Awas, Orang Pasir Gudang! Ini 8 Panduan Cegah Bahaya Kimia Beracun

Share

Apabila Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik isytiharkan penutupan semua sekolah di daerah Pasir Gudang serta merta, sedarlah kita betapa serius bencana tumpahan kimia beracun di Sungai Kim Kim.

Kerja-kerja haram pembuangan sisa toksik bukannya sehari dua dilakukan. Sudah lama, sampai penduduk pun lali. Akhirnya sungai Kim Kim itu sendiri menunjukkan ‘kemarahan’nya.

Dan semua perlu akur, sesiapa pun kena ambil ikhtibar jangan jadi sebahagian dari tangan kotor yang mencemar sungai-sungai bersih anugerah dari tuhan.

Orang awam di daerah Pasir Gudang yang terdedah dengan kimia beracun ini segeralah ambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini.

 

Kredit foto : thestar.com.my

 

8 Panduan Cegah Bahaya Tumpahan Kimia Beracun

Sebagaimana yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia, ini antara langkah pencegahan yang boleh orang awam ambil demi memastikan keselamatan dan kesihatan masing-masing dalam keadaan tip top.

1. Orang awam diminta untuk mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian.

2. Orang awam dan petugas yang terlibat di kawasan kejadian diminta mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan yang perlu termasuk alat pelindung diri yang sesuai mengikut arahan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.

Disarankan menggunakan topeng muka R95 untuk perlindungan diri.

3. Orang awam dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sg. Kim Kim

, Pasir Gudang sehingga arahan seterusnya.

4. Orang awam yang berkemungkinan terdedah kepada sisa kimia berkaitan, dinasihatkan mandi dan cuci pakaian secara berasingan bagi mengelakkan pendedahan melalui kulit.

Ini Pula Pesan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad

5. Penduduk Pasir Gudang terutama yang berhampiran Sungai Kim Kim agar sentiasa mandi dan membasuh pakaian setiap hari. Agar dapat mengelakkan radiasi bahan kimia dari tersebar.

6. Jangan ambil mudah, selepas gelombang keempat sesiapa di kawasan terbabit boleh terhidu, boleh meresap melalui kulit dan sangat bahaya.

7. Walau pakai sarung tangan, partikel akan melekat dan jika tidak dibasuh ianya boleh tercemar kepada mangsa kedua. Bahan kimia itu boleh terwap jika keadaan cuaca panas terik. Jika ada angin kuat, gas kimia itu boleh menjejaskan manusia yang berdekatan.

8. Untuk peniaga, dinasihatkan makanan perlu sentiasa tertutup untuk memastikan tidak tercemar dengan bahan kimia.

Segera dapatkan rawatan sekiranya alami gejala-gejala berikut :

  • Loya dan muntah
  • Sesak nafas
  • Sakit mata
  • Sakit dada

MW : Tip ini juga terpakai untuk mereka yang terdedah dengan pencemaran toksik di persekitaran kediaman.

Sumber/Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia , Astro Awani

Published by
Netty Ah Hiyer