
Isi Kandungan
ToggleSepatutnya di hari bahagia, majlis diraikan dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Namun berbeza dengan pasangan pengantin dari Surabaya Indonesia ini.
Ayah pengantin perempuan meninggal kerana Covid-19, jadi pengantin ambil keputusan untuk nikah di tepi van jenazah sebelum upacara pengebumian diteruskan.
Suasana pilu mengiringi prosedur pernikahan ini. Kejadian di daerah Takeran di Jawa Timur ini menjadi tular selepas dikongsi seorang rakan pasangan itu.
Pengantin Ambil Keputusan Nikah Tepi Van Jenazah
Pasangan pengantin itu membuat keputusan untuk bernikah sebelum jenazah si bapa dikebumikan.
Menerusi video itu, abang kepada pengantin perempuan menikahkan adiknya sambil disaksikan saudara terdekat.
Jenazah bapanya kemudian dikebumikan sebaik selepas pernikahan, dengan mengikuti protokol pengebumian pesakit Covid-19.
Pemilik Facebook yang dikenali sebagai Abdul Azis berkata, pasangan itu membenarkan pernikahan mereka dirakam dan dikongsi di media sosial.
Sebelum pernikahan, solat jenazah bapanya itu diadakan di surau milik keluarga itu.
Baca Juga Di sini:
Mawar Karim Yakinkan Diri Perlu Kuat Semangat & Terus Sihat Menentang Covid-19
Emma Maembong & Suami Positif Covid-19 Tiada Sebarang Simptom, Syukur Baby Negatif
COVID-19: Kerajaan Thailand Jadikan Resort Golf Pusat KUARANTIN Pelancong Asing
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Ayah Meninggal Kerana Covid-19
“Pernikahan dijalankan minggu lalu selepas bapa pengantin perempuan meninggal dunia kerana Covid-19,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.
Saudara terdekat yang turut hadir juga kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika pernikahan itu.
Video berdurasi 29 saat berkenan ternyata mengundang sebak warganet yang turut mendoakan pasangan itu dan orang tua mereka.
MW: Tentu sedih pengantin perempuan apabila ayahnya pergi di hari pernikahan. Semoga keluaraga ini tabah berdepan ujian yang berat ini. Ternyata virus ini tidak mengenal usia, semoga mak ayah serta keluarga dilindungi Allah sentiasa. Amin.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berharta, Kesunyian & Berdepan Masalah Keluarga Mudah Terjerat Cinta ‘Love Scam’!

Isi Kandungan
TogglePesanan buat para wanita, jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat cinta dan janji manis apatah lagi jika menjalin hubungan di alam maya. Ini kerana banyak kes yang berlaku wanita terjerat dengan cinta palsu, menjadi mangsa penipuan ‘love scam’ sehingga mengakibatkan kerugian berpuluh malah beratus ribu ringgit.
Wanita kesunyian, berdepan masalah keluarga atau kematian suami yang meninggalkan harta menjadi sasaran mudah sindiket untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan identiti palsu.
Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC), Datuk S Sasikala Devi, berkata pihak berkuasa menerima sekurang-kurangnya dua kes setiap hari membabitkan wanita berusia 30-an ke atas menjadi mangsa penipuan itu.
Katanya, ramai wanita yang sudah bersuami juga mudah terpikat dengan pujukan romantik mereka sehingga sanggup melakukan apa saja diarahkan termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan sindiket selepas terperangkap terbabit.
Jadi Keldai Akaun
Malah, ada juga wanita dijadikan sebagai ‘keldai akaun’ kepada sindiket terbabit yang sebilangannya dikenali melalui media sosial terperangkap dengan ‘ayat cinta’ bagi mengumpan mangsa sehingga akhirnya terpaksa kerugian beratus ribu ringgit.
“Akaun berkenaan pula dipercayai milik keldai akaun terdiri daripada individu tempatan yang dijual atau disewa kepada sindiket serendah RM200 sebulan disebabkan kesempitan hidup.
Kes terbaru membabitkan seorang wanita dari Hong Kong, berusia 60 tahun mengalami kerugian sebanyak RM95 juta selepas memasukkan wang ke dalam satu akaun milik orang tempatan di negara ini yang dipercayai akaun keldai.
“Dalang sebenar tidak akan menggunakan akaun mereka sendiri untuk mengelak ditangkap, manakala keldai akaun pula tidak memegang kad bank berkenaan kerana sudah diberikan kepada sindiket.
“Apabila dalang ditahan, mangsa gagal mengenal pasti penjenayah semasa sesi pengecaman kerana gambar yang dilihat dalam internet sebelum ini berbeza daripada yang ada di depan mata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab bertajuk ‘Krisis Digital Bagi Generasi Baharu, Menumpukan Wanita Sebagai Ibu’ sempena Forum Keseimbangan Kehidupan Kerja 2018 Antarabangsa (IWLBF 2018), di sini, baru-baru ini.
Dua ahli panel lain turut membincangkan tajuk berkenaan adalah Ketua Pegawai Operasi Talent Department, Prasana Sailanathan dan Pejuang Hak Asasi Kanak-Kanak, Nurul Eeman Mansor.Yang turut hadir, Pengasas ADLA Group, Datuk Hasnorliza Hassan.
Alam Maya Perangkap ‘Cinta’
Sasikala Devi percaya tumpuan sindiket adalah dalam kalangan wanita pelbagai lapisan usia yang menjadikan alam maya sebagai perangkap ‘cinta’.
“Penjenayah siber lazimnya akan menyamar menggunakan gambar berwajah ‘Mat Salleh’ yang kacak, tetapi sebenarnya ‘Pak Hitam’ yang menggunakan kata-kata romantik untuk memerangkap wanita sebagai sasaran,” katanya.
Justeru, bagi mengekang isu ini, anak juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat apa yang dilakukan ibu mereka sekiranya sering dilihat banyak menghabiskan masa melayari internet.
“Kalau ibu anda selalu bersendirian di dalam bilik dengan telefon atau komputer, pastikan dengan siapa dia bersosial kerana kita bimbang mereka mudah terpedaya dengan sindiket penipuan di dalam internet,” katanya.
Selalunya, ibu atau bapa yang kerap memantau anak kerana risau apabila anak obses melayari internet, sebaliknya peranan sama perlu dimainkan mereka untuk kebaikan bersama.
“Bukan saja ibu bapa yang perlu risau dengan jenayah siber membabitkan anak, tetapi anak juga perlu mengambil tahu aktiviti dilakukan orang tua mereka di internet,” katanya.
Tidak Mudah Terperangkap Janji Manis
Beliau menasihatkan wanita supaya tidak mudah terperangkap dengan janji manis atau terpedaya dengan helah sindiket yang memang licik menggunakan pelbagai kelemahan individu.Wanita juga seharusnya menyiasat latar belakang lelaki bagi mengelak sebarang penipuan sehingga merugikan diri sendiri dan wang ringgit.

Sementara itu, Nurul Eeman Mansor, berkata krisis digital lebih cenderung membabitkan remaja di bandar berbanding di luar bandar.
“Teknologi digital tidak dinafikan banyak membantu memudahkan kehidupan seharian, tetapi masyarakat tidak boleh membiarkan robot mengambil alih peranan manusia.
“Kanak-kanak dan remaja mudah dijadikan mangsa buli siber sehingga mengakibatkan mereka murung, tetapi masalah berterusan kerana tiada tindakan tegas daripada ibu bapa untuk mengawal penggunaan teknologi ini,” katanya.
Info: Kes Love Scam
• Januari hingga Ogos 2018 – 1,301 kes
* Kerugian RM83.6 juta di seluruh negara .
• Sepanjang 2017 – 1,652 kes
* Kerugian RM61.9 juta di seluruh negara.
MW: Semoga para wanita mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkongsian ini. Jangan mudah terjebak ‘cinta’ di alam maya. Siasat dulu latar belakang serta tidak mudah percaya dengan kata-kata manis, apatah lagi apabila melibatkan wang ringgit!
Sumber: Bharian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Bayar Zakat Fitrah Online, Jangan Tunggu Terbenam Matahari 1 Syawal Baru Nak Buat

Isi Kandungan
ToggleSebab bila dah terbenam matahari 1 Syawal itu dah masuk hukum berdosa. Dengan panduan mudah bayar zakat fitrah secara online ini, jangan kata tak ada masa ya mak ayah.
“Lepas ni tak ada lagi dah alasan terlepas bayar zakat fitrah sebab kesibukan kerja kita. Bukan apa, kalau kita asyik tangguh dan melengahkan untuk bayar zakat fitrah sampai terbenam matahari 1 Syawal, hukumnya tu kan dosa!”

Hadamkan perkongsian, Nur Aliah Mohd Nor yang dikongsikan secara bergambar. Mudahlah mak ayah nak hadam cara-caranya.
Ada 3 langkah yang perlu mak ayah ikut.
Mula-mula click di sini : https://www.zakat2u.com.my
1 : Untuk pertama kali kena daftar dulu.
2 : Aktifkan akaun daftar kita di email.
3 : Terus boleh bayar zakat fitrah.
Langkah demi langkah yang dikongsikan ini juga terpakai untuk membayar zakat-zakat lain secara online seperti zakat pendapatan, zakat emas, fidyah dan yang disenaraikan pada aplikasi.
Panduan Bayar Zakat Secara Online
“Sekarang ni semuanya di hujung jari. Mudah kan. Dah, jom buat sekarang! Boleh rujuk gambar step by step di bawah.”




Nota : no telefon pastikan letak 6 di hadapan. Contoh 601326xxxxx










Semoga pahala ibadah yang kita lakukan pada bulan mulia ini akan lebih baik dan berganda di sisi Allah swt. InshaAllah.
Kadar Zakat Fitrah 2019 Seluruh Negeri Di Malaysia

Nota :
- Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Contohnya,
Negeri Perak
Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah : RM21.00
Negeri Melaka
Beras Super Special Tempatan 5% : RM7
Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00
Negeri Johor
Beras Super Tempatan : RM7.00
Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi ) dan seumpamanya : RM10.00
*Kadar zakat fitrah adalah sumber dari Majlis Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)
Minta tolong sampaikan berita dan info ni pada keluarga kita ye sebab mungkin masih ramai yang belum tahu.
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor, Lia juga suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes; https://t.me/nuraliahmohdnor , PPZ – MAIWP , permohonan.my
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedekah & Kebajikan Ibu…”, Chef Wan Sediakan Jururawat Khas Jaga Maknya, Dibayar RM5800 Sebulan

Jururawat khas. Biarlah orag nak cakap apa pun, kalau kita sebagai anak berkemampuan, sudah tentu akan berikan yang terbaik untuk orang tua. Hanya mak ayah yang kita ada dunia akhirat dan tiada galang gantinya.
Bukan tidak mampu untuk menjaga tapi kekangan masa yang ada. Jadi, bila ada kemampuan, bolehlah cari jururawat khas yang tahu tentang masalah kesihatan mak kita.
Inilah yang Chef Wan lakukan. Tak kisah apa yang orang kata nak menunjuk atau sebagainya. Ibu adalah segalanya dan demi kebajikan serta sedekah untuk ibunya dia sanggup mengupah jururawat khas dengan bayaran yang boleh dikatakan agak mahal juga.
Baca Artikel Menarik Di Sini: Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari” Chef Wan
Sekian Lama Jaga Emak, Chef Wan Hiba Mak Ani Disahkan Kanser
Jururawat Khas Jaga Cik Ani
Umum ketahui bahawa ibu cef selebriti Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun tinggal Bersama-sama beliau. Namun, tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan.
Di samping Chef Wan sendiri yang menjaga ibunya, beliau turut mengambil jururawat khas untuk menjaga ibunya dengan bayaran RM180/hari. Antara ungkapan Chef Wan dalam intagramnya.
Mom and her new elderly dimentia / cancer nursing girl.
She lived just next to us in Putrajaya.
Orang dari Sabah with 4 years previously working in a nursing home and caring for the terminally ill patients too.
Their agent charged rm180 per day from 9am to 6pm daily.
Sebulan about rm5800 to more with OT.
Biar la mereka berjinak2 dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit.
When the time come she can handle her well.
Buat masa ini, hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang, saya dan pembantu rumah akan jaga.
Saya agak selesa bila ada jururawat khas ini untuk mandikan dia, menukar lampin, bagi sarapan, ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang.
Banyak beza nya bagi maid dan prof nurse yg tahu handle dimentia and cancer patient pun.
Tak pe la duit boleh cari ibu ada la segala galanya.
U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.
Sedekah Untuk Kesejahteraan Ibu
Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi.
Sedekah kan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri.
Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti.
Some children ada kemampuan pun mereka akan kedekut dan bergaduh sesama adik beradik nak menjaga parent mereka yang tua. Duit itu baik la guna untuk kemewahan hidup mereka masing-masing.
Mereka macamak puas dan gelojoh mengumpul segala harta dunia ini tanpa memilkir kebajikan ibu dan bapa mereka. Baca ini pun mereka benci.
Saya di kutuk dan di kata macam-macam konon nak tunjuk kan diri saya ini baik.
Wall have ears….ada yang sampai balik ke telinga saya.
Saya senyum dan maaf kan sahaja mereka ini kerana belum nampak kebenaran ini semua.

Jadi Inspirasi
Tapi bila saya baca di sini ada yang kata perbuatan saya jadi satu inspirasi kepada mereka masing-masing untuk ikut my journey i smile dan rasa bersyukur sangat.
Tak banyak di dalam satu juta ada satu orang pun boleh ikut macam saya i am very happy. U can never go wrong by being kind and generous to your own parent.
Insya Allah, Allah will blessed your life and after life.
Manusia yang terasa pedas ini yangg pasti akan mencebek mulut, mengumpat dan mengata. That normal in this life. Never ambil hati ignorance is bliss!
Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah orang nak cakap apa, tapi hanya kita saja yang tahu dan mahu berikan yang terbaik untuk ibu kita. Moga Chef Wan dipermudahkan dan Cik Ani cepat sembut. Amiin.
Sumber: Chef Wan (Instagram)
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI