Bila sudah berumah tangga, salah satu perkara yang isteri paling takut ialah bila dapat hidu tanda suami curang. Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu ramai kaum isteri diam. Walaupun makan hati, isteri tak bising sebab diorang tak nak hubungan jadi lebih keruh dan akibatnya anak-anak akan jadi mangsa.
Dan dalam banyak situasi yang berlaku, sebenarnya jika suami itu didik dengan baik maka isteri pun turut jadi baik. Jadi kaum isteri yang berfikir jauh, dia tak akan cepat melatah.
Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.
Jadi, AWAS bagi suami yang sedang main kayu tiga dan ada perempuan lain! Ok, nak tahu tanda suami anda curang? Jom semak…
1. Tetiba telefon ada Password
Ini paling ketara, jarang lelaki nak pakai password bagai sebab menyusahkan. Melainkan dia mula ada sesuatu nak sembunyikan. Haaa… kaum isteri kena test suami, adakah encik suami sudi share password telefonnya. Kalau tak bagi, sila selidik sampai jumpa bukti!
2. Cepat marah dan melenting
Buat silap sikit, terus marah isteri. Kadang tanya lokasi pun dah marah. Ewaahhh… ini main kasar namanya! Kalau isteri tanya tu, jawablah elok-elok. Ini boleh mendatangkan perang dingin. Tapi selalunya sikap marah-marah ni juga tanda besar suami mula berubah dan nak beralih arah.
3. Suka tipu dan bagi alasan merapu
Ada sesetengah lelaki suka bagi alasan nak pergi kerja atau guna alasan outstation. Lagi teruk, masuk hujung minggu je suami ada hal. Bila nak luangkan masa bersama keluarganya?
4. Layanan dah berubah, romantik dah ghaib!
Masa mula kahwin dulu, bukan main… panggil pun “Ayang, Manja, Sweetie, Darling. Tetiba, “AKU KAU”. Hmmm… nampak sangat dah tak sayang. Contoh ayat lain, “Eh, kau tahu masak menu ni je ke?” atau “Kau ni selekeh la, cuba berhias sikit…”
Wanita, pastikan perkara ni tak berlaku dalam hidup anda.
5. Lebih suka melepak dengan kawan-kawan di luar
Ya, tak semua lelaki keluar melepak itu tandanya nak curang tetapi ada kebarangkalian boleh berlaku. Kalau setiap malam keluar sampai ke pagi, lepas tu buat perangai tak angkat telefon!
6. Payah nak dihubungi
Si dia selalu memberikan alasan tak masuk akal bila dia tak angkat panggilan phone anda. Contoh mudah, dia bagi alasan phone mati, tertinggal phone kat rumah kawan dan kadang dia lambat nak angkat. Bagi Whatsapp pun tanda blue tick je naik. Maknanya dia baca tapi tak nak balas!
7. Tak senang duduk
Suami jadi tak senang duduk kalau anda ambil masa yang lama bila keluar dengan dia. Bila anda cadang nak pergi ke mana-mana, dia asyik bagi alasan ada hal. Tanda besar lain, dia gelabah bila terserempak dengan kawan-kawan yang tahu cerita sebenar.
8. Asyik melekat dengan telefon
Nak berak pun bawa telefon, itu melampau! Takut sangat bini godek telefon, yang pelik masa nak mandi pun si dia rela bawa ke tandas. Tetapi serius, kecurangan suami boleh dikesan melalui telefon bimbitnya semasa suami berada di bilik air.
9. Si Dia tak fokus dan banyak termenung
Pernah tak anda bercakap dengan dia, tetapi dia tak jawab. Situasinya seolah-olah dia sedang mengelamun. Anda cakap pun, dia macam dengar tak dengar.
10. Tersasul dan terlepas cakap
Jarang nak berlaku tetapi kalau tetiba dengar si dia panggil anda dengar panggilan lain, anda kena hati-hati. Contoh mudah,
“Baby, abang tak balik hari ni.” Eh tetiba panggil ‘Baby’, macam mana tu? Bila ditanya, jawabnya “sesekali nak bermanja”…
11. Berubah penampilan
Ini mungkin biasa kalau suami pakai minyak wangi tetapi kalau tetiba nak t-shirt pun bergosok, rambut sikat ala orang muda, kemeja masuk dalam seluar, ini AWAS! Lagi bahaya kalau tengok penampilan diri suami lebih kurang sama seperti waktu dia nak mengurat anda dulu.
12. Dapat rasa deria Ke-6
Bila sampai ke bab instinct wanita, lelaki tak akan boleh lari. Orang perempuan ni, instinct yang Allah bagi cukup kuat. Apa yang suami buat di luar rumah, isteri boleh rasa. Tinggal sama ada perempuan nak membebel atau tidak saja! Tetapi selalunya ramai lelaki yang tewas tak kiralah betapa rapinya rancangan si suami untuk menyembunyikannya. Ingat ya, doa hambaNYA yang teraniaya selalunya Allah akan makbulkan dan diberi petunjuk.
Nasihat untuk kaum suami di luar sana, tolonglah fikir banyak kali sebelum curang kerana sekali anda buat kaum wanita terluka, sampai 100 abad pun kaum isteri akan ingat dan ungkit!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih ramai mak ayah kurang kesedaran bab simpan duit untuk anak-anak, ada yang langsung tak menyimpan sebab habiskan beli mainan anak dengan harapan suatu masa anak ada rezeki lain.
Malah duit raya anak pun, mak ayah tak ambil simpan sebab bagi anak-anak beli apa yang dia suka. Betul ke tindakan kita tu?
Haa… cuba renungkan perkongsian Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria tentang kepentingan menyimpan duit untuk masa depan anak-anak.
Simpan Duit Untu Anak
Scroll fb, banyak kali terjumpa posting yang lebih kurang macam ni: Tak perlu simpan duit untuk anak-anak. Anak ada rezeki sendiri. Tak perlu runsing nak sediakan duit, rumah, kereta untuk anak. Anak nak sambung belajar boleh ambil loan atau belajar sungguh-sungguh dapatkan biasiswa. Biar anak hidup sendiri dengan rezeki sendiri. Duit sendiri guna untuk diri sendiri: melancong tengok dunia. Sedekah. Berwakaf. Tak perlu simpan duit banyak atau kumpul harta, bukan boleh dibawa mati. Nanti kita mati orang lain guna harta kita. Yang kita bawa ke akhirat adalah pahala dari harta yang kita belanjakan untuk agama.
Acik tak berapa nak setuju. Betul, duit kita perlu digunakan untuk diri sendiri. Bagus dah ajak orang bersedekah, infak, berwakaf. Tapi jangan sampai kata tak perlu simpan duit untuk masa depan anak dan tak perlu simpan harta sendiri.
Sampai Masa, Siapa Nak Bantu?
Katalah kita langsung tak menyimpan untuk anak, dengan harapan anak boleh hidup sendiri. Macam mana kita buat dulu, bermula dari tak ada apa-apa sampai boleh hidup senang. Mungkin perjalanan hidup kita dipermudahkan. Tapi kita tak tahu kalau ditakdirkan anak kita jadi orang kurang upaya, sakit teruk, ditimpa kemalangan sampai tak boleh bekerja. Macam mana dia nak hidup kalau kita tak bantu?
Kalau kita tak mula menyimpan sekarang, waktu dah tua mana nak dapat duit untuk bantu anak? Kejap lagi ada yang komen kata jangan doa mintak yang bukan-bukan. Baca dengan akal. Ini bukan acik ajak doakan benda tak elok untuk anak. Ini acik bagi contoh supaya faham.
Duit Belajar Anak
Bab anak nak sambung belajar, betullah ada loan dan biasiswa disediakan. Tapi cukup ke duit tu? Kita tak payah bagi duit untuk makan minum, beli buku, bahan projek anak? Katalah anak dapat belajar kat tempat jauh. Nak melawat kita kena naik kapal terbang. Katalah anak dapat belajar kat oversea. Kalau kita tak menyimpan dari sekarang, takkan kita tak nak melawat anak walau pun sekali waktu kat universiti? Paling koman kita nak datang waktu anak konvo. Kalau tak menyimpan dari sekarang, itulah yang jadi bergolok bergadai semata-mata nak berjalan.
Keadaan ekonomi dunia, kita tak tau macam mana. Lagi 10 tahun. Lagi 20 tahun. Tengok harga barang sekarang macam mana. Zaman anak kita nanti entah berapa harga rumah? Nak nak kalau kat bandar besar. Apa salahnya kita beli sekarang kalau mampu? Katalah anak kita ditakdirkan grad waktu ekonomi negara tengah teruk. Peluang kerja tak banyak. Walau pun graduan terpaksa kerja biasa yang tak pakai kelulusan. Sekarang pun banyak keadaan macam ni kan? Salah ke kalau kita sebagai ibu bapa tolong anak sendiri untuk survive?
Tak Rugi Menyimpan
Tak tau orang lain. Tapi pada acik, kita kena seimbangkan di antara dunia dan akhirat. Kumpul untuk di sana, jangan sampai tercicir hal dunia. Sama macam kerjaya. Pulun untuk kerja, jangan sampai keluarga terabai. Tolonglah menyimpan untuk diri sendiri, untuk masa depan, untuk keluarga. Tak rugi menyimpan. Tak nak simpan duit, ada banyak cari lain nak menyimpan.
Pesan wanita ini lagi, di facebook ni apa yang kita baca, tapis dulu sebelum terima. Tak kira walau siapa pun yang menulis.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biasalah, semua mak ayah mengharapkan anak-anak dapat result yang bagus pada kertas ujian tetapi tak adil lah kalau sampai buat anak rasa tak dihargai.
Siapa tahu, mungkin anak-anak sudah buat sehabis baik. Namun hasilnya nombor yang tertulis pada kertas ujian tetap tak cantik. Mungkin bukan rezekinya.
Jadi mak ayah sepatutnya jangan cepat melatah dan boleh bertindak seperti situasi Puan Nieza Termizi ini. Nasihat anak tapi biar berlapik.
Reaksi Bila Tengok Kertas Ujian Anak
Anak kami pulang dengan membawa 2 kertas ujian. Hari sebelumnya kerta jawi, 98%. Semalam kertas Bahasa Arab juga 98%.
Secara keseluruhan dia dapat menjawab dengan baik cuma careless. Terletak huruf alif semasa mengeja. Kertas Bahasa Arab pula dia tulis ک pada ruang kosong walaupun dalam pilihan jawapan terang-terang huruf ﻙ . Dah kene tolak 2 markah.
Reaksi spontan kami sebagai ibu bapa,
“Laaa..kan kat sini ada pilihan jawapan dah. Salin je la yang ni.”
“Alaa..salah 1 je kalau tak mesti dapat 100 markah!
“Ayaka ni tak cek balik ni. Cuai. Lepas dah siap kan umi pesan cek balik…”
Selepas beberapa ketika muka dia berubah. Saya cakap pada suami,
“Kita kena bagi semangat kat dia. Bukan down kan dia macam ni.”
Sebagai ibu bapa, bila anak tunjuk kertas periksa..walaupun markahnya bagus, hampir 100%, average ataupun teruk, kita kena jaga reaksi kita.
Kenapa kita sibuk nak fokus kepada 2% markah yang hilang tu. Sedangkan 98% markah lagi yang dia capai kita buat-buat tak nampak.
Benda sepatutnya kita ucapkan,
“Alhamdulillah. Pandainya kakak. Lagi 2 markah dapat 100%. Ok la ni. Cuma lain kali kene tengok betul-betul. Jangan cuai”
“Well done kakak! U did very well. Kakak anak bijak dan suka belajar. Ummi bangga dengan kakak”
“Tak mengapa. Kecuaian ni jadikan pengajaran. Maknanya kakak kene usaha kuat lagi. Cuti ni kene belajar dengan ummi tau. Tak boleh banyak main dah.”
Begitulah..
Kita pun pernah alami benda sama juga. Bila ibu bapa down kan kita dengan keputusan tak memuaskan, benda pertama terlintas dalam hati,
“Aku dan buat sehabis baik dah. Kenapa tak dihargai?”
Sebenarnya anak pun rasa ralat dan sedih dengan keputusan yang diterima. Kalau kita ‘salahkan’ dia lagi, lagi turun motivasinya. Carilah ayat yang sesuai untuk menaikkan semangatnya. Bukan terus-terusan menekan.
Puji Anak Atas Usahanya
Pakar motivasi pernah kata, hargai usaha bukan result. Dia rajin pergi sekolah walaupun malas ulangkaji di rumah. Rajin ke sekolah tu pun dah usaha. Puji usahanya.
Dia sentiasa tumpukan perhatian semasa cikgu mengajar, walaupun kat rumah tak pernah baca buku pun. Masa periksa, dapat jawab dengan baik cuma cuai kerana kurang latihan. Cari titik kekuatan dia iaitu fokus semasa cikgu mengajar. Puji usahanya.
Kalau kita tak berlatih dari sekarang, sejak anak darjah satu untuk mengubah reaksi kita sebaik sahaja dia tunjukkan kertas peperiksaannya, pasti kita akan jadi ibu bapa yang sama sahaja untuk 5 ke 10 tahun akan datang. Malah emosi anak mungkin akan tercedera kerana reaksi-reaksi negatif kita.
Berlatih dari sekarang ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perangai wanita, sukar untuk dijangka. Kadang manjanya melampau, ada masanya degil sampai tak boleh bincang. Hinggakan lelaki sendiri tidak tahu apa yang diinginkan oleh wanita ini.
Begitu juga dengan pasangan kita, berpuluh tahun kahwin, belum tentu suami tahu perangai isteri. Tak boleh nak baca sebab ada kalanya isteri ‘berangin’, pujuk pun tak jalan.
Dikatakan, kalau nak tahu perangai wanita atau pasangan lihat pada anggota badannya. Mungkin ada maksud tersirat dan tersurat. Bukan untuk percaya tapi ada kalanya betul juga.
Ulasan daripada Pak Utih yang sangat popular di tiktok tentang cara nak tahu perangai wanita atau pasangan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Paling Mencabar Perangai Itulah Sama Personaliti Mak Ayah, Tegur, Layanlah Seperti Kita Mahu!
Pasangan Buat PERANGAI Adalah Ujian, Suami Itu JALAN Buat Isteri Dapat Kebaikan
Perangai Wanita, Sukar Dijangka Tapi Ketahui Melalui Tangan?
Dalam video Pak Utih, ada yang bertanyakan tentang cara nak tahu perangai pasangan.
Antara jawapan daripada Pak Utih:
“Ini adalah paling simple nak tahu perangai wanita Ia diperkenalkan oleh Professor John Manning dalam bukunya Digit Ratio. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu sekadar petunjuk dan mungkin juga tidak betul bagi sesetengah orang.
Cuba lihat jari telunjuk pasangan (isteri), lihat tangan sebelah kiri. Bandingkan antara jari telunjuk dengna jari manis pasangan.
“Orang perempuan kalau jari manis lebih panjang dari telunjuk, dia terlebih hormon testostoren dan pemikiran lebih maskulin.
“Wanita ini berani, cakap tak banyak, pakaian simple, tapi kalau ada perkara yang tak berkenan, dia aka terus lawan. Tak cakap banyak dan berani.
“Kalau jari manis sama panjang dengan jari telunjuk atau lebih pendek dari jari telunjuk. Ini bermakna minda dia sangat feminin, sangat beremosi, overthinking dan sangat bergantung dengan pasangan.
“Wanita jenis ini suka luah, kongsi cerita dan setiap masa inginkan perhatian. Dia cepat emosi. Agar sukar juga kalau dapat pasangan PJJ.
“Daripada apa yang dikongsikan ini, lebih 60% adalah wanita jenis feminin.
Mingguan Wanita : Cuba tengok tangan kiri dan jari manis serta jari telunjuk. Betul tak apa yang dikatakan itu?
Sumber: Pakutih (tiktok)
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI