Awas! Suami Jenis Susah Lepaskan Gajet, Jangan Sampai Isteri Malas Layan

Share

Makin menjadi-jadi penangan gajet dalam rumah tangga pasangan suami isteri ini. Semuanya gara-gara ‘games’ mahupun media sosial yang suami rasanya, lebih menarik dari layan isteri sendiri.

Sudahnya, suami lebih rela pegang gajet lama-lama, berbanding pegang isteri sendiri. Makan hati sungguh isteri yang terpaksa isytihar perang saudara dengan gajet suami ini.

Kalau boleh nak sorok diam-diam, lepas itu buat tak reti. Tapi nanti jangankan perang saudara, mahu perang dunia ketiga meletus. Jadi, sebelum melarat hadamkan nasihat daripada Ariff Ismail ini.

Ada aturannya waktu menggunakan gajet ya en suami. Bukan main semberono. Sebab yang paling penting adalah ‘Quality Time’ dengan keluarga sendiri

.

Parah Bila Suamiku Encik Gajet

Bang…tolong sayang beli roti kat bawah jap
Rayu bini.

Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah.”
Jawapan Suami.

Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan “handphone “. Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat “rasukan ablasa”.

Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gajet, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada “QUALITY TIME” dengan bini.

Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gajet kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.

Dalam rumah tangga ni kena saling memahami,

jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gajet. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.

Saya pun sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan “QUALITY TIME ” dengan ayah saya.

Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.

Jangan Tanya Kenapa Bini Layan Tak Layan Je Kita

Bila masa saya ambil anak, gajet pun saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.

Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan berleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gajet kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.

Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gajet dari dia.

Nak guna gajet ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gajet melebihi dari keutamaan kita yang lain.

Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gajet, sampai nak tido pon dengan gajet, ni tidur dengan bini ke dengan gajet?

Jom kita ubah…mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gajet. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gajet.

Sumber/Foto : Ariff Ismail

Published by
Netty Ah Hiyer