Kemalangan maut 4 beranak yang berlaku sebelum ini cukup meninggalkan kesan sesiapa yang meilhat video tentang seorang ayah yang merangkul sebujur badan kaku anaknya sambil meraung meminta maaf.
Terfikir apa yang membuatkan si ayah tidak henti-henti meminta maaf pada anaknya. Ralat atau ada yang membuatkan si ayah tidak sempat menunaikan apa-apa yang diminta oleh anak sulungnya itu.
Sebelum ini, berita tentang kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta kenderaan jenis MPV yang dinaiki oleh 6 beranak dalam perjalanan menuju ke Langkawi untuk meraikan ulangtahun kelahiran si datuk. Paling menyedihkan, arwah turut meninggal pada hari tarikh yang sama harijadinya.
.
Dalam kejadian itu, Ibrahim, 71, dan isteri Latipah Dorahim, 66, Syazana Tahrin (menantu) dan cucu lelaki, Yusuff Daniel Muhammad Izwan, 5, maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam Machap.
.
.
Suami Syazana, Muhamad Izwan Ibrahim, 30, tidak mengalami kecederaan, manakala seorang lagi anaknya Aniq Fahim, 3, telah mendapat rawatan di Hospital Melaka.
Dalam pada itu, perkongsian di Facebook Ebit Lew, ayahnya Muhammad Izwan Ibrahim menceritakan tentang kata-kata Yusuf yang akhirnya menjadi kenyataan.
“Ayah minta maaf nak. Ayah minta maaf dik”
Sedih bila terlihat video tu. Suara tangisan ayah masa memeluk ahli keluarganya.
Kemalangan bawa estima menyebabkan 4 orang ahli keluarganya meninggal dunia.
.
Isterinya, anak umur 4 tahun, serta kedua mak ayahnya masa nak ke KLIA dari Melaka untuk sambut birthday. Yang selamat suami dan anak kecilnya. Semoga Allah beri ketabahan buat keluarga ini.
Kata Izwan, setahun ni anaknya, Yusuf, 4 tahun, yang meninggal selalu cakap pada ayahnya.
“Ayah, Yusuf dah nak meninggal dunia. Rumah cantik sangat. Besar dari rumah kita. Ayah jaga diri ya. Yusuf bawa mak sekali ke sana…”
Ayahnya jadi risau dan selalu luang masa bersama anaknya. Walau sibuk berniaga kedai makan di Melaka. Sekarang adiknya ni asyik cari mak dan abangnya. Allahuakbar.
.
Berilah semua ahli keluarganya bersama dalam syurga. Ampunilah dan tinggikan darjat mereka.
Buat ahli keluarga yang ditinggalkan berilah ketabahan dan kekuatan buat mereka.
.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga ini terus tabah dan diberi kekuatan.
“Saya Malu Untuk Meminta, Namun Tiada Pilihan 3 Bulan Tak Boleh Bekerja,” Enot. Pelakon dan pelawak, Enot, 44, mengakui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa merayu memohon bantuan daripada rakan-rakan artis secara peribadi apabila kehilangan sumber pendapatan selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam tandas, Isnin lalu.
Kejadian itu menyebabkan tempurung lututnya pecah dan patah sekali gus menyebabkan Enot tidak dapat bekerja selama beberapa bulan termasuk terpaksa membatalkan tawaran kerja.
Malu Untuk Meminta
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah tidak menyangka perkongsian itu dimuat naik di media sosial oleh rakan artis.
“Saya sebenarnya malu untuk meminta kerana bimbang dikatakan cuba mengambil kesempatan dan dipandang serong masyarakat.
“Namun, saya tiada pilihan kerana tidak boleh bekerja untuk tempoh tiga bulan. Saya terpaksa membatalkan tawaran lakonan dengan keadaan begini. Saya harap tidak ada pihak yang salah anggap dan menuduh saya meminta-minta,” katanya.
Enot yang menjual sambal dan biskut bagi mencari pendapatan tambahan baru 20 hari berpindah ke Melaka untuk mencari peluang memulakan perniagaan di tempat baharu.
Sharifah Shahira Mohon Sumbangan Untuk Enot
Terdahulu, penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahira memohon orang ramai memberikan sumbangan kepada Enot yang mengalami kecederaan itu.
Menerusi perkongsian yang sama, Shahira turut memaklumkan Enot bakal menjalani pembedahan tulang belakangnya yang terkena saraf.
Enot berkata, tulang belakangnya juga bermasalah kerana terkena saraf dan berkemungkinan perlu dibedah.
“Buat masa ini, doktor mahu saya pantau dulu. Jika dalam tempoh lima hari lagi saya masih rasa kebas-kebas, barulah doktor periksa dan tentukan sama ada perlu dibedah atau tidak,” katanya.
Enot berkata, sudah lima hingga enam kali dia terjatuh dalam bilik air sebelum ini tetapi tidak cedera teruk, melainkan insiden terbaharu ini.
Alhamdulillah, seribu kesyukuran dilafazkan apabila mendapat khabar berita bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di London semalam.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Pembedahan Berjalan Lancar
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.
Ainul Stabil
Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.
“(Ketika pembedahan) tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.
“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.
“Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan,” katanya.
‘Kelahiran Semula’ Ainul
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika ditemui selepas operasi pembedahan anaknya, berulang kali mengucap syukur kerana diberikan peluang untuk ‘sekali lagi’ menjadi bapa kepada bayinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.
“Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul,” katanya yang ditemani isteri, Nurul Erwani Zaidi.
MW: Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia dimakbulkan. Semoga Ainul segera pulih dan diberikan kesihatan yang baik.
Siapa sangka masalah lambakan tikus di kota besar, mampu mewujudkan peluang pekerjaan bergaji lumayan. Kota metropolitan New York, Amerika Syarikat (AS) mengiklankan ‘jawatan kosong’ pembunuh tikus yang menjadi masalah utama bandar raya berkenaan.
Pejabat Datuk Bandar, Eric Adam turut menetapkan kriteria yang akan mengetuai operasi memerangi haiwan perosak tersebut yang akan memegang jawatan sebagai ‘Pengarah Mitigasi Tikus’ atau ‘czar tikus’ dengan gaji tahunan mencecah antara AS$120,000 (RM526,500) dan AS$170,000 (RM746,000).
“Calon yang ideal adalah mereka yang bermotivasi tinggi dan ‘dahagakan darah’ serta berusaha mencari jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk meningkatkan kecekapan operasi, pengumpulan data, inovasi teknologi dan pengurusan sampah,” menurut iklan tersebut.
Bergelut Kawal Populasi Tikus
New York dikatakan bergelut untuk mengawal populasi tikus selama beberapa generasi selepas haiwan perosak itu semakin ‘bermaharajalela’ dan membanjiri taman serta laluan utama di bandar raya berkenaan.
Sehingga Oktober lalu, jabatan sanitasi kota metropolitan itu telah melaporkan lebih 21,600 aduan tentang tikus yang merupakan peningkatan drastik berbanding sebelum pandemik COVID-19 bermula.
Masalah haiwan perosak itu menyebabkan New York berada di tangga kedua mempunyai populasi tikus paling tinggi di belakang Chicago yang berada di kedudukan teratas untuk tempoh lapan tahun berturut-turut.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...