Beruntungnya bila seorang lelaki sudi berkahwin dengan ibu tunggal dan menerima anak tiri seperti anaknya sendiri. Kiranya, ayah baru terus dapat anak ekspress dan besar pahala bila jaga anak yatim, mungkin kehilangan ayah kandung.
Namun, tidak semua lelaki yang berkahwin dengan ibu tunggal dapat terima anak-anak tiri. Silap haribulan, hanya terima ibunya sahaja, anak pula dibiarkan terkontang kanting.
Janganlah aniaya anak yang tak bersalah ini. Bertanggungjawab dan jagalah amanah ini sebaiknya. Berilah kasih sayang seorang ayah walaupun itu bukan zuriatnya sendiri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dipijak Bapa Tiri Hingga Mata Bengkak, Ramai Sedih Ibu Kandung Hanya Pandang Saat Anak Dibelasah Suami
“Waktu Kecil Ayah Tak Peduli,” Jangan Biarkan Anak ‘Lapar Perhatian’ Tanpa Figura Ayah
Perkongsian daripada Natipah Abu ini cukup meruntun hati sesiapa sahaja. Inilah yang terjadi pada anak muda yang baru berusia 14 tahun. Boleh dikatakan anak cukup bijak dan merupakan pelajar MRSM, kini dia tinggal di bawah jagaan Rumah Qaseh Ayah buat sementara waktu.
Catatan dari Natipah Abu:
Rumah Qaseh Ayah hari ini mencatat sejarah tersendiri. Rumah ini menerima penghuni paling muda berusia 14 tahun untuk menumpang teduh di sana.
Anak ini adalah mangsa penceraian,ibunya telah berkahwin lain. Pada awal perkahwinan ibunya, ayah baru menerima adik beradik ini dengan baik-baik saja.
Namun, di mana silapnya, ayah baru berubah hinggakan mula membenci dia anak bongsu dari tiga adik beradik.
Letakkan Syarat
Ayah baru meletakkan syarat, tidak menerima dia, tidak akan bertanggung jawab ke atas keperluannya walau sesen pun. Bahkan tidak membenarkan dia tinggal di rumah mereka.
Sekarang cuti persekolahan, si ibu dalam fasa menuntut cerai dengan ayah baru dan kini beradi di sebuah transit untuk wanita di KL.
Anak bongsu ini tidak tempat berlindung. Sekarang dia tiba di Rumah Qaseh Ayah dengan menaiki bas ekspres.
Apalah perasan anak muda ini bila melalui saat-saat sukar dalam hidupnya. Sedangkan dahulu, dia pernah hidup bahagia di sisi ibu. Kini dia terpaksa membawa diri. Terkorban dan menjadi korban.
Mudah-mudahan anak muda ini baik-baik saja di bawah jagaan Rumah Qaseh Ayah. Anak pintar ini sedang belajar di mRSM dan akan dibantu sebaik mungkin.
Mingguan Wanita : Moga anak ini dipermudahkan segala urusan dan moga terus berjaya demi ibu dan adik beradik lain. Sebak pula bila tengok gambar ni.
Sumber: Natipah Abu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita