“Ayah Meninggal Ketika Sedang Solat, Kopiah Masih Di Kepala. Mudah Sangat Allah Jemput Dia” itulah luahan Datin Shahida menerusi perkongsian di Instastory.
Salam takziah diucapkan buat Datin Shahida sekeluarga atas kehilangan ayahanda tercinta, Allahyarham Mohd Rashid Abas dilaporkan meninggal dunia pada pagi Khamis.
Nur Shahida yang juga isteri kepada usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri juga memaklumkan bapanya itu meninggal dunia semasa sedang menunaikan solat dan masih mengenakan kopiah semasa ditemui.
“Ayah saya meninggal ketika sedang solat dan kopiah masih di kepala. Mudah sangat Allah jemput dia.
“Tak ada sakit pun,” kongsi di Instastory.
Menerusi hantaran di Instagram pula, Shahida turut memohon maaf jika ada salah silap arwah bapanya.
“Assalamulaikum saya baru sahaja kehilangan ayah yg tercinta..buat yg mengenali bapa saya Mohd Rashid B Abbas.Saya ingin memaklumkan Arwah bapa saya telah kembali ke Rahmatullah.Saya Mohon Maaf jika ada salah silap arwah bapa saya.
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya-lah kami kembali). Semoga setiap amalannya diterima oleh Allah. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah,” luah Shahida.
Manakala menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukuri menangis kesedihan sambil bersiap untuk pulang ke Kedah.
“Perginya ayah mertua kesayangan saya.
“Pagi ini saya dan isteri saya dikejutkan 04:00 pagi berita pemergian bapa mertua kesayangan saya disungai layar Kedah.
“Kami sekeluarga akan kekedah.. doakan arwah ayah mertua sy mohd rashid bin abas di tempatkan di kalangan orang yang beriman …dan insya-Allah beliau akan dikebumikan di tanah Perkuburan Layar sungai petani Kedah pada hari ini.. (kepada anda yang mengenali beliau saya mohon untuk kita bersama-sama sembahyang jenazah pada hari ini berhampiran masjid di Sg Layar,” kongsi Aliff.
BACA DISINI : Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Kepada Keluarga, Lebih Matang Hargai Isteri
Sumber & Sumber Foto : Datin Shahida Dherbs
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tip rumahtangga bahagia dan harmoni kata Bella suami isteri kenalah saling tolong menolong buat apa kerjapun kenalah bersama-sama.