Bila berumahtangga dan mempunyai anak, suami janganlah meletakkan segala tanggungjawab urus anak pada isteri. Kenalah ringan tangan bantu isteri dalam uruskan anak. Sama-sama membantu siapkan anak.
Ringan tangan untuk bantu siapkan anak, buatkan susu, pakaikan pampers, tidurkan anak dan sebagainya. Sebenarnya, inilah cara untuk suami/ayah beli jiwa anak-anak dan dekat dengannya.
Sebab itu, selalu kita dengar, mak dan ayah ada cara tersendiri dalam melahirkan rasa sayang pada anak-anak. Kalau mak marah anak sekali pun, anak tetap datang. Anak nak permainan, mak tak sampai hati terus belikan. Tapi kalau ayah, dia buat tak tahu tapi akhirnya dia pasti akan bawa balik apa yang anak inginkan.
Rasanya, rata-rata bila tanya anak siapa paling garang, tentu jawapannya adalah ayah. Sebab, garang-garang mak, anak masih mengada-ngada. Tapi bila anak buat salah, sebut nama ayah pun mereka terus ‘behave’.
Saya pernah bertanya dengan mak, ayah dengan kami masa kecil macam mana?
Mak bagitahu,
“Ayah, dia paling ringan tangan mandikan korang semua. Tukarkan pampers. Buatkan susu.
Itulah kesukaan ayah. Umi tak pernah minta tolong, ayah akan terus buat. 11 orang anak, ayah buat semua”
Ads
Iya. Rupanya inilah ikatan hati antara ayah dan anak akan terhubung.
Saya akui, saya dulu cukup malas nak buat benda ni. Letih!
Tapi, bila paksa diri buat setiap hari, akan ada satu perasaan yang lain dalam jiwa seorang lelaki dan ayah macam saya.
1. Anak-anak akan sangat rapat. Garanglah macamana, anak-anak tetap akan datang pada ayah mereka.
2. Bila anak buat perangai, buat hal, rasa marah akan cepat reda. Tak sampai nak tangankan. Apalagi, nak pukul atau cubit.
3. Anak-anak mudah mendengar kata. Degil dan keras kepala macam mana pun, di kata dan di pujuk anak akan ikut pelan-pelan.
Saya suami dan bapa realiti.
Ads
Benar tak mudah buat perkara ini. Namun, usahalah setiap hari.
Ia menumbuh satu rasa yang akan Allah beri pada lelaki seperti kita ini.
Mingguan Wanita : Itulah beza mak dengan ayah tunjuk kasih sayang pada anak-anak. Hargailah mereka selagi masih ada.
Orang cakap segala kerja rumah tu adalah tanggungjawab isteri. Jadi, persoalannya, suami buat apa pula kat rumah. Hanya goyang kaki sahaja. Tengok televisyen dan tiba masa makan, mulalah buka tudung saji.
Pernah fikir tak? Isteri bekerja yang sama-sama untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga. Kalau ikutkan, suami sahaja yang bekerja. Jadi, di manakal letaknya peranan suami sebagai ayah dan ketua keluarga?
Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat mengupas tentang perkara ini.
Bukan Tugas Isteri Sahaja
Suami tidak boleh berkata ‘ini tugas isteri saya’ dan bukan tugas saya. Seorang suami boleh menggunakan fungsinya untuk membantu isteri tanpa disuruh. Tugasan suami di rumah seperti membantu kerja isteri di rumah, tidak sesekali pun menjatuhkan martabat seorang suami.
Tidak dinafikan seorang suami mempunyai egonya yang tersendiri dan ia sangat berbeza. Ada suami meletakkan batasan dan membahagikan tugasan rumah. Ada sesetengah suami takut jika ada orang lain menganggap dia berada di bawah kawalan isteri dan malu untuk membantu isteri kerana itu bukan tugas suami. Anggapan suami, kerja-kerja rumah adalah kerja isteri. Suami hanya mencari nafkah untuk keluarga sahaja.
Ringankan Tugas Isteri
Seorang suami perlu mengambil langkah yang pro aktif dan tanpa disuruh untuk membantu isteri. Melihat isteri terkial-kial membuat kerja rumah, suami hendaklah segera membantu untuk meringankan kerja isteri.
Seorang isteri apabila tidak tercapai tugasan seharian akan rasa tertekan sehingga boleh menimbulkan leteran atau bebelan. Pertolongan yang diharapkan adalah dengan meringankan kerja isteri yang tidak terbuat. Setiap isteri memang inginkan bantuan suami untuk meringankan kerja isteri di rumah.
Seorang isteri akan lebih menghormati dan menyayangi, jika suami membantu dengan kerja rumah, walaupun dia tahu dan mampu lakukan sendiri. Ada suami yang tidak peduli walaupun dia tahu isterinya banyak tugasan yang harus dilakukan.
Suami yang tidak mahu membantu bukan akan hilang hormat dan kasih sayang dari seorang isteri. Isteri akan merasakan dirinya diperlakukan sebagai orang gaji untuk kesenangan suami dan keluarga.
Tip Untuk Suami
Perlu memberi kerjasama dan saling membantu dalam membuat kerja rumah. Kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja yang dilakukan bersama untuk meringankan tugas isteri. Ini termasuklah mengemop lantai dan menyapu.
Berilah kata-kata membina dan memberangsangkan kepada isteri. Jika ada teguran, pastikan ia bukan teguran yang menyakitkan hati isteri.
Tip Untuk Isteri
Hendaklah bersabar, jika suami tidak membantu atau enggan membantu.
Jangan memaksa suami membuat sesuatu dengan cara mengeluarkan suruhan atau paksaan kerana tidak ada suami yang suka disuruh atau menerima arahan secara paksa.
Jangan sesekali mengungkit, membebel atau menyalahkan suami di hadapan orang lain. Suami akan kurang selesa dan marah dengan tindakan dan kata-kata tersebut.
Berilah ucapan ‘terima kasih’ sebagai tanda penghargaan untuk suami kerana membantu meringankan kerja isteri.
Nasihat Untuk Suami Isteri
Komunikasi, bertolak ansur dan persefahaman dalam membantu kerja rumah adalah perkara yang amat penting untuk hidup harmoni dan bekerjsama.
Suami yang membantu isteri dengan rela hati akan menambahkan kasih sayang antara mereka.
Sekiranya suami menyayangi isteri, cubalah membantu dan meringankan kerja rumah tanpa di suruh.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak sangka ada kes tersedak air liur, sebab biasanya kita dengar kes anak tersedak susu. Inilah detik cemas yang dikongsi oleh Puan Alia Azlia, apabila anaknya lembik dan jantung anak perlahan sekelip mata!
Mak ayah patut ambil tahu dan hafal langkah untuk keselamatan anak-anak…
Allahuakbar…
Jam 3.00ptg
Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud tak panik. Mujur sangat-sangat. Aku cek keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa. Apa yang menyebabkan berlaku macam tu? Aku pun tak tahu. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi bayi yang tersedak. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan penafasan terbuka. Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan kat dada untuk jika anak tercekik apa-apa. Suami cek pulak denyutan jantung anak, SLOW!
Bila suami bagitau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku ilang tah ke mana. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je.. Tak aktif mahupun menangis. Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.
Jam 3.30ptg
Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Tapi alhamdulillah.. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya. Tapi apa yang doc bagitau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu atau air masak sahaj. Doc kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan tadi, tak tahu la apa akan jadi dengan afifah. Allah… Doc mintak kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yang menyelamatkan anak kami.
Jam 4.00ptg
Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain… syukur ya allahh. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.
Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yg bawah 6 bulan berlaku tersedak tp terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sbb supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana arini baru saya tahu.
Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak iaitu:
1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan Anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.
2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.
3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.
4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda.
5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.
6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.
7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat.
Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Muda-muda lagi dah beli rumah, bukan sebuah tapi banyak. Atau mungkin kita dengar, sebelum kahwin kena sediakan semua keperluan untuk isteri. Bestnya dengar kan.
Semua yang ada ini, atas usaha dan perancangan masa depan yang baik. Mencari rezeki tanpa penat lelah. Inilah hasilnya. Namun, lain pula jadinya, bila kita tengok pekerjaan masih terumbang ambing tapi nak berkahwin dan membeli macam-macamlah. Mana duit yang dia dapat. Beruntung bila kita dari golongan yang berada, bolehlah dapat bantuan daripada mak ayah.
Sebenarnya dalam apa jua keadaan, kita kena atur perjalanan kita dengan sebaik mungkin, seperti pendapat dan perkongsian daripada Hazwan Hj Yusof ini.
Masa mula2 posting dulu, ada 1 makhluk yang har-hari wasap..
“Wan hang kena beli rumah dulu, jangan beli kereta ka apa lagi”
Sedangkan masa tu baru 4 bulan posting. Masa tu abam dok fikir nak buat loan utk settle hutang masa dulu dan beli kereta sebab anak sulung nak lahir bulan 12 tahun tu.. Mudah utk uruskan anak isteri. Takkan nak godam ex5 bawak anak kecik.
Tapi
Makhluk nie hari2 up status kat fb. Beli rumah utk anak sulung.. Anak no 2.. Konon2 dia mahir dlm atur kewangan dan cuba nak atur hidup org.
Mula2 termakan juga kata2 dia padahal diri sendiri sedar mmg x mampu nak beli masa tu.
Makhluk tu asyik ulang “susah dulu xpa”
Suatu hari saja risik tanya dia
“Macam mana hg settle hutang kawen, dah beli kereta dan siap rumah 2 buah dalam umur cmni?”
TERBONGKARLAH ROHSIA
Pertama: “Alhamdulilah masa kawen dulu AYAH aku sponsor”
Kedua: “Kereta aku tu AYAH aku beli masa study dulu”
Ketiga: “Rumah pertama kami tu rumah yang AYAH aku bagi hadiah masa kami kawen”
Keempat: “Rumah kedua tu baru guna loan kami”
NAMPAK? SEE? LOOK? TENGOK?
From that point aku sedar yang hidup kita nie umpama pendakian sebuah gunung.
Org mcm kita ini baru mula nak siapkan kelengkapan untuk mendaki TETAPI ada org yang AYAH dia beli helikopter untuk terus bawa ke puncak tanpa perlu mendaki.
Yang dah sampai puncak tu jangan mendabik dada dan menghina yang berada di bawah kerana semuanya Allah punya. Teruskan bersyukur.
Permulaan kita berbeza dan rintangan perjalanan kita juga berbeza.. Kamu dgn jalan kamu dan kami dgn jalan kami.
SO… SO… SO…
Bagaimana nak atur kewangan kita hanya kita yang tahu perjalanannya. Kita boleh dapatkan nasihat orang tapi keputusan di tangan kita bukan mereka.
Doa, Usaha, Tawakal
MW: Kadang-kadang kesenangan dan kemewahan yang kita ada bukanlah dari hasil titik peluh sendiri. Mungkin juga semua itu daripada ibu bapa kita. Jadi, untuk dapatkan semua itu, kenalah usaha dan cubalah atur kewangan kita dahulu.
Kalau mak-mak nak beli kelengkapan keperluan rumah bolehlah klik sini
Artikel ini telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis.
Sumber: Hazwan Hj Yusof
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!