Ayah dirempuh pegawai kanan polis yang microsleep hingga meninggal, anak yakin “adanya keadilan buat abah.”.Kematian seorang pembantu perubatan Klinik Kesihatan Kapar, Klang, Zainal Abidin semalam akibat dirempuh sebuah SUV Ativa disahkan sebagai pegawai polis yang sedang bercuti.
Dalam kejadian menyayat hati menerusi dashcam sebuah kenderaan lain, kelihatan pemanduan Ativa memasuki lorong bertentangan dan dapat dilihat penunggang motosikal yang berada di kiri jalan melambung sebaik dirempuh sebelum disahkan meninggal di lokasi kejadian.
Lebih menyedihkan, adik bongsu arwah sempat mengutip cebisan daging milik arwah lebih kurang sekilogram dalam kejadian di Kilometer 32, Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Jeram, Kuala Selangor semalam.
Ekoran kejadian menyedihkan ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan pemandu Ativa merupakan pegawai kanan polis yang sedang bercuti dan dipercayai mengalami microsleep ketika merempuh mangsa.
Dalam pada itu, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan dijalankan secara telus dan adil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.
“Ujian saringan air kencing pegawai terbabit negatif dadah dan berdasarkan rakaman video kejadian yang tular dipercayai ‘microsleep’ (terlelap sejenak). Bagaimanapun kita tunggu laporan daripada pihak trafik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.
Sebaik penjelasan dari pihak berkuasa, anak kepada arwah Zainal menulis di facebooknya, di mana dirinya mengharap adanya pembelaan buat arwah abahnya.
“Abah tenang-tenang je bawa motor ikut lane kiri, Tuan microsleep, membahayakan nyawa sendiri dan telah mengakibatkan kematian. Hiba dan pilu sangat hati saya, tengok keadaan arwah Abah di tempat kejadian. Semoga Allah mudahkan urusan Abah, didunia dan diakhirat. Insya Allah saya yakin, Allah kurniakan keadilan untuk Abah.
Dalam pada itu,menurut adik arwah Mohd Faizal, yang mengutip cebisan mayat abanynya memberitahu pemberita, arwah abangnya pernah mengalami kemalangan 39 tahun lalu yang menyebabkannya koma dan tempang kaki kiri dan sejak itu dia seorang yang patuh undang-undang.
Berkongsi detik pilu itu, Mohd Faizal yang pergi ke tempat kejadian selepas dihubungi rakan memaklumkan melihat anggota bomba mengeluarkan jenazah abang sulungnya dari parit.
Katanya, rasa sedih itu tidak dapat digambarkan apabila kehilangan seorang abang yang baik dan bertanggungjawab ke atas keluarga.
“Kali terakhir kami bertemu arwah pada 25 Disember lalu semasa kenduri aqiqah anak saya.
“Dia tidak menunjukkan sebarang petanda ganjil atau aneh kecuali mukanya berseri-seri semasa bergambar.
“Arwah amat berhati-hati menunggang motosikal sehinggalah kemalangan maut menimpanya,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya di Tanjong Karang, di sini, hari ini.
Mohd Faizal berkata, dia sekeluarga tidak dapat menerima kenyataan, lebih-lebih video kamera litar tertutup (CCTV) dan kamera papan pemuka (dashcam) berhubung nahas itu tular di laman sosial.
“Diharapkan perkara ini berjalan dengan telus tanpa sebarang dwi standard,” katanya.
Jenazah Zainal Abidin disolatkan di Surau Nurul Amin dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, jam 3.30 petang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE