
Isi Kandungan
ToggleDurjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Sumber/Foto:bharian & Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Berang Komen Hinaan Dikatakan “Barang 2nd Hand”, “Banyak Jantan Sakit Mental…”

Isi Kandungan
TogglePuteri Sarah berang komen hinaan dikatakan “barang 2nd hand, “banyak jantan sakit mental…”. Baru saja kita meraikan Syawal hari kemenangan dan bermaaf-maafan, sudah ada peminat yang tidak sensitif dan menulis komen hinaan di media sosial.
Terkini di platform X, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bertindak berkongsi satu hinaan pengikutnya @afiqazni yang menulis kata-kata hinaan “geng secondhand ke ni” selepas dirinya memuat naik video lagu Alamak Raya baru ini.
Puteri Sarah Berang Komen Hinaan Dikatakan “Barang 2nd Hand”
Tidak berdiam diri dengan komen hinaan tersebut, Puteri Liyana pantas membalasnya “Ya, @smafiq pondan macam dia ni lah masa memondan kat IG orang lain.
Ni lah nama IG dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan @BellaAstillah . Kat sini pengecut pulak. Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. tapi yang ni do not know how to stop. @afiqazni kenapa block aku ? pic.twitter.com/2hPLEzWfvo
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 14, 2024
“Banyak Jantan Sakit Mental…”
Tidak terhenti setakat itu saja, pelakon berbakat ini turut menempelak kaum lelaki yang di sifatkannnya sebagai sakit mental kerana hanya berani menulis sesuatu yang menyakitkan hati di media sosial tetapi tidak berani bila berhadapan.
“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” tulisnya.
Benar bagai dikata Puteri Liyana, sebaik dirinya menulis komen tersebut, individu yang juga pemilik akaun @smafiq yang menghinanya dan Bella di IG itu sudah menyekatnya di media sosial.
— Puteri Sarah Liyana (@sarahmegat) April 14, 2024
Katanya, dia menyifatkan pemilik akaun berkenaan sebagai pengecut kerana hanya berani meninggalkan komen penghinaan itu di media sosial.
“Ehh? Pengecut rupanya ‘block’ (sekat) kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.
“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba ‘profile’ semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” tulisnya.
Sebaik memuat naik perkongsian ini, ramai peminat menyuruhnya membuat laporan ke SKMM termasuk ada yang menyebarkan wajah lelaki tersebut. Apa pun, jangan jadi toksid di media sosial orang lain kerana ianya milik peribadi. Tak suka boleh ignore, bukan mencurah api.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Puteri Sarah Tulis Coretan Khas Untuk Bella, “Dulu Saya Sangat Takut Untuk Melepaskan…
Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat “Bangkit, Sayangi Diri Sendiri. Tidak Biarkan Diri Dipijak”
Dua Dekad Jadi Anak Seni, LIZA HANIM Hadiahkan Konsert Untuk Para Peminat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Pegang Pipi Anak, Dalam Jaga Si Comel Jangan Sampai Curiga & Prasangka Pada Orang Lain

Isi Kandungan
TogglePernah tak bawa anak berjalan, tertiba ada orang luar pegang pipi anak tanpa dijangka? Nak larang tak sampai hati tapi akhirnya nyata rasa tak suka dengan up status di media sosial.
Mungkin ada sebabnya tetapi janganlah cepat curiga dengan apa yang berlaku, cuba fikir baik-baik dulu dan renungkan perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah ini…
Pergi mana-mana, saya perasan satu benda.
Ramai orang jadi terpana dengan pipi debab Hanoonah.
Dan orang especially perempuan, memang suka pegang pipi dia.
Dia pulak jenis bila perasan orang usha-usha dia, mulalah bajet diva.
Kemain, senyum melebar acah-acah senyum untuk peminat.
Kadang-kadang genyit mata penuh mengada.
Mana tak jerit geram kakak kakak makcik makcik yang tengok dia tu.
Siap sebut lagi,
“Pipi dia labuh..”
“Jatuh sangat ni…”
“Simpan apa dalam pipi ni??”Sambil gelak halus dan tersenyum ceria.
Saya balas dengan senyuman ikhlas saja. Memang pun, pipi dia style tu.
Saya pun geram tengok labuh gitu.
Jadi kalau ada orang pegang pipi Hanoonah tanpa menyakitkan dia, saya selalunya boleh bertolak ansur dan tak marah.
Tak apa, peganglah.
Keluar dari rumah, saya selalu baca doa.
Doa untuk perlindungan kami sekeluarga. Termasuklah perlindungan dari tangan-tangan yang pegang pipi Hanoonah ni supaya tak bawa apa-apa harm untuk dia.
Mungkin orang boleh argue,
“Eh, tangan dia entahkan picit jerawat pastu pegang pipi anak awak.. eee nanti kuman!”
“Aaisshhh dia susun barang kat belakang tadi pegang habuk-habuk semua habis kotorlah pastu pegang anak awak nanti selsema macam mana?”
“Entah bersuci keluar tandas tadi macam manalah.. Entahkan tak bersih.. Geli!”
Tapi bagi saya, sebab belum pernah dengar lagi kes bayi sakit atau mati sebab dipegang pipi, saya ok je. Fikiran saya kritikal pada hal-hal yang penting, khususnya berkaitan agama, dosa dan pahala serta adab sesama manusia. Tapi, kalau benda basic yang boleh ditangani dengan fikiran normal seorang insan, saya tolak ansurkan saja khususnya pada bab yang lebih dituntut agama.
Bukan apa, kadang-kadang yang pegang pipi anak kita tu, rupanya, anak dia sendiri baru saja meninggal bulan lepas. Dia cuma nak lepas rindu. Tak dapat nak cium anak kita, dia tumpang usap pipi sikit saja sebagai tanda kasih sayang dan kerinduan yang tak dapat diempang lagi dari hatinya.
Kadang-kadang, yang pegang pipi anak kita tu, rupanya anak dia sendiri dilahirkan cacat dan buta dan tak pernah dapat melihat si anak tersenyum dan memandang tepat matanya, macam anak kita pandang dia, senyum-senyum sambil buat muka manja. Senyuman anak kita rupanya, dah buatkan hati keibuan yang berduka itu merasa sangat tersentuh dan ceria mewarnai seluruh harinya.
Senyuman dan pandangan yang tak dapat dia lihat dari bayi cacatnya, melainkan dapat dilihat dari bayi sihat kita.
Kadang-kadang, yang sentuh lembut pipi anak kita tu, dia sendiri sudah 12 tahun menantikan cahaya mata lahir dari rahimnya sendiri. Tapi yang lahir bukankah bayi yang sempurna yang boleh diusap-usap pipinya, tetapi janin merah yang halus licin berlendir akibat keguguran di awal kandungan.
Menyentuh anak kita yang sihat sempurna debab manja itu, rupanya keinginannya sekian lama yang terpendam dalam jiwa yang teguh menanggung kecewa dan hiba. Sekali dapat menyentuh bayi, walau bukan bayi sendiri, sedikit sebanyak membuat kerinduannya pada janin keguguran itu sedikit terubat.
“Kalau tak gugur hari tu, mungkin sudah sebesar bayi debab ni..” Dan dengan spontan, dia pun pegang halus pipi anak kita, satu tindakan spontan yang dia sendiri terbuat tanpa sengaja, terdorang dek emosi rindu yang menggila. Benda psikologi ini, tindakan spontan tanpa perancangan.
Mereka yang pegang anak kita itu, mereka pegang dengan penuh kasih dan sayang walau tak perna mereka mengenali anak kita selama ini. Tapi kasih sayang dalam diri mereka mengalir tika mereka lihat anak kita. Tapi kita, tanpa kita sedar membalas dengan jelingan yang tajam…
Dan bila sampai di rumah.
Bukak facebook. Mula buat status.
Melepaskan ’emosi’ kita yang ‘diuji’ dengan sikap segelintir wanita malaysia yang suka sentuh anak orang (dengan sentuhan kasih sayang).
“Aku pantang betul orang main sentuh anak aku! Tangan tu entah pegang apa tadi sedap je nak pegang anak akU, adab mana adab??!! Kalau mintak izin pun tak gamak aku nk bagi! Zaman skrg org bkn boleh percaya! anak aku sakit nnt sbb ko pegang nnt ade ko nk tlg aku jage???”
Situasi Sebenar Bila Orang Pegang Pipi Anak…
Sedangkan wanita yang lebih teruk diuji tadi pun up status dari situasi yang sama bila pulang ke rumahnya,
“Masa nak bayar barang di speedmart tadi, jumpa baby comel sangat! Pipi debab.. Muka ada iras muka arwah bidadari syurga mama.. Mama usap pipi dia tadi, lembutnya, halusnya, sama rasanya macam mama usap pipimu sayang.. Terima kasih baby speedmart tadi, buat kerinduanku terhadap arwah puteri sulungku sedikit terubat.. Moga dikau membesar jadi anak solehah untuk ibumu. Bertuah ibu adik dapar bayi comel macam adik…”
Satu insiden yang sama.
Melahirkan 2 reaksi yang berbeza.
Semuanya, terpulang pada apa yang kita isi dalam jiwa.
Jiwa yang penuh kasih sayang, akan mudah MEMAHAMI BAHASA KASIH SAYANG.
Sedang jiwa yang tidak terpenuh denga kasih sayang,
Seringkali khilaf menafsir kasih sayang dan bahasa cinta, sehingga di saat orang lain merasa tenang dan gembira meraikan kasih sayang, dia pula merasa terancam dan bertindak ibarat dia mangsa kehidupan yang malang, dizalimi dan diperlakukan dengan kejam oleh insan lain. Macam situasi di atas saya sebutkan. Hidup penuh curiga, insecurity tak tentu hala.
Kerana itu, bila ada yang cuba bermesra dan mengusap pipi Hanoonah, genggam jemari halusnya, saya biarkan saja. Saya switch off kan pemikiran kritikal saya, dan saya onkan jiwa kasih sayang yang penuh dengan empathy, dan saya raikan moment tersebut sebagai moment indah seorang saudara islam berkasih sayang dan berukhwah dengan saudaranya yang lain.
Tapi dengan syarat, penuh waspada dan hati-hati. Dalam pagaran doa dan mohon perlindungan dari yang ESA.
Kerana hakikatnya orang jahat dan orang mahu ambil kesempatan itu SENTIASA ADA.
Cuma kita sendiri harus peka dan bijak mengerti bahawa bukanlah semua yang kita jumpa itu jahat-jahat belaka.
Apa yang penting, dalam berhati hati dan menjaga anak kita.
Jangan rosakkan kehidupan dengan curiga dan prasangka yang tiada asasnya.
Baca doa sentiasa. Waspada. Tapi jangan hiasi hidup dengan penuh curiga.
Hingga kita lupa dan sombong untuk berkongsi bahagia.
NOTA:
Tidak terpakai untuk anak-anak yang ada eczema, infection, super sensitive skin atau masalah kesihatan tertentu. Ini untuk bayi sihat dengan tahap immune normal saja.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isilah Masa Cuti Sekolah Anak Dengan Aktiviti Menarik Ini, Anak Mesti Suka & Hargai!

Isi Kandungan
ToggleAnak-anak dah mula cuti sekolah! Haaa… mesti ada yang gigih mencari tempat yang sesuai untuk bawa anak berjalan. Ibu ayah, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri. Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.
Tetapi kalau ada bajet lebih boleh bawa ke lima tempat ini…
1. Kidzania Damansara
Bawalah anak ke sini sebabnya kidzania mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Di sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi anak akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorang akan buat.
Kerja anak kat dalam tu siap ada gaji. Anak akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalau datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.
2. Genting Strawberry Leisure Park Genting
Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best juga pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duduk luar negara!
3. Farm in the City
Tempat ini sesuai untuk anak kecil dan sesuai yang pra sekolah atau anak yang baru nak kenal binatang. Tempat tak besar macam zoo negara, jadi tidaklah penat nak berjalan.
Lagi best, binatang dia jinak-jinak. Boleh bawa selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.
Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Risau berlaku perkara yang tak diingini, sila pantau!
4. Sunway Lagoon
Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada juga mini zoo kat sini.
5. Sekinchan
Tak ramai yang tahu Sekinchan ini menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.
Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.
Pilihan bajet tapi bagus untuk anak-anak…
Atau paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya.
Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh mula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.
Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI