Pendakwah dan penceramah Da’i Hamidah kehilangan ayah mentua, Allahyarham Mohamad Jan Bin Din yang kembali ke rahmatullah pada Subuh, 23 Jun lalu.
Arwah bapa mentuanya itu juga dikenali sebagai Ustaz Fawwaz Md Jan. Akui menantunya ini, arwah merupakan ayah mentua yang sangat baik.
Kehadiran ayah mentuanya ini, walaupun untuk masa yang tak lama seakan menjadi pengganti arwah bapanya. Sentiasa mengambil berat akan menantu lagi-lagi bila Da’i Hamidah mahu memberikan sesi ceramah.
“Tak mampu nak kata apa- apa tetapi beliau ayah mertua yang sangat baik. Semua menantu dan cucu sangat kasih kepadanya. Saya walaupun masih baru dalam keluarga ini benar-benar rasa beruntung masih ada ayah walaupun abah telah tiada.
Dari awal sehingga ke akhir hayatnya beliau bila jumpa mesti mai cari cucu, ribakan cucu, cium cucu. Patut anak-anak selalu pi dekat ayah. Memang kasih sungguh. Tak lupa ayah bersusah payah turun kedai sudi belikan hadiah untuk kelahiran anak saya.
Ads
Teguran Ayah Berbekas Di Hati
Di fasa awal perkahwinan pula ayahlah orang pertama yang tegur saya jangan drive jauh- jauh risaukan kandungan. Saya pun tak pernah terfikir dan ayah panggil saya cakap baik- baik. Teguran ini membekas di jiwa buatkan saya rasa lega masih ada ayah yang selalu melindungi saya
Ayah juga akan selalu mendengar cerita saya, setiap kali nak ceramah, ayah akan datang tanya tajuk apa. Nak ayah tolong apa. Dan raya tahun ni masa belikan baju raya dan hadiahkan kat ayah dan ummi.
Ayah kata, “terima kasih ya bagi hadiah, lawanya baju.” Dan ayah belek-belek dengan muka penuh gembira. Begitulah cara ayah tiap kali beri apa- apa. Sebagai anak kita tahu pemberian kita tidak seberapa tetapi saya kagum dengan akhlak ayah yang sangat-sangat pandai buatkan orang lain rasa bahagia
Ads
Ayah Mentua Sangat Penyabar
Dan antara ungkapan yang saya juga tak boleh lupa ialah ayah selalu bagitahu ada apa- apa masalah bagitau ayah. Sungguh ayah seorang insan yang sangat sangat penyabar dan sangat pandai ambik hati orang.
Saya akui sejak ada ayah, saya berasa yakin dan kurang kesedihan kerana saya sedar saya masih ada hero di belakang saya.
Ads
Terima kasih ayah, tak lupa kata kata ayah di awal menjadi menantu. “Hamidah, walaupun Hamidah dah takda abah, jangan sedih ya ayah ada.”
Ya Allah, rahmatilah ayah, ampunkan dosanya. Saya menjadi saksi betapa mulianya hati ayah. Semoga Allah Taala menghadiahkan kebahgiaan yang sebenarnya di alam sana yang kekal abadi. Tolong sedekahkan doa untuk ayah saya ya. Terima kasih sangat- sangat #daihamidah #ayah
Alhamdulillah, merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan cucunda baru-baru ini. Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri.
Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengahari tadi.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Selang 2 Hari
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja ini di atas kurniaan cucunda-cucunda tersayang, sekaligus melengkapkan jumlah 5 cucunda, baginda berdua ketika ini.
Elyana bebas & pulih kanser limfoma tahap empat, 11 tahun perjuangan melawan kesakitan berakhir. Allahu Akhbar khabar gembira daripada Elyana membuatkan ramai yang terharu. Malah penulis sendiri mengalirkan air mata.
Secara peribadi penulis pernah menemubual Elyana dan suami sewaktu berkunjung ke kediaman mereka beberapa tahun lalu bagi menjayakan sesi fotografi kulit muka depan majalah Mingguan Wanita.
Tatkala itu walaupun tahu derita yang ditangung namun Elyana tetap menerima kehadiran kami dengan senyuman. Begitu kuat semangat Elyana dan penyanyi itu juga tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi.
Elyana Bebas & Pulih Kanser Limfoma Tahap Empat
Berkongsi berita itu menerusi satu hantaran di Instagram awal pagi ini, penyanyi Elyana memaklumkan dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.
Malah ibu kepada dua orang anak ini juga turut bersyukur apabila perjuangan dan penantiannya melawan penyakit ini membuahkan hasil.
“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
“Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan rasa syukur saya dengan anda semua..
“Perjuangan dan penantian saya selama 11 tahun kini sudah berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!” luah Elyana.
“Terima Kasih Ya Allah”
Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal ini juga sangat bersyukur, doanya selama ini dimakbulkan Allah.
“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya .
“Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat..Saya pernah putus asa untuk berjuang.Kadang cemburu dengan kesihatan orang..
“Tapi saya sangat yakin suatu hari akan ada keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!!!
Dikala seluruh dunia sedang ‘berjuang’ menangani pandemik COVID-19, ujian terbesar juga buat penduduk di Beirut Lubnan apabila menghadapi letupan dahsyat petang semalam yang menggegarkan ibu kota ini. Malapetaka tersebut mengakibatkan puluhan nyawa terkorban dan ribuan penduduk tercedera. Ia dikatakan berpunca daripada 2,750 tan baja amonium nitrat yang disimpan bertahun-tahun di kawasan gudang pelabuhan itu.
Baja Kimia Pertanian
Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab, berkata baja kimia untuk pertanian itu adalah punca letupan yang membawa malapetaka kepada penduduk ibu kota yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 70 orang.
“Siasatan menyeluruh sedang dilakukan begitu juga mengesan individu yang bertanggungjawab
“Mereka yang didapati bersalah sehingga terjadinya malapetaka ini akan menerima balasan,” katanya.
Kementerian Kesihatan melaporkan 73 penduduk terkorban, manakala 3,700
penduduk lagi cedera dalam insiden berkenaan.
Ketua Keselamatan Awamnya, Abbas Ibrahim pula berkata, bahan mudah meletup itu sudah dirampas beberapa tahun lalu dan disimpan di gudang berkenaan yang terletak berdekatan dengan lokasi tumpuan orang ramai bagi aktiviti membeli belah dan berhibur pada waktu malam.
Isytihar Beirut Zon Bencana
Majlis Pertahanan Lubnan turut mengisytiharkan Beirut sebagai zon bencana dan turut merayu negara sekutunya untuk menghulurkan bantuan dalam menangani malapetaka itu. Kebanyakan negara dunia merakamkan ucapan takziah termasuk negara Teluk, Amerika Syarikat (AS) turut menawarkan bagi penghantaran bantuan.
Keadaan hospital di ibu kota itu yang sedang bergelut untuk merawat pesakit COVID-19 bertambah sesak dengan individu tercedera akibat insiden letupan itu.
Tragedi itu turut memberi kesan kepada ekonomi negara itu yang sedia terjejas. Situasi ekonomi Lubnan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu akibat kejatuhan mata wang sehingga kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup dengan kadar kemiskinan dan pengangguran terus meningkat. – AFP
MW: Semoga mangsa yang tercedera dan selamat segera sembuh.Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan penduduk di sana agar terus kuat dan cekal menghadapi ujian ini.
Anak bongsu Sheila Rusly selamat bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon senior Sheila Rusly yang selamat menerima menantu kedua. Anak bongsunya Luth Mikail Azman telah...