Ayah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah

Share

Terasa sebak di hati menatap gambar yang dikongsikan guru ini, Zuraini Khair. Sekeping gambar tentang bekas anak muridnya yang mengimamkan solat jenazah ayah nya.

Anak lelaki ini baru berusia 16 tahun. Betapa kuat dan cekalnya hati anak berdepan ujian kehilangan ayah tercinta. Ketika dirinya sedang bergelut dengan peperiksaan di sekolah.

Tentulah pelbagai emosi sedang bergelut dalam hati anak remaja ini. Namun, dia berjaya melaksanakan bakti terakhir untuk seorang ayah yang bakal menempuh perjalanan akhir bertemu sang pencipta.

Baca : Kepenatan Bekerja Ulang Alik Kemaman-Pasir Gudang, Anak Sedih Ayah Meninggal Dalam Gaung

Anak Hebat, Umur 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah

Hebat

anak ini.
Usianya 16.
Bapanya dijemput Ilahi ketika sedang bergelut dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Pagi itu, dia berikan khidmat terbaik

Khidmat unggul sebagai anak bongsu dalam keluarga.
Mengimami solat jenazah buat bapa tercinta.
Bukan biasa-biasa bagi pelajar seusia di sekolah biasa.
Dia lahir daripada ibu bapa hebat yang luar biasa.
Semoga anak soleh ini terus cemerlang dunia akhirat.

#AllahujiAllahsayang
#mantananakmurid
#smktsmrmasihdijiwa

Kongsi guru ini lagi, anak lelaki seusia 16 tahun ini merupakan bekas anak muridnya. Dari sekolah lama tempatnya mengajar di SMK Tan Sri Mohamad Rahmat.

Saya telah berpindah ke sekolah lain setelah 18 tahun di sana

.”

Baca : Tiga Beradik Tinggal Di RUmah Tanpa Pengawasan, Ibu Meninggal Ayah Pula Bertarung Nyawa Di Hospital

Maklum guru ini lagi, dia dan ibu anak itu berkawan baik. Gambar yang diterimanya itu adalah kiriman daripada rakannya itu yang berkongsi kesedihan dalam masa sama rasa syukur di atas bakti terakhir seorang anak.

Ibunya yang berikan kepada saya gambar tersebut.” Jelasnya.

Semoga sekeping gambar dan kebaikan yang anak ini tunjukkan dapat menjadi ibrah kepada orang yang lain.

Mingguan Wanita : Sejuk perut ibu yang melahirkan. Semoga anak ini diberikan ketabahan hati dan kekuatan jiwa menempuh ujian tuhan yang hebat ini. Dan semoga digantikan kesedihannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Sumber/Foto : Zuraini Khair

Published by
Netty Ah Hiyer