jan. Akui menantunya ini, arwah merupakan ayah mentua yang sangat baik.
Kehadiran ayah mentuanya ini, walaupun untuk masa yang tak lama seakan menjadi pengganti arwah bapanya. Sentiasa mengambil berat akan menantu lagi-lagi bila Da’i Hamidah mahu memberikan sesi ceramah.
“Tak mampu nak kata apa- apa tetapi beliau ayah mertua yang sangat baik. Semua menantu dan cucu sangat kasih kepadanya. Saya walaupun masih baru dalam keluarga ini benar-benar rasa beruntung masih ada ayah walaupun abah telah tiada
.Dari awal sehingga ke akhir hayatnya beliau bila jumpa mesti mai cari cucu, ribakan cucu, cium cucu. Patut anak-anak selalu pi dekat ayah. Memang kasih sungguh. Tak lupa ayah bersusah payah turun kedai sudi belikan hadiah untuk kelahiran anak saya.
Di fasa awal perkahwinan pula ayahlah orang pertama yang tegur saya jangan drive jauh- jauh risaukan kandungan. Saya pun tak pernah terfikir dan ayah panggil saya cakap baik- baik. Teguran ini membekas di jiwa buatkan saya rasa lega masih ada ayah yang selalu melindungi saya
Ayah juga akan selalu mendengar cerita saya, setiap kali nak ceramah, ayah akan datang tanya tajuk apa. Nak ayah tolong apa. Dan raya tahun ni masa belikan baju raya dan hadiahkan kat ayah dan ummi.
Ayah kata, “terima kasih ya bagi hadiah, lawanya baju.” Dan ayah belek-belek dengan muka penuh gembira. Begitulah cara ayah tiap kali beri apa- apa. Sebagai anak kita tahu pemberian kita tidak seberapa tetapi saya kagum dengan akhlak ayah yang sangat-sangat pandai buatkan orang lain rasa bahagia
Dan antara ungkapan yang saya juga tak boleh lupa ialah ayah selalu bagitahu ada apa- apa masalah bagitau ayah. Sungguh ayah seorang insan yang sangat sangat penyabar dan sangat pandai ambik hati orang.
Saya akui sejak ada ayah, saya berasa yakin dan kurang kesedihan kerana saya sedar saya masih ada hero di belakang saya.
Terima kasih ayah, tak lupa kata kata ayah di awal menjadi menantu. “Hamidah, walaupun Hamidah dah takda abah, jangan sedih ya ayah ada.”
Ya Allah, rahmatilah ayah, ampunkan dosanya. Saya menjadi saksi betapa mulianya hati ayah. Semoga Allah Taala menghadiahkan kebahgiaan yang sebenarnya di alam sana yang kekal abadi. Tolong sedekahkan doa untuk ayah saya ya. Terima kasih sangat- sangat #daihamidah #ayah
Baca sini :Tolong doakan guru Da’i Hamidah, sakit tak boleh bertutur normal.
Mingguan Wanita : Semoga roh Allahyarham Mohamad Jan Bin Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Da’i Hamidah
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW