Ketika ini ramai wanita yang dah bergelar usahawan, malah hebat-hebat pula. Neelofa, Mawar Fareeda dan Vivy Yusof adalah antaranya yang berjaya mempunyai jenama sendiri.
Melihat kejayaan inilah ibu muda bernama Dhia Suraya terinspirasi untuk mengikut jejak mereka mengasaskan jenama tudung sendiri.
Pernah menyambung pengajian dalam bidang fesyen, Suraya juga punya kelebihan dalam mengilhamkan rekaan shawl sendiri yang tak dinafikan cantik-cantik belaka. Sebab itulah juga bila mempromosikannya di laman sosial pantas saja tudung yang menggunakan nama penuhnya itu mendapat sambutan.
Berkat usahanya perniagaan tudung yang diusahakan semakin menyerlah walaupun medium pemasaran hanya dalam talian saja. Memang sampai tak menang tangan dibuatnya.
Panik tudung kena ciplak!
Tapi malangnya baru hendak merasa sedikit keuntungan hasil perniagaan tudungnya dia panik apabila melihat satu demi satu hasil rekaan tudungnya diciplak dan dijual oleh pihak lain. Dia berhempas pulas mencari ilham untuk tudung sendiri, senang-senang saja ditiru pihak lain.
Marah, kecewa, sedih semuanya ada. Dia mula mengesan pihak yang menciplak tudungnya. Whats App, PM tepi semuanya dibuat agar menghentikan perbuatan itu tapi malangnya tiada respon.
Apa yang berlaku itu memang mengecewakan Suraya tapi tiada apa yang mampu dilakukan selain menyuarakan rasa geramnya di laman-laman media sosial saja.
Dia cuba untuk mengambil tindakan undang-undang tapi tak berhasil kerana Suraya lupa melakukan satu perkara penting ketika memulakan bisnesnya iaitu mendaftarkan hasil ciptaannya itu sebagai harta intelek dengan MyIPO!
Kesilapan besar ramai usahawan bila mula bisnes
Sebenarnya inilah kesilapan yang selalu dibuat oleh usahawan baru bukan saja Suraya tapi juga usahawan lain yang melibatkan hasil ciptaan.
Mereka tidak mendaftarkan hasil ciptaannya atau dipanggil harta intelek dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
MyIPO ialah badan yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan pendaftaran harta intelek seperti Cap Dagangan, Paten, Rekabentuk Perindustrian, Hakcipta, Petunjuk Geografi dan Rekabentuk Susun Atur Litar Bersepadu.
Kenapa perlu usahawan mendaftar hasil ciptaan/ harta intelek mereka dengan MyIPO?
Paling utama adalah supaya kejadian yang berlaku kepada Suraya tidak terjadi kepada anda! Pendaftaran harta intelek adalah berdasarkan first to file.
Sekiranya tidak didaftarkan, pemilik asal tidak mempunyai kuasa dan bukti untuk dibawa ke peringkat perundangan apabila harta intelek mereka diciplak. Pemilik asal akan mengalami kerugian wang ringgit dan kehilangan pemilikan harta intelek.
Namun bagi usahawan yang telah mendaftar hasil ciptaan mereka termasuklah jenama dan reka bentuknya dengan MyIPO, adalah menjadi satu kesalahan bagi orang lain untuk meniru produk itu dan menjualnya dengan jenama yang sama.
Usahawan terbabit boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tindakan undang-undang boleh diambil.
Tapi sekiranya usahawan tidak membuat pendaftaran di MyIPO, mereka tidak boleh mengambil tindakan untuk menyekat pihak lain dari menggunakannya.
Usahawan tudung terkenal yang mendaftar dengan MyIPO
Untuk pengetahuan reka bentuk dan corak tudung Fareeda, tudung bawal keluaran Aidijuma, telekung solat keluaran Siti Khadijah, dUCK Scarve antara yang telah mendaftar dengan MyIPO.
Harta intelek rekaan tudung ini dikategorikan dalam komponen reka bentuk perindustrian. Selain itu terdapat terdapat empat lagi komponen harta intelek yang dilindungi iaitu paten, cap dagangan, hakcipta, dan petunjuk geografi..
Paling banyak adalah melibatkan cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan hakcipta.
Keterangan lanjut tentang komponen harta intelek ini sila layari www.myipo.gov.my
Kelebihan lain daftar harta intelek: jenama lebih dikenali dan pengguna lebih yakin
Haa…paling utama sudah tentulah untuk memastikan usahawan-usahawan dapat memelihara hak ekslusifmereka supaya tidak diciplak atau ditiru oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Malah pendaftaran harta intelek seperti jenama atau logo ini juga membolehkan usahawan-usahawan membuat pengiklanan yang berkesan melalui media sosial bagi membolehkan produk mereka dikenali ramai.
Untuk keterangan lanjut mengenai MyIPO dan cara mendaftar layari www.myipo.gov.my
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI